adakah kolokasi "menjalani gaya hidup sihat" betul? | Kolokasi dalam ayat "Menjalani gaya hidup sihat.", betul. | Tatabahasa | 27.05.2019 |
Assalamualaikum, saya pelajar tingkatan 6 SMK Seri Serdang. Boleh tak terangkan perbezaan antara Kolokasi dengan Hiponim dan juga perbezaan Homonim dengan Polisemi. Terangkan secara terpeinci bersama contoh. | Wa alaikumussalam. Kolokasi bermaksud hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dgn yg lain dlm satu susunan (misalnya dalam ayat). Manakala hiponim bermaksud kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain, misalnya kambing, lembu dan rusa ialah hiponim daripada binatang. Homonim bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. (ketam, paku). Manakala polisemi bermaksud sesuatu bentuk kata, ungkapan, dan sebagainya yang mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain. Untuk mendapatkan contoh dan penerangan yang terperinci, puan dinasihatkan untuk membuat kajian lapangan dengan mencari buku linguistik di perpustakaan berhampiran. | Tatabahasa | 20.10.2014 |
maksud lestikal, konotasi, denotasi, kolokasi, polisemi, humonim, implisit, eksplisit dan semantik | Menurut Kamus Dewan, leksikal bermaksud bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Contoh ayat : Makna leksikal merupakan makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). Konotasi pula merupakan asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat. Denotasi pula ditakrifkan sebagai makna eksplisit sesuatu perkataan, lwn konotasi. Pengertian kedua untuk denotasi ialah hubungan semantik antara satuan bahasa dgn benda (simbol dll). Kolokasi - hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dgn yg lain dlm satu susunan (mis dlm ayat). Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pengertian kata yang dikemukakan, mohon agar saudara membuat rujukan pada Buku Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 07.10.2007 |
DEFINISI BAGI LESIKAL,KONOTASI,DENOTASI,KOLOKASI,POLISEMI,HOMONIM,KETAKSAMAAN,IMPLISIT,EKSPLISIT,SEMANTIK LINGUISTIK,SINONIM,MAKNA LITERAL | Menurut Kamus Dewan, leksikal - (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa, atau (makna leksikal makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). Konotasi pula bermaksud asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lebih terperinci berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 06.08.2007 |
Saya telah merujuk makna perkataan bahasa pijin, kreol, kolokasi dalam kamus dewan. Apakah contoh-contoh perkataan bagi bahasa ini. | Saudara boleh merujuk buku-buku yang berkaitan bahasa tersebut atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau mendapatkan rujukan di mana-mana perpustakaan yang lain. | Penyelidikan | 24.05.2010 |
adakah waktu/masa, lapang/rehat,alat/bahan, identiti/imej, pangkal/hujung, utama/dominan termasuk dalam sinonim kontkes, laras sosial atau kolokasi?? | Contoh-contoh yang tuan berikan ada yang merupakan sinonim dan ada juga antonim, kesemua kata ini juga berkait boleh berkolokasi dalam ayat tertentu. Tidak ada maklumat yang rinci berkaitan tajuk dan contoh ini dalam pangkalan data kami. | Tatabahasa | 19.03.2015 |
huraikan perubahan makna yang berlaku pada leksikal 'mohon',dan leksikal 'saujana, '. kaitkan perbincangan dengan konsep semantik seperti perluasan makna, penyempitan makna,sintagmatik,paraigmatik, kolokasi, konteks dan juga hubungan makna dengan kebudayaan. | Soalan saudara melangkaui skop khidmat nasihat bahasa, sila rujuk buku yang berkaitan. Terima kasih. | Tatabahasa | 07.08.2008 |
Saya ingin mendapatkan senarai perkataan dari kumpulan perkataan yang kerap digunakan Dalam pertuturan seharian sehingga kumpulan perkataan yang sangat jarang digunakan bagi tujuan kajian dan penyelidikan yang sedang saya jalankan. Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada pihak DBP ada menyediakan senarai tersebut atau pihak tuan/puan ada cara yang tertentu bagi memudahkan carian saya? Terima kasih. | Salam puan budiman, Berkenaan soalan yang pertama, pihak kami mengandaikan tentang kekerapan penggunaan perkataan. Pertama sekali, pihak kami tidak menyediakan senarai penggunaan perkataan seharian. Tetapi perkhidmatan korpus DBP mungkin boleh membantu. Walau bagaimanapun, korpus ini melibatkan gugusan atau himpunan tulisan/teks daripada bahan bertulis seperti buku, akhbar, majalah, dan lain-lain dalam pelbagai genre bagi tujuan penyelidikan. Cara penggunannya, buat carian Google (Korpus DBP). Klik Pengguna Awam. Baca syarat dan klik setuju. Boleh buat carian kata harian yang ingin kita kaji. Contoh, masukkan perkataan 'makan'. Klik cari dan keluar paparan konkordans dan kolokasi. Untuk melihat taburan penggunaan, boleh klik medan kolokasi dan jana kolokasi kata tersebut. Semoga membantu. Sekian. | Lain-lain | 16.10.2020 |
Perbezaan lensa dan kanta dalam penggunaan menulis makalah bagi terjemahan untuk istilah 'lens' dalam bahasa Inggeris. | Perbezaan padanan istilah lens sama ada ‘lensa’ atau ‘kanta’ boleh ditentukan dengan kolokasi kata lens dengan perkataan sebelumnya, dan atau juga dalam ayat, contohnya contact lens ialah kanta lekap atau kanta sentuh bukannya lensa lekap. | Istilah | 18.10.2017 |
Salam Sejahtera, Saya nak tanya adakah ada mana-mana portal DBP yang menyediakan senarai tesaurus? Terima kasih | Kami ingin memaklumkan bahawa dalam portal khusus Dewan Bahasa dan Pustaka tiada disediakan senarai tesaurus. Walau bagaimanapun, Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan "Tesaurus Bahasa Melayu Dewan Edisi Baharu" yang mengandungi kira-kira 5400 entri utama dan 18 000 subentri yang dilengkapkan dengan pilihan sinonim dan kata-kata yang berkaitan, serta lebih tersusun dan jelas berdasarkan pecahan makna dan kolokasi. Tesaurus ini juga dilengkapkan dengan kelas kata dan label geografi. Kehadiran kata antonim bagi kata-kata berpolisemi, menampakkan lagi perbezaan makna sesuatu entri dengan lebih jelas. Ini memudahkan lagi pelajar, penulis atau penterjemah untuk memilih kata yang tepat. | Lain-lain | 10.05.2021 |