Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.ba.ran] | لمبرن

Definisi : 1. lampiran atau helai (kertas, surat khabar, dll); 2. halaman atau muka surat (pd buku, surat khabar, dll): alamat sidang pengarang termuat di ~ pertama; kita jadikan tahun 1964 sbg permulaan ~ sejarah yg cemerlang bagi Sarawak; 3. keluaran surat khabar (majalah dll); ~ pagi surat khabar sebelah pagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.ba.ran] | لمبرن

Definisi : 1 helai (kertas, surat khabar dll). 2 muka surat (pd buku dll); halaman: Namanya ada tercatat pd ~ yg akhir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembar (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan benang, tali;,
Kata Terbitan : lembaran,

Puisi
 

Patah kemudi di Tanjung Jati,
     Tak tahu haluan ke mana dituju;
Tersematlah wajah di lubuk hati,
     Terjalinlah kasih di lembaran kalbu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

306

Let bygones be bygones

Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru.

Buang yang keruh, ambil yang jernih

We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let bygones be bygones.

Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah yang tepat bagi lembaran-lembaran kerja yang diberikan kepada murid untuk diselesaikan di rumah? Kerja sekolah ataupun kerja rumah?Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, homework ialah   1. school work done at home, kerja /rumah, sekolah/;

Dalam data kami, padanan homework ialah kerja rumah yang digunakan dalam bidang pendidikan.
Tatabahasa26.08.2013
Salam tuan di talian, Saya ingin mengetahui apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan Loose Sheet untuk buku yang diterbitkan dalam bentuk lembaran? Bolehkah diterjemahkan sebagai Lembaran Kerja. Semoga mendapat jawapan dengan kadar segera daripada tuan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk loose sheet dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah loose document (dokumen curai), loose-leaf binding (jilidan cerai), loose leaf edition (edisi helai cerai) dan loose-leaf catalogue (katalog helai cerai). Istilah untuk sheet pula ialah lapisan, helaian, kepingan dan lembaran. Padanan istilah yang dicadangkan ialah lembaran curai.Istilah08.09.2011
1.”Semoga berjumpa lagi di lain lembaran.” . Apakah yang dimaksudkan dengan frasa “lain lembaran”?Dalam Kamus Pelajar halaman bermaksud helai atau muka surat pada buku umpamanya. Berkemungkinan perkataan lembaran dalam konteks ayat tersebut bermaksud pada keluaran buku yang akan datang.Makna09.03.2015
1. Adakah penggunaan frasa berikut betul atau tidak? Jika betul tolong sertakan contoh ayat. 1. Lembaran minda 2. Ufuk pemikiran 2. Yang mana satukah yang betul 'terutama' atau 'terutamanya'. Mohon penjelasan dan contoh ayat.

1. Penggunaan frasa “lembaran minda” dan “ufuk pemikiran” boleh diguna pakai dalam ayat dan digunakan berdasarkan konteks dan kesesuaian dalam ayat tersebut. Contoh ayat ialah “Ufuk pemikiran" Pendeta Za'ba tentang bahasa sangat mendalam maknanya. dan Koleksi "lembaran minda" tokoh terkenal itu telah dibukukan.

 

2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud perkataan “terutama” dan “terutamanya” tidak banyak perbezaannya. Kedua-duanya membawa maksud yang terpenting atau yang mustahak sekali. Fungsi kata "nya" dalam perkataan "terutamanya" bermaksud untuk menegaskan atau menguatkan sesuatu maksud itu. Contoh ayat, Lapisan sel pipih yang melapisi permukaan dalam pelbagai organ tubuh, “terutamanya” pembuluh darah, pembuluh limfa dan jantung. Ayat kedua, Hamzah menulis karangan-karangannya “terutama” untuk orang yang tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi.
Tatabahasa20.08.2022
Salam 1Malaysia, soalan 1. bagaimanakah cara menggunakan ayat untuk perkataan 'masing-masing' dalam ayat berikut: Min kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan responden sekolah menengah adalah masing-masing M=180.68 dan M=142.87. ATAU min kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan responden sekolah menengah adalah M=180.68 dan M=142.87 masing-masing. soalan 2. Adakah perlu saya meletakkan huruf 's' bagi perkataan respons? atau memadai dengan respon terima kasih1. Minimum kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah oleh murid-murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan sekolah menengah ialah masing-masing 180.68 dan 142.87.  

2. Ejaan yang betul ialah respons.
Tatabahasa13.02.2015
material safety data sheetlembaran data keselamatan bahanMakna07.05.2007
SULAIMAN KAIAT, Soalan dalam kertas ujian sekolah dan latihan lembaran kerja murid. 1. Mesyuarat itu ditangguhkan ( ke , pada ) minggu depan. 2. Keluarga Jovita akan berpindah ( ke , dari ) Kuala Lumpur minggu depan. Adakah semua jawapan di atas betul. Kalau tidak, apa bezanya. Sekarang guru pun jadi gaduh sebab bahasa. Terima kasih. Goh Teck Seng Guru Besar SJK (C) Shan Tao, Kota Kinabalu.1. Mesyuarat ditangguhkan ke minggu hadapan.( kata sendi ke lebih sesuai kerana menunjukkan pergerakan masa ke hadapan)2. Keluarga Jovita akan berpindah ke atau dari Kuala Lumpur minggu hadapan.(Kedua-dua kata sendi ke dan dari sesuai. ke bagi menunjukkan pergerakan ke bandar lain, sementara  dari bagi menunjukkan pergerakan dari sesuatu tempat.   Tatabahasa16.05.2008
Salam tuan di talian. Saya ingin meminta pendapat tuan tentang satu tajuk siri buku syarikat kami yang diberi tajuk, ' Lembaran Kerja PBS Ekselen'. Soalan saya ialah bolehkah 'Ekselen' diguna pakai dalam tajuk tersebut kerana di dalam kamus dewan tidak terdapat perkataan itu?Perkataan "ekselen" tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Oleh itu, perkataan tersebut tidak boleh digunakan untuk tajuk buku.

Ejaan yang betul ialah Excellent dan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah cemerlang. Pada pandangan kami, lebih tepat penggunaan perkataan cemerlang daripada ekselen dalam tajuk buku yang dinyatakan.
Tatabahasa03.06.2013
Assalamualaikum Tuan / Puan, saya ingin membuat pertanyaan mengenai "tagline" kempen pengiklanan kami sedang cadangkan ke pihak pelanggan kami Coway. Kami ingin membuat pertanyaan sama ada 3 pilihan "tagline" di bawah bahasanya betul dan boleh diguna untuk pengiklanan. • Option 1: Lembaran Baru Lebaran • Option 2: Biasakan Yang Betul • Option 3: Hari Raya Biar Betul Maklumbalas dari pihak Tuan/ Puan dalam masa terdekat amat dihargai. Terima Kasih

Berikut cadangan daripada pihak kami:

  1.  Lembaran Baru Lebaran.
  2. Biasakan yang Betu.l (perkataan “yang” dieja dengan huruf kecil)
  3. Hari Raya, Pasti Jadi.

Lain-lain13.02.2023
Adakah terdapat padanan bagi "sheet music" dalam bahasa Melayu?Cadangan padanan bagi istilah music sheet dalam bahasa Melayu ialah lembaran muzik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.11.2024
123

Kembali ke atas