Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.gi.pun] | لاݢيڤون

Definisi : lagi pula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lagipun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan 1 bolehkah penggunaan kata bantu aspek seperti 'belum' dan 'pernah' hadir bersama-sama dalam satu ayat? Contohnya Saya belum pernah datang ke sini. Soalan 2 bagaimana dengan penggunaan perkataan 'lagipun'?

1. kata bantu belum dan pernah boleh hadir secara berturutan dalam satu ayat.

2. Lagipun bermaksud lagi pula dan boleh digunakan.

Tatabahasa16.04.2010
penggunaan perkataan "pun" contonhya itu pun, lagipun, walaupun, dia pun, ataupun. Penggunaan yang mana betul? harus didekatkan atau dijarakkan ejaan pun itu? Apa bezanya di dekatkan atau di jarakkan? Rujukkan dalam DBP ada yang ejaan didekatkan ada ejaan yang di jarakakan untuk perkataan yang sama.Pun sebagai kata penyerta dieja rapat seperti walaupun, meskipun dan kendatipun. Pun yang bermaksud juga dieja terpisah daripada kata sebelumnya seperti telah pun dan dia pun. Tatabahasa18.01.2012
Soalan 1 Bolehkah penggunaan kata bantu aspek seperti 'belum' dan 'pernah' hadir bersama-sama dalam satu ayat?Contohnya Saya belum pernah datang ke sini. Sekiranya penggunaan tersebut dibolehkan,apakah sebabnya Soalan 2 Bagaimana pula dengan penggunaan perkataan 'lagipun' Adakah perkataan ini boleh ditulis dalam ayat? Terima kasih

1. Dalam bahasa Melayu, kata bantu boleh hadir secara berderetan lebih daripada satu dalam ayat, iaitu sebelum kata kerja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 473.

2. Berdasarkan Kamus Dewan, perkataan lagipun boleh digunakan yang bermaksud lagi pula.Contoh ayat: tidaklah berani orang Kemboja melawan ayam Raja Chulan sebab ayamnya sangat bertuah konon, lagipun taruhnya terlalu besar.

  

Tatabahasa16.04.2010
Saya hanya tidak faham kenapa KPBDBP boleh lulus bunting dan banner artwork, tetapi, untuk artwork yang sama, juma saiz yang beza, tidak lulus pula. Lagipun, adakah KPBDBP boleh satu kali balas yang mana perlu buat pembetulan, satu artwork ambil masa lebih satu minggu buat pembetulan, sangat membazir masa untuk saya dan DBP juga.Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, sila kemas kini apabila permohonan atau iklan dihantar semula (jangan buat permohonan baru) supaya pihak kami maklum tentang kesalahan yang perlu dibetulkan semasa pertama kali dihantar. Sila maklumkan dalam permohonan tersebut bahawa iklan tersebut pernah dihantar serta tarikh dihantar.Lain-lain30.01.2013
assalamualaikum,pada 29.7.09 saya telah menerima cek honorium sajak sebanyak rm80 tetapi saya tidak menuntutnya kerana terlewat menerima cek dari pihak tuan.Lagipun saya sekarang tidak berada di tempat tinggal asal saya di asajaya.Soalan saya adakah saya masih boleh menuntut wang tersebut dan apakah prosedurnya?

Sila kembalikan cek tersebut ke alamat orang yang mengirim cek tersebut. (Rujuk surat yang saudari terima bersama-sama cek tersebut).

Lain-lain07.06.2010
Jika perkataan 'honeymoon' bermaksud berbulan madu, bagaimana pula dengan perkataan 'babymoon'? Contoh ayat, "Sempat lagi tak kita nak 'babymoon'? Jom bercuti kat hotel untuk 'babymoon' kita. Lagipun, sayang dah nak bersalin."Padanan bahasa Melayu bagi kata babymoon ialah bulan madu hamil.Padanan kata ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Lain-lain27.09.2022
kejadian itu mungkin dapat dielakkan setelah langkah mencegah dibuat sejak lebih awal lagi. tuan, jika langkah mencegah dibuat dari awal lagi atau jika langkah pencegahan dibuat dari awal lagi atau lagipun, tuan...sejak awal lagi dan dari awal ladi...apakah perbezaan antara kedua-dua ini? tq

Penggunaan kata yang betul ialah "langkah mencegah" atau "pencegahan" (tidak perlu didahului oleh kata langkah) dan "sejak awal" atau "dari awal" (bukan sejak dari awal kerana antara makna sejak ialah dari).

Tatabahasa18.09.2011
Di mana saya boleh baca etimologi sesuatu perkataan? Bila membaca tentang tablet Amarna, saya temui kaum Hurrian menyembah tuhan bernama Hebat/Hepat. Sebab itu saya tertanya dari mananya datang perkataan 'hebat'. Lagipun, saya ingin tahu juga etimologi perkataan lain. Terima kasih.

Berdasarkan beberapa rujukan kamus lama dalam bidang etimologi kebanyakannya menunjukkan perkataan hebat ini berasal daripada perkataan Arab iaitu haibah yang membawa maksud sifat yang mengagumkan, menimbulkan rasa hormat, gerun dan lain-lain yang mungkin  sesuai diangkat oleh kaum tersebut sebagai sifat tuhan mereka (dijadikan nama tuhan). Begitu juga dengan bahasa Melayu, perkataan tersebut diserap daripada bahasa Arab bagi membawa maksud dalam medan makna yang sama.

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana atau Kamus Pelajar untuk mendapatkan beberapa entri yang berkaitan  etimologi sebagai rujukan.

Penyelidikan29.06.2021
Saya ingin tahu sama ada `pun` harus dijarakkan atau didekatkan?Partikel 'pun' yang membawa maksud juga harus ditulis secara terpisah. Hanya perkataan 'adapun, andaipun,biarpun, mahupun, kalaupun, sekalipun, sungguhpun, ataupun, bagaimanapun, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun yang ditulis serangkai.Tatabahasa11.12.2006
Bolehkah saya terjemahkan 'coffee time' kepada waktu berkopi?“Coffee time” dalam istilah pentadbiran perniagaan diberikan padanan “waktu rehat” iaitu, waktu berehat yang pendek pada waktu pagi atau petang yang menyajikan kopi atau teh dan makanan ringan. Lagipun, secara amalannya, ada pelbagai jenis minuman bukan sahaja kopi yang boleh diminum masa rehat, maka ‘waktu berkopi’ sangat harfiah terjemahannya.Istilah09.04.2014
123

Kembali ke atas