Assalamualaikum, Semoga dipermudahkan segala urusan. Saya mohon bertanya tentang penggunaan Maha Kuasa, Maha Penyayang, Maha Pemurah, dan yang seangkatan dengannya. Daripada segi ejaannya bagaimana? Adakah dieja dengan huruf besar ataupun kecil? Mohon perincian daripada pihak Tuan/Puan. Terima kasih. | Alaikumussalam. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semua sifat Allah ditulis dengan huruf besar. Contohnya: Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang Yang Maha Kuasa dan sebagainya. | Ejaan | 01.04.2014 |
"Yang Maha Kuasa" atau "yang Maha Kuasa"? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semua sifat Allah ditulis dengan huruf besar. Contohnya: Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang Yang Maha Kuasa | Ejaan | 06.10.2016 |
Bilakah kata yang disambut oleh perkataan "maha" perlu ditulis serangkai? Contoh: mahasiswa (betul) maha siswa (salah) Mengapakah "maha siswa" salah? Terdapat hukumnya? Contoh: mahasuci (salah) maha suci (betul) Mengapakah "mahasuci" pula yang salah? | Perkataan "maha" bermaksud "yang teramat", "sangat" ,"amat" , "berkuasa", "hebat", "agung" dan lain-lain. "Maha" apabila digabungkan dengan kata nama am, hendaklah dieja dengan satu perkataan. Contoh mahaguru, mahasiswa, maharaja, mahakarya, dan lan-lain. Bagi kata nama khas, contohnya sifat Allah, hendaklah ditulis dengan huruf besar. Contohnya Allah Yang Maha Suci, Allah Yang Maha Pengasih, Allah Yang Maha Penyayang dan lain-lain. | Tatabahasa | 12.05.2015 |
Bagaimana menulis sifat Allah. Adakah Allah yang Maha Pengasih atau Allah yang maha pengasih? | Allah yang Maha Pengasih. Maha Pengasih satu daripada Asma'ul-husna (Nama Allah). | Ejaan | 23.09.2011 |
Salam. Saya ingin bertanya, frasa mana yang betul: 1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia 2. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia 3. Ke bawah Duli Yang Maha Mulia 4. Ke bawah Duli yang Maha Mulia Sekian. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia" | Ejaan | 15.12.2016 |
Maha bermaksud sangat, amat, berkuasa, hebat, besar, agung, tertinggi, termulia, terpenting, terkenal, termasyhur. Bolehkah imbuhan digunakan untuk perkataan ini contohnya dimahakan atau kemahaan? | Imbuhan tidak digunakan untuk perkataan ini. | Tatabahasa | 20.10.2008 |
Penggunaan 'Maha'? Untuk Tuhan,raja dan lawak(maharajalawak). Kesuaian dan konsep boleh tuan jelaskan? | Perkataan maha membawa maksud yang teramat, sangat, amat. Maha ialah awalan asing besar, tertinggi, misalnya mahaguru, mahasiswa, maharaja, mahakarya. | Istilah | 16.11.2012 |
merujuk kepada frasa "Yang Maha Berkuasa" mengapakah "Yang" berhuruf besar? Adakah "Yang" bagi "Yang Maha Berkuasa" yang terletak di tengah-tengah ayat juga berhuruf besar? | Frasa Yang Maha Berkuasa hanya digunakan bagi merujuk Allah SWT sahaja. Oleh itu, huruf pertama frasa tersebut mesti ditulis dalam huruf besar meskipun berada di tengah-tengah ayat. | Tatabahasa | 07.12.2007 |
Yang manakah betul? a)Tuhan yang Mahaesa b)Tuhan yang maha Esa c)Tuhan yang maha-Esa | Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa | Makna | 15.09.2018 |
Bagaimanakah bentuk ulang bagi gelaran yang berikut: 1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia 2. Duli Yang Maha Mulia 3. Duli Yang Teramat Mulia. Jawapan yang diperlukan segera. Sekian terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Duli Yang Maha Mulia atau DYMM. | Lain-lain | 31.05.2010 |