Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kewujudannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cerita2 Hikayat Hang Tuah adalah sebuah legenda yang tidak pasti kewujudannya. Bagaimana pula Hikayat Seniman Agung P. Ramlee dan Hikayat Tun Teja yang hidup di zaman Hang Tuah? Dan siapa pula Dang Anum dan Tun Fatimah? Bolehkah mereka dipanggil Serikandi?

Hang Tuah adalah tokoh legenda Melayu yang dipercayai oleh para sarjana tentang kewujudannya berdasarkan tulisan-tulisan yang terdapat dalam manuskrip Melayu dan tinggalan seperti pergi Hang Tuah di Melaka. Manakala Seniman Agung P. Ramlee yang terbukti kewujudannya melalui filem-filem lakonnya. Beliau dipanggil sebagai lagenda kerana keagungannya dalam bidang perfileman Melayu yang tiada tolok bandingnya. Tun Teja, Dang Anum dan Tun Fatimah pula adalah tokoh srikandi yang kisah mereka diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Mereka digelar sebagai srikandi kerana semangat keberanian mereka dalam menegakan kebenaran.

Lain-lain31.05.2010
Apakah maksud ENTITI dan ATRIBUT?Makna entiti ialah sesuatu yg mempunyai kewujudannya yg tersendiri. Atribut ialah sifat (ciri) khusus pd seseorang atau sesuatu benda. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna27.11.2008
what is the Bahasa version for Entity?'entiti' yang membawa maksud sesuatu yang mempunyai kewujudannya yang tersendiriTatabahasa11.09.2007
FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA BESAR DUNIAAntara faktornya termasuklah bahasa Melayu yang telah menjangkau lebih 1000 tahun kewujudannya, penuturnya lebih daripada 300 juta orang di Asia Tenggara, bahasa keempat yang dipertuturkan di dunia, lebih 70,000 orang di China dan Sri Lanka menuturkannya, dan pengajian bahasa Melayu diwujudkan di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman dan New Zealand. Selain itu, bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi dalam bidang perdagangan, persuratan dan pentadbiran semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa Melayu juga mempunyai sistem yang mantap dari segi Linguistik sebagaimana bahasa-bahasa besar dunia yang lain seperti bahasa Inggeris. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku- buku sejarah bahasa Melayu dan tatabahasa bahasa Melayu yang dihasilkan oleh pakar-pakar bahasa Melayu danlayari juga laman Wikipedia bertajuk Sejarah Bahasa Melayu.Lain-lain24.09.2007
saya ingin mengetahui maksud perkataan SEMENTA setelah di belek dalam kamus DBP saya tak berjumpa dengan perkataan tersebut sedangkan perkataan tersebut biasa digunakan untuk nama kampung spt di Pahang, Klang dan sebagainya, adalah mustahil perkataan yg sering digunakan tapi dikatakan tidak mempunyai apa2 maksud atau tidak diketahui kewujudannya. Setakat ini saya temui perkataan SEMENTA digunakan dengan meluas di Terengganu bagi merujuk kepada buah manggis. Diharap perkataan tersebut di masukkan kedalam Kamus DBPTerima kasih atas maklumat tersebut. Untuk makluman, tuan boleh memasukkan maklumat tersebut dalam portal Gerbang Kata untuk berkongsi maklumat dengan Bhg. Perkamusan, DBP dan juga untuk tindakan kami selanjutnya. Tuan boleh melayari http://ekamus.dbp.gov.my/ untuk lebih lanjut mengenai gerbang kata DBP.Tatabahasa02.12.2013
SALAM. saya ingin bertanya berkenaan frasa ini. 'Gaya hidup manusia membawa kepada perbezaan sikap dan sesebuah entiti masyarakat, satu analisa perbandingan novel Mencari Locus Standi dan Lantera Mustika karya Nisah Haron'. Soalan saya, adakah penggunaan perkataan entiti itu mengikut spesifikasi yang betul menurut DBP? jika tidak apakah frasa yang tepat untuk membetulkannya. terima kasih.Entiti bermaksud sesuatu yang mempunyai kewujudannya yang tersendiri. Frasa entiti boleh digunakan dalam ayat tersebut tetapi tidak perlu didahului penjodoh bilangan.Tatabahasa15.01.2013
1) Apakah perbezaan makna bagi kata “sinonim” dan “sinonimi”? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya? 3) Mana satukah kata berimbuhan yang betul iaitu “bersinonim” atau “bersinonimi” Sila semak penggunaan kata di atas dalam ayat-ayat di bawah. a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja ‘gigit’ dan ‘hiris’. b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja. c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek. d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerja‘makan’. e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja ‘lihat’ dan Kata Sinoniminya. f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonimnya. g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim. h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya.1) Apakah perbezaan makna bagi kata “sinonim” dan “sinonimi”? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya?

Sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya cantik dengan indah dan cepat dengan pantas. Manakala sinonimi pula ialah hubungan antara sinonim yang digunakan dalam istilah linguistik.


3) Berikut penggunaan perkataan sinonim dan bersinonimi yang betul ;

 a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja ‘gigit’ dan ‘hiris’.

b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja.

c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek.

d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerja ‘makan’.

e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja ‘lihat’ dan Sinonimi.

f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonim.

g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim.

h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya
.
Tatabahasa12.08.2013
Assalamu'alaikum, Mohoh Pencerahan Untuk Perkataan "STESYEN" DAN "STESEN", Yang Manakah Sepatutnya Digunakan ? Saya Telah Mendaftar Di SSM Untuk Perkataan "STESEN" Namun Pegawai Yang Bertugas Meminta Saya Menggunakan Perkataan "STESYEN" Kerana Dikatakan Ada Dalam Kamus Dewan ? Terima Kasih, AZMI SANUSI 012-656 4747

Ejaan yang betul ialah stesen. Stesyen ialah ejaan lama yang terkandung dalam data lama peristilahan dan kewujudannya pun amat sedikit. Ejaan yang digunakan dalam kamus ialah stesen.
Tatabahasa20.06.2014

Kembali ke atas