Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketidakhadiran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sesuaikah Perkataan "tidak hadir" dieja "ketidakhadiran"?.Ketidakhadiran bermaksud perihal tidak hadir.Tatabahasa09.06.2015
KETIDAKHADIRAN adakah di eja ke tidak hadiran atau ketidakhadiranEjaan yang betul ialah ketidakhadiran.Ejaan30.08.2007
maksud ayat ketidakhadiran ke kuliahMaksudnya tidak hadir ke kuliah.Makna09.09.2008
Apakah kesalahan ayat ini : Ketidakhadiran Cikgu Fatimah dalam majlis itu adalah disebabkan badannya yang kurang sihat.Ayat yang gramatis ialah Cikgu Fatimah tidak hadir dalam majlis itu kerana kurang sihat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa04.08.2013
contoh-contoh bahasa kasarBahasa kasar digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Sila buat kajian/penyelidikan dengan  mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber.  Istilah26.10.2009
salam bahagia, saya ingi bertanya bolehkah perkataan "terutama" digunakan di permulaan ayat? adakah ianya kata hubung? diberi contoh ayat bagi surat peringatan : 2. Dukacita dimaklumkan bahawa pegawai kami di Cawangan Perolehan mendapati bahawa berkenaan tentang KETIDAKHADIRAN pekerja-pekerja pembersihan sejak November 2017.Susulan daripada itu kami juga menerima aduan daripada Pegawai Pemantau yang dilantik bagi setiap lokasi mengenai keadaan kebersihan persekitaran di ruang pejabat, lobi dan tandas berada pada tahap TIDAK MEMUASKAN. Terutama longgokan sampah yang banyak bagi setiap tempat tidak dikutip dan tiada penyediaan tisu dan sabun pencuci di tandas dan sebagainya.Salam sejahtera,

Tuan,

Terutama merupakan kata terbitan bagi perkata "utama". Perkataan "utama" merupakan kata adjektif. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif tidak boleh digunakan pada awal ayat.

Sila kemukakan soalan berikutnya dengan lebih jelas.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa14.12.2017
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah istilah yang boleh digunakan untuk istilah Absenteism dan presenteeism dalam bahasa melayu? Bolehkah saya gunakan istilah yang sama dalam membuat tesis? Terima kasihDalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi absenteeism ialah ketidakhadiran manakala bagi perkataan presenteesim belum ada padanan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan kami bagi perkataan tersebut ialah kehadiran, sekiranya sesuai dengan konteks yang hendak disampaikan.Penyemakan dan penterjemahan26.03.2015
apakah jenis bahasa tidak sopanBahasa tidak sopan atau bahasa kasar antaranya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berserta contoh sila rujuk buku, makalah dan kertas kerja yang berkaitan dengan  mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran.  Makna21.10.2011
tuan, apakah maksud bahasa tidak sopan. apakah faktor-fsktor yang mendorong penggunaan bahasa ituBahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih sila dapatkan buku Prof. Dr. Asmah Hj. Omar yang telah mengupas agak panjang tentang kesantunan berbahsa dan sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber.  Lain-lain05.10.2011
Salam tuan. 1.Tolong berikan definisi bahasa tidak sopan dan jenis-jenisnya. 2. Faktor yang menyebabkan berlaku bahasa tidak sopan dalam kalangan masyarakat. 3. Cadangan untuk membendung fenomena ini berlaku.Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber.  Lain-lain02.11.2011
12

Kembali ke atas