binaan ayat tunggal? | Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat-ayat tunggal seperti ayat-ayat jenis lain juga terbit daripada ayat dasar. Untuk maklumat lanjut, Saudara boleh merujuk Tatabahasa Dewan muka surat 420. | Tatabahasa | 12.02.2007 |
Apa beza ayat penyata dengan ayat tunggal? | Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Contoh : Dia wartawan. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Contoh : Ayah Ali peguam. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, Bab 16 dan 17. | Makna | 23.07.2008 |
Selamat Petang, Apakah 4 struktur frasa prediket dalam Bahsa Melayu. | Predikat ialah konstituen dalam ayat yang menerangkan subjek,; dalam bahasa Melayu konstituen predikat terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 17.08.2009 |
apakah beza ayat dasar dengan ayat tunggal | Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. | Tatabahasa | 01.06.2011 |
Apakah perbezaan ayat tunggal dengan ayat dasar? adakah ayat tunggal itu ialah ayat yang sudah mengalami proses transformasi? | Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Ayat dasar adakalanya disebut ayat inti dan daripada ayat dasar ini kits dapat membina ayat-ayat lain yang lebih panjang. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 344. | Tatabahasa | 29.05.2011 |
Jelaskan klausa dengan lebih terperinci dan apakah perbezaan antara klausa dengan frasa ? | Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Perbezaan antara klausa dengan frasa: Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat, manakala frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat, dan dalam satu susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 433-436. | Tatabahasa | 22.09.2024 |
jadi Ali seorang budak yang rajin golongan ayat majmuk atau ayat tunggal? | "Ali seorang budak yang rajin" tergolong dalam ayat tunggal kerana mengandungi satu konstituen subjek (Ali) dan satu konstituen predikat (budak yang rajin). Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 439. | Tatabahasa | 10.10.2024 |
huraian mengenai frasa nama dan frasa kerja | Frasa nama ialah frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama ialah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat. Frasa kerja ialah sekumpulan perkataan yang perkataan utamanya terdiri daripada kata kerja. Frasa kerja ialah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Istilah | 01.02.2009 |
Merujuk kepada soalan saya yang sebelum ini, boleh tak tuan/puan terangkan bagaimana ayat yg pertama boleh menjadi ayat tunggal sedangkan ada perkataan untuk. Manakala bagaimana pula ayat kedua boleh menjadi ayat majmuk? Bagaimana cara saya hendak menerangkan kepada murid agar mereka faham? | Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Ayat "Aktiviti fizikal ini dilakukan untuk pelbagai tujuan." merupakan ayat tunggal kerana mempunyai satu subjek dan satu predikat iaitu Aktiviti ini sebagai subjek (FN) manakala predikat ...dilakukan untuk pelbagai tujuan (FK). Predikat terdiri daripada kata kerja "dilakukan" manakala "untuk pelbagai tujuan" berfungsi sebagai keterangan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 486 untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai ayat tunggal. | Tatabahasa | 19.05.2013 |
assalamualaikum..... apakah fungsi klausa dn frasa melalui bukti yang kukuh | Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang berfungsi sebagai konstituen kepada ayat. Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Untuk lebih jelas, anda boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 431 – 436. | Tatabahasa | 28.07.2018 |