mengasah masa lapang betul tak | Dicadangkan mengisi masa lapang lebih baik daripada mengasah masa lapang. Dalam penulisan sastera "mengasah masa lapang" dibolehkan seperti penulisan dalam puisi atau cerpen. | Tatabahasa | 21.05.2017 |
Kita dapat mengisi masa lapang dengan berhemah. Adakah betul penggunaan kata berhemah dalam ayat ini. Terima kasih. | Perkataan berhemah tidak sesuai untuk ayat contoh yang diberikan (Kita dapat mengisi masa lapang dengan berhemah. Maksud hemah ialah budi pekerti yang mulia. Perkataan yang sesuai untuk ayat yang diberikan ialah; Kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat. | Lain-lain | 19.03.2017 |
Adakah ayat ini betul : mengisi masa lapang secara berfaedah. Adakah penggunaan secara berfaedah betul? | Ayat yang betul ialah “mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah”. | Tatabahasa | 29.07.2024 |
Ayat yang manakah yang betul? I Pembacaan dapat membantu dalam mempertajam pemikiran. II Ramli mengisi masa lapang dengan mempertajam parangnya. III Raziah mempertajam telinganya untuk mendengar perbualan kakaknya dengan rakan-rakannya. harap berikan penjelasan. terima kasih. | Ayat 1.Pembacaan dapat membantu dalam mempertajam pemikiran dan ayat II Ramli mengisi masa lapang dengan mempertajam parangnya betul. Hanya ayat III Raziah mempertajam telinganya untuk mendengar perbualan kakaknya dengan rakan-rakannya walaupun betul tetapi jarang sekali digunakan. | Tatabahasa | 16.11.2007 |
Salam, Perkataan 'mengarang' merupakan kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? Adakah ayat ini tergantung? 1. Sze Ling suka mengarang pada masa lapang. Boleh tuan/puan berikan alasan? Terima kasih. | Mengarang merupakan kata kerja transitif. Ayat yang diberikan tergantung. Sepatutnya, Sze Ling suka mengarang cerpen pada masa lapang. Kata kerja transitif - kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. | Tatabahasa | 08.05.2014 |
adakah waktu/masa, lapang/rehat,alat/bahan, identiti/imej, pangkal/hujung, utama/dominan termasuk dalam sinonim kontkes, laras sosial atau kolokasi?? | Contoh-contoh yang tuan berikan ada yang merupakan sinonim dan ada juga antonim, kesemua kata ini juga berkait boleh berkolokasi dalam ayat tertentu. Tidak ada maklumat yang rinci berkaitan tajuk dan contoh ini dalam pangkalan data kami. | Tatabahasa | 19.03.2015 |
Adakah ayat ini betul?? Jika saya ada masa lapang, saya akan pergi menonton filem dengan ibu. | Betul. | Tatabahasa | 31.10.2008 |
Kita harus menghargai masa lapang kerana masa itu emas/"Masa itu emas". | Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas. | Lain-lain | 05.07.2010 |
Soalan yang pertama ingin diajukan adalah tentang Definisi sosiobudaya masyarakat melayu, cina, india dan lain-lain Soalan yang kedua adalah Definisi permainan dari segi permainan pada masa lapang, permainan sebagai hiburan serta kepentingan permainan | | Berdasarkan kamus Dewan Edisi Keempat, sosiobudaya boleh ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dgn budaya (spt cara hidup, adat istiadat, dll): Contoh ayat: Malaysia mengalami perkembangan pesat dlm ~, ekonomi, dsb. Permainan pula ditakrifkan sebagai 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan bermain. Saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mengunjungi mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk membuat kajian kerana pertanyaan saudara memerlukan penyelidikan yang terperinci. | |
| Lain-lain | 22.02.2009 |
Selamat pagi tuan, Minta tolong tuan memberi nasihat dan pembetulan ayat-ayat di bawah serta memberi keterangan yang lanjut. 1) Emak saya membeli sebungkus limau yang segar. 2) Adik berenang di kolam yang jernih. 3) Mereka suka memelihara kura-kura untuk mengisi masa lapang. 4) Kakak menolong ibu mengemas pakaian di ruang tamu. 5) Pada Tahun Baru Cina, bapa memberikan kami angpau. | 1) Emak saya membeli sebungkus limau yang segar. - betul 2) Adik berenang di dalam kolam yang jernih. 3) Mereka suka memelihara kura-kura untuk mengisi masa lapang. - betul 4) Kakak menolong ibu mengemas pakaian di ruang tamu. - betul 5) Pada Tahun Baru Cina, bapa memberikan kami angpau. - betul | Tatabahasa | 25.02.2012 |