Tuan, apakah terjemahan yang paling tepat untuk istilah berikut: (i) Average variance extracted, (ii) indicator loading, (iii) cross loading, (iv) squared loading, (v) variance inflation factor. Terima kasih. | Mohon maaf, DBP tidak memberikan perkhidmatan penterjemahan. Sila hubungi ITBM-Institut Terjemahan dan Buku Negara, 03-41451800 atau Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506 | Penyemakan dan penterjemahan | 25.09.2014 |
loading test for weight holding - Ujian beban untuk penampungan berat adakah penterjemahan BM ini betul? | Terjemahan ini betul.T.kasih. | Lain-lain | 16.07.2008 |
Bantuan untuk penterjemahan bahasa inggeris ke bahasa malaysia untuk papan tanda. 1)supermarket loading dock 2)dockmaster office 3)department store loading dock 4)stroller & wheel chair service store room 5)fresh air intake room | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. supermarket loading dock - dok punggah pasar raya 2. dockmaster office - pejabat ketua dok 3. department store loading dock - dok punggah gedung serbaneka 4. stroller & wheel chair service store room - bilik stor khidmat kerusi roda dan kereta sorong 5. fresh air intake room - bilik ambilan udara segar | Istilah | 20.05.2013 |
Salam dan terima kasih kerana sedia membantu. Istilah "front-loading" merujuk kepada pengagihan atau peruntukan (kos, usaha, dsb.) secara tidak sekata, dengan bahagian yang lebih besar diperuntukkan pada peringkat awal perusahaan atau proses berkenaan. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "front-loading"? Bolehkah "pemuatan ke depan" diterima? | Belum ada padanan front-loading dalam Bahasa Melayu. Cadangan kami front-loading diterjemahkan kepada bebanan depan sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.08.2019 |
1)loading bay 2)ramp 3)reeder pillar | 1)ruang punggah 2)tanjakan 3)peti pembekal | Istilah | 14.12.2011 |
Loading Bay dalam bahasa melayu | Loading Bay = Ruang Punggah | Makna | 01.10.2018 |
Salam. Saya ingin mengetahui perkataan "loading", "help" dan "home" dalam bahasa Melayu. Sangat susah nak cari nama khas IT kat mana-mana. Tolong bantu. Terima kasih! | Sebenarnya DBP telah menyediakan bukan sahaja padanan kepada perkataan Teknologi Maklumat/Komputer, malahan makna istilah tersebut juga disediakan. Sebagai contoh ‘loading’ diberikan padanan ‘pemuatan’. Jika ‘data loading’ kita memberikan padanan ‘pemuatan data’, iaitu proses memasukkan data dalam penggunaan pangkalan data terutamanya dalam gudang data. Proses ini merupakan bahagian terakhir dalam kitaran ETL. Kelebihan proses ini menyebabkan pangkalan data menjadi lebih penting, efisien dan konsisten kerana menyimpan jejak audit semasa pelaksanaannya. Pemuatan data ini juga boleh berfungsi untuk menyatukan data kontemporari dengan sistem legasi. (2) Help (bantuan) ialah atur cara sistem atau bahagian atur cara penggunaan yang menyediakan maklumat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna semasa menggunakan sistem. (3) Padanan ‘home’ ialah rerumah ialah 1. Tempat permulaan kursor pada skrin. 2. Kedudukan awal untuk menempatkan jari pada papan kekunci bagi penaipan pantas. Puan hanya perlu melayari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”. | Istilah | 22.12.2014 |
Adakah sesuai penggunaan isian faktor untuk mendefinisikan 'factor loading'? Terima kasih | Menurut data kami, padanan dalam bahasa Melayu untuk factor loading ialah pemberatan faktor; muatan faktor (bidang Matematik dan Geografi) dan faktor bebanan (bidang kejuruteraan). Tuan/puan boleh menggunakan padanan bahasa Melayu yang sesuai bergantung pada bidang yang dipilih. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 06.07.2017 |
Apakah terjemahan yang sesuai digunakan untuk perkataan 'refresh' dan 'loading' yang sering digunakan dalam komunikasi komputer dan internet? | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu dalam bidang Teknologi Maklumat untuk "refresh" dan "loading" ialah segar semula dan pemuatan . | Istilah | 10.06.2014 |
Salam sejahtera, Yang manakah sesuai untuk terjemahan "loading..."? Ini ialah proses memuat laman/tapak web(teknologi maklumat). 1. Memuatkan... 2. Pemuatan... Kedua-dua perkataan ini menujukkan proses memuatkan, bilakah penggunaan yang sesuai bagi setiap perkataan? Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Kata “memuatkan” ialah kata kerja kerana adanya imbuhan “me” di depan kata muat. Kata “pemuatan” pula ialah kata nama kerana diapit dengan imbuhan “pe” dan “an”. Contoh ayat yang berikut menunjukkan penggunaan kata tersebut: - Amin sedang memuatkan fail dalam laman web syarikatnya.
- Pemuatan fail dijangka mengambil masa dalam tempoh 10 saat.
| Tatabahasa | 30.01.2018 |