Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lay


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya telah mengajukan kepada pihak DBP tentang pemenggalan suku kata bagi perkataan "Malaysia". Tetapi jawapan yang saya terima adalah (fff). Bolehkah saya tahu apakah maksud jawapan itu? Adakah pemenggalan suku kata seperti berikut? 1. (Ma-lay-sia) 2. (Ma-lay-si-a) Terima kasih.Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi kedua  pemenggalan suku kata bagi perkataan 'Malaysia"  ialah [ Ma.lé.sia], iaitu pemenggalan mengikut sebutan bunyi. é bermaksud membunyikan e secara e taling. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemenggalan sebutan). Kebiasaannya di peringkat prasekolah, pemenggalan dibuat berdasarkan suku kata. Oleh itu, jika berdasarkan suku kata, pemenggalannya ialah ( Ma.lay.si.a)Ejaan02.03.2018
Salam. Apakah istilah sesuai bagi proses "hand lay-up" dalam bidang kejuruteraan?Untuk makluman tidak ada istilah khusus untuk hand lay-up dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, setelah merujuk dalam Internet,  kami dapati istilah ini sama dengan istilah contact moulding. Dalam pangkalan data kami, padanan bahasa Melayu untuk contact moulding ialah pengacuan sentuh (bidang Kejuruteraan).Istilah17.04.2011
Saya ingin mendapatkan perkataan Bahasa Malaysia untuk: a) regulatory convergence; b) energy layout; dan c) electric smart grids. Terima kasihPadanan bagi frasa: a) regulatory convergence; b) energy layout; dan c) electric smart grids tidak ada dalam sumber rujukan kami. Agak sukar untuk kami memberikan cadangan terjemahan kerana tidak mengetahui bidang penggunaannya. Kami berusaha juga untuk menyuaipadankan dengan kata/istilah yang ada, malangnya tidak sesuai. Contohnya: energy layout - energy bermaksud tenaga, manakala terjemahan lay out  ialah reka letak atau susun atur. Jika digandingkan kedua-dua terjemahan ini menjadi 'reka letak tenaga', tetapi frasa ini tidak membawa apa-apa maksud yang boleh difahami. Harap pihak saudara dapat menghubungi kami semula untuk perbincangan lanjut.Istilah29.03.2011

Kembali ke atas