1. Emak saya membuat banyak kuih - muih. 2. Banyak kuih - muih dijual di gerai makanan itu. Adakah kedua - dua ayat ini betul? | Kuih-muih merupakan kata ganda berentak dan bermaksud banyak atau bermacam-macam kuih. 1. Emak saya membuat banyak kuih-muih (Ayat ini betul tetapi lewah)/ Emak Saya membuat kuih-muih (ayat ini betul dan tidak lewah) dan 2. Banyak kuih-muih dijual di gerai makanan itu” betul tetapi lewah/ Banyak kuih dijual di gerai makanan itu“ juga adalah betul dan tidak lewah. | Tatabahasa | 22.06.2017 |
1. Pelbagai kuih-muih 2. Pelbagai jenis kuih-muih Ayat manakah yang betul? Terima kasih | Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. 1. Pelbagai kuih-muih - ayat ini merujuk terdapat banyak kuih secara umum. 2. Pelbagai jenis kuih-muih - ayat ini merujuk terdapat banyak kuih secara khusus, iaitu jenis-jenis kuih yang ada. | Tatabahasa | 20.03.2014 |
1. Ibu menghidangi kuih-muih kepada tetamu. 2. Ibu menghidangkan kuih-muih kepada tetamu. Adakah ayat-ayat di atas betul? | Saudara Choi, Ayat yang betul ialah Ibu menghidangkan kuih-muih kepada tetamu. Untuk memastikan penggunaan tatabahasa yang betul, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 12.06.2009 |
Yang manakah adalah betul ? 1. Puan Siti menatang dulang yang berisi kuih-muih untuk dihidangkan kepada para tetamu. 2. Puan Siti menatang dulang yang berisi kuih-muih untuk para tetamu. 3. Puan Siti menatang dulang yang berisi kuih-muih kepada para tetamu. | Yang betul ialah Puan Siti menatang dulang yang berisi kuih-muih untuk dihidangkan kepada para tetamu. | Tatabahasa | 02.03.2019 |
1. Saya telah menerima balasan daripada tuan bahawa "pelbagai jenis kuih-muih" adalah betul. Tetapi saya mendapati kuih-muih bermaksud bermacam-macam jenis kuih..adakah "pelbagai jenis kuih" lebih tepat? 2. Saling berpeluk-pelukan salah? Jawapan yang tepat saling berpeluk..betul? | 1. Kuih-muih merupakan kata ganda berentak dan bermaksud banyak atau bermacam-macam kuih. “Pelbagai jenis kuih-muih” adalah betul tetapi lewah. “Pelbagai jenis kuih” juga adalah betul dan tidak lewah. 2. “Saling berpeluk-pelukan” adalah betul tetapi lewah. “Saling berpelukan” adalah betul dan tidak lewah. | Tatabahasa | 20.03.2014 |
pelbagai kuih atau pelbagai jenis kuih? pelbagai kuih-muih atau berjenis kuih-muih? | Yang betul ialah pelbagai kuih. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
Adakah ayat di bawah betul?Kata ganda di bawah agak mengelirukan saya. -Kuih-muih itu semuanya sedap-sedap belaka. | Ayat yang betul ialah 'Kuih-muih itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap. | Tatabahasa | 28.08.2012 |
kata ganda 1.Kuih-muih itu semuanya sedap-sedap belaka.Betul atau salah. ditemui atau ditemukan 2.Kanak-kanak itu ditemui lemas di dalam tasik. | Saudara, 1. Ayat yang betul ialah 'Kuih-muih itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap. 2. Ayat yang betul ialah 'Kanak-kanak itu ditemui lemas di dalam tasik'. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 28.08.2009 |
1. Kuih-muih merupakan kata ganda berentak dan bermaksud banyak atau bermacam-macam kuih. “Pelbagai jenis kuih-muih” adalah betul tetapi lewah. “Pelbagai jenis kuih” juga adalah betul dan tidak lewah. 2. “Saling berpeluk-pelukan” adalah betul tetapi lewah. “Saling berpelukan” adalah betul dan tidak lewah. Apakah maksud "lewah"? Terima kasih | Lewah dalam hal ini bermaksud penggunaan kata berlebih-lebihan yang tidak perlu. Penggunaan kata yang lewah dalam pembinaan ayat perlu dielakkan. | Makna | 24.03.2014 |
ayat: ...pelbagai jenis kuih-muih...(patut ada jenis ke?) | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat antara makna kata bagai ialah jenis. Kata pelbagai bermaksud berbagai-bagai, atau beberapa jenis. Oleh itu, sudah memadai apabila kita menggunakan frasa pelbagai kuih-muih ... . | Tatabahasa | 23.06.2010 |