Mohon DBP beri pencerahan. Dua setengah kilometer ATAU dua kilometer setengah. Saya telah merujuk kepada rekod pertanyaan orang lain, jawapan yang diberikan oleh DBP carca marba . Mohon DBP buat pengesahan dan selaraskan penggunaan ini. Ada yang cadangkan unit perlu letak di belakang, ada yang cadangkan tidak boleh letak dua kata bilangan berturut turut, perlu selang dengan kata nama. Betul betul pening. | Jawapan yang betul ialah dua setengah kilometer. Perlu diikuti bilangan dahulu, kemudian diikuti dengan unit ukuran. | Lain-lain | 02.06.2021 |
Salam tuan, Jika kilometer dibaca satu setengah kilometer atau sebagainya. Bagaimana pula dengan ringgit? Adakah dibaca dengan satu setengah ringgit @ satu ringgit setengah? Harap tuan dapat rungkaikan kemusykilan saya. | Yang betul ialah satu ringgit setengah. | Lain-lain | 03.08.2010 |
dua kilometer setengah atau dua setengah kilometer | Jawapan yang betul ialah dua setengah kilometer. | Tatabahasa | 19.10.2011 |
merujuk jawapan tentang pengggunaan istilah pecahan, adakah perbezaan untuk masa dan kilogram sahaja? bagaimana pula dengan jarak dan ukuran, adakah satu setengah kilometer atau satu kilometer setengah? | Dalam hal ini urutan yang betul ialah ukuran dan dikuti dengan unit, seperti: satu setengah kilometer | Tatabahasa | 06.07.2009 |
Setahu saya, partikal '-kah' harus diletakkan di belakang penjodoh bilangan dalam ayat tanya, misalnya, 'Berapa batangkah pen yang kamu ada?' Namun, dalam ayat seperti ini, 'Berapa kilometer...' partikal '-kah' harus diletakkan di belakang 'berapa' atau 'kilometer'? | Berapa kilometerkah/berapa kilometer .......? | Tatabahasa | 07.07.2010 |
Salam sejahtera. Di sini ada satu soalan tentang penggunaan perkataan Inggeris "kilometer" dan "kilometre". Setahu saya, kilometer ialah ejaan America manakala kilometre ialah ejaan British. Jadi, yang manakah di antara mereka digunakan dalam bahasa inggeris di malaysia? Terima kasih saya ucapkan kepada pihak DBP yang sudi memberi penjelasan. | Salam sejahtera, Tuan, Betul seperti yang tuan maklumkan. Di Malaysia, kita merujuk British dalam amalan penggunaan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, lebih baik pihak tuan dapatkan penjelasan daripada pihak lain kerana kami (DBP) hanya berautori dalam penggunaan bahasa Melayu. | Lain-lain | 09.06.2017 |
Apakah singkatan yang betul untuk Doktor (Dr.)- ada noktah atau tidak? Juga Profesor, kampung, kilometer, dan lain-lain. | Singkatan yang betul ialah Dr. (Doktor); Prof. (Profesor); kpg. (kampung); km (kilometer); dan dll. (dan lain-lain). | Tatabahasa | 03.09.2014 |
1. Ejaan bagi kilometer, kilogram, sentimeter dan sepuluh ringgit perlu dieja secara penuh atau singkatan? 2. Bagi nombor perlu dieja dengan perkataan atau angka? terima kasih... | 1. Boleh dieja penuh ataupun menggunakan singkatan. 2. Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. | Ejaan | 22.05.2009 |
sistem ejaan singkatan, seperti 5 kilometer, ditulis sebagai 5km atau 5 km (ditulis rapat atau jarak). 75kg atau 70 kg | Ditulis jarak 5 km 10 kg | Ejaan | 08.08.2012 |
Minta pihak tuan jelaskan manakah penggunaan yang tepat untuk ayat berikut. Kami telah berjalan lebih dari/daripada dua kilometer setengah. Mana yang lebih tepat dari atau daripada untuk ayat di atas. Terima kasih. | Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Ayat yang betul ialah: Kami telah berjalan lebih dari dua kilometer setengah. | Tatabahasa | 20.08.2013 |