Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n see MARKET. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. ( branch of business ) bidang pemasaran: I heard you work in ~ , saya dengar kamu bekerja dlm bidang pemasaran; 2. ( attrib ) pemasaran: ~ director , pengarah pemasaran; ~ methods , kae (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata marketing


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang DBP cadangkan untuk On-ground marketing"? "On-ground marketing juga dikenali sebagai "Experiential marketing”.Padanan bahasa Melayu bagi istilah on-ground marketing ialah pemasaran lapangan.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. Istilah29.09.2022
Perkataan bagi Political Marketing di dalam bahasa Indonesia adalah Marketing Politik, tetapi saya tidak jumpa bagi bahasa Malaysia. Saya tidak pasti sama ada persoalan saya ini akan dijawab di sini, tetapi tidak salah saya mencuba. Mohon perkataan bahasa Malaysia bagi political marketing. Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "political marketing" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "marketing" yang padanan bahasa Melayunya ialah pemasaran dan "political" yang padanan bahasa Melayunya ialah politik. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pemasaran politik.Istilah22.02.2013
Apakah istilah yang sepadan dengan "buzz marketing"? Menurut kamus Inggeris-Melayu, "buzz" maksudnya desas-desus atau baz. Adakah "buzz marketing" boleh diterjemah sebagai "pemasaran baz" atau "pemasaran gegar"? Untuk makluman, "buzz marketing" merujuk kepada strategi pemasaran yang mengandalkan kepada pengaruh positif dan penyebaran berita secara alami oleh masyarakat untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan.Padanan bahasa Melayu bagi istilah buzz marketing ialah pemasaran heboh. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah21.05.2023
Adakah terjemahan ini betul? "Conference Marketing" --> Pemasaran Persidangan Dalam pemasaran acara (event marketing), ada syarikat yang menyertai 'tradeshow', ada yang mengadakan persidangan (conference) sebagai satu strategi pemasaran yang ditujukan kepada pengguna atau sasaran populasi. Jadi model pemasaran yang menggunakan persidangan sebagai pengantara disebut "Conference marketing".Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk perkataan "conference marketing" iaitu pemasaran persidangan sesuai mengikut konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang yang dinyatakan. Makna30.09.2022
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Crowd Marketing"? Pemasaran khalayak? Pemasaran ramai? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah crowd marketing ialah pemasaran khalayak.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah29.09.2022
1. Adakah istilah "pemboleh daya" wujud dan apakah maksudnya dan cara penggunaanya? 2. Apakah padanan paling sesuai untuk istilah "claims" dalam konteks penggunaan "marketing claims"? Contoh ayat "companies have resorted to making marketing claims that border on the ridiculous." Perkataan "dakwaan" di dalam pangkalan data DBP lebih tertumpu kepada penggunaan konteks undang-undang, adakah ianya paling tepat sekiranya digunakan dalam konteks yang berlainan seperti diatas? Terima kasih.

1.    Untuk makluman tuan/puan istilah pemboleh daya tidak wujud dalam pangkalan data kami.

2.    Padanan “claims” dalam konteks penggunaan  “marketing claims” ialah tuntutan pemasaran/pasaran.

Istilah20.05.2018
KEDAI MINUM AYASSS MARKETINGUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP"Lain-lain29.08.2016
ADAKAH PERKATAAN LIW YEW MARKETING SDN.BHD BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN LESEN SENDIRIAN DARI MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU.

Sila layari laman dbpsahbahasa.my untuk memohon pengesahan bahasa papan iklan.  Tuan boleh mengikut panduan yang diberikan.  Terima kasih.

Lain-lain07.07.2021
Adakah terjemahan ini betul? "Conference Marketing" --> Pemasaran Persidangan Terima kasih.Mohon nyatakan konsep dan konteks penggunaan perkataan tersebut kerana padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut bidang atau laras bahasa.Makna24.09.2022
Salam. Apakah terjemahan yang tepat bagi Multi-level Marketing? (MLM)

Terjemahan yang paling hampir ialah Pemasaran Berbilang Aras
Makna25.10.2015
123

Kembali ke atas