Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : spt apa keadaannya (caranya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
macam
1. Bersinonim dengan sekolah agama: pondok, pergirian,

2. Bersinonim dengan surau: masjid, langgar.,

Kata Terbitan : bermacam-macam, mempermacam-macamkan,

Puisi
 

Macam mana tamban nak loncat,
     Tamban baru dua jari;
Macam mana demam nak pucat,
     Demam baru dua hari.


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah "macam mana" boleh dipakai dalam pertuturan menggantikan "bagaimana" .adakah salah penggunaannya "macam mana". Terima kasihFrasa "macam mana" lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Dalam situasi rasmi kata tanya "bagaimana" yang digunakan.Tatabahasa27.10.2013
Boleh tak tahu macam mana daftar sebagai pengguna? Apabila saya taip kata laluan ia akan keluar balik. Macam mana nak dapat kata laluan? Terima kasih.Kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi. Untuk aduan hal teknikal laman web dan portal kami, tuan boleh hubungi pegawai teknikal DBP melalui talian 03-21479373.Lain-lain17.11.2015
tuan, adakah ayat berikut salah? Ibu bapanya sangat sayang akan dia tetapi dia macam mana pula?

Frasa "macam mana" lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Dalam situasi rasmi kata tanya "bagaimana" yang digunakan.

Tatabahasa16.09.2011
Salam sejahtera. 'dari sudut' pandang 'dari segi. pendapatan merujuk kepada ungkapan di atas dalam keadaan yang macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari sudut...' dan konteks macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari segi...' ? terima kasih

Antara maksud sudut termasuklah pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dan sebagainya),  arah pandangan, atau segi; manakala segi dikiaskan kepada pandangan terhadap sesuatu atau disebut sebagai sudut pandang. Berdasarkan huraian tersebut, frasa yang betul ialah 'dari sudut pandang'. Frasa 'dari segi' lebih kepada aspek atau bahagian yang diberikan perhatian, seperti 'dari aspek fizikal'.

Tatabahasa03.04.2011
Tuan, mana satu yang betul? 1 macam manapun atau macam mana pun 2 mana-manapun atau mana-mana pun 3 dia bukan cantik manapun atau dia bukan cantik mana pun. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah macam mana pun, mana-mana pun dan dia bukan cantik mana pun.Tatabahasa08.05.2012
Macam mana translate "readily biodegradable" & "formulated with plant based surfactants" to bahasa melayu? Is it "mudah terbiodegradasikan" & "dirumus dengan surfaktan berasaskan tumbuhan" ?Kedua-dua padanan bahasa Melayu ini betul bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Penyemakan dan penterjemahan21.02.2024
macam mana cara nak dapatkan kelulusan banting dari dewan bahasa pustaka untuk submit ke majlis?Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun pelanggan, dan klik daftar iklan untuk mendaftarkan dan menyertakan lampiran iklan tuan. Iklan papan premis seperti ini dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan bayaran boleh dibuat secara dalam talian (online).Lain-lain20.07.2022
Macam mana nak buat pengesahan bahasa untuk visual iklan kedai

1.    Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan.

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

Lain-lain23.03.2022
Macam mana saya nak hantar contoh banner kedai saya sebab saya nak mohon lesenUntuk permohonan iklan sila kemukakan permohonan puan melalui laman web DBP SahBahasa www.dbpsahbahasa.my.Lain-lain13.01.2022
Macam mana nak memohon jawatan di DBP setelah isi borang permohonan jawatan itu?Permohonan jawatan kosong yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat yang berikut:

Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. (u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Lain-lain22.09.2020
12345678910...

Kembali ke atas