Salam . kami ingin mendapatkan istilah yang bersesuaian bagi menggantikan nama bagi jawatan, PEGAWAI KEBUDAYAAN dan AHLI MUZIK. pihak kami ada mencadangkan perubahan nama iaitu, Karyawan Muzik untuk AHLI MUZIK dan Koordinator/ Penyelaras Kesenian untuk PEGAWAI KEBUDAYAAN. terima kasih atas perhatian dan tindakan pihak tuan. | Istilah Karyawan Muzik dan Koordinator/Penyelaras Kesenian tidak ada dalam pangkalan data kami. Dalam Kamus Dewan, karyawan bermaksud penghasil karya atau pencipta. Kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan dan kehalusan. Seni bermaksud 1. karya (sajak, lukisan, muzik,dll) yang dicipta dengan bakat(kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan. 2. keboleh mencipta sesuatu (lukisan), ukiran , dll) yang indah-indah. Huraian yang diberikan diharap dapat membantu untuk menentukan sama ada nama jawatan yang diberikan bersesuaian atau tidak. | Istilah | 18.02.2011 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan yang tepat dalam bahasa Melayu untuk istilah "coaching of coordinator"? Kursus "coaching of coordinator" ini merupakan program tahunan Sekolah Berasrama Penuh KPM untuk memberi latihan dan bimbingan berkaitan pengurusan asrama kepada ahli jawatankuasa tertinggi asrama. Terima kasih. | Tiada data bagi istilah “coaching of coordinator” dalam data DBP. Mengikut Kamus Dewan, “coaching” ialah bimbingan khusus; latihan, manakala coordinator ialah penyelaras; koordinator. Sukacita kami mencadangkan padanan “bimbingan khusus penyelaras” atau “latihan penyelaras”. | Istilah | 06.12.2014 |