pelajar menengah sekolah perlu tahu beberapa kata masukan? | Kata masukan ialah entri yang disusun mengikut urutan abjad yang disertai takrif dan maklumat lain seperti kelas kata, etimologi dsb. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Istilah | 24.08.2009 |
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat banyak ungkapan dan ayat contoh “hingga ke”. Antara ungkapan itu ialah “panjangnya hingga ke pinggang” (di bawah masukan blaus, hlm. 195), “dari selatan hingga ke utara” (di bawah masukan daksina, hlm. 305) dan “dari pinggang hingga ke paras lulut” (di bawah masukan samping II, hlm. 1382). Antara ayat contoh yang mengandungi “hingga ke” terdapat pada halaman 617 (di bawah masukan jejak, menjejaki), 1418 (di bawah masukan selak, menyelak) dan 1392 (di bawah masukan sara, menyara). Susunan berturutan “hingga ke” dalam ungkapan dan ayat contoh itu gramatis atau tidak? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis. | Tatabahasa | 06.12.2009 |
EJAAN PERKATAAN MASUKAN ATAU MASUKKAN. EJAAN MANA YANG BETUL BAGI AYAT BERIKUT: SILA MASUKAN ATAU MASUKKAN BAG KE DALAM MESIN PENGIMBAS | Ejaan yang betul ialah masukkan. | Ejaan | 16.05.2010 |
Terima kasih atas jawapan yang terdahulu. Manakah yang persis (diiktiraf oleh DBP): 1. Weblog atau blog? 2. Blogger, pemblog, atau penulis blog? 3. Menulis masukan blog atau memblog? Benarkah memblog (jikalau diterima perkataan ini) dapat bermaksud 1. menulis masukan blog 2. membaca blog 3. mengikuti perkembangan blog? | Encik Mohd.Isa terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. DBP tidak menggunakan perkataan blogger dan pemblog tetapi kerana ramai orang telah menggunkan perkataan tersebut jadi kami hanya boleh mencadangakan penggunaan penulis blog dan ia tidak boleh disamakan dengan membaca blog dan mengikuti perkembangan blog?Terima kasih | Istilah | 24.03.2009 |
untuk kelulusan ejaan dan masukan | Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur. Betulkan seperti berikut: DIMILIKI OLEH: PMD CHANGLUN SDN. BHD. 1278977-W (perhatikan jarak dan kedudukan tanda bacaan) | Lain-lain | 23.05.2018 |
1)nak semak ejaan masukkan@masukan..yang mana yang tepat.. | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 26.10.2010 |
apakah ejaan semula jadi yang betul? Dalam masukan PRPM ada semulajadi & semula jadi? Ini sangat mengelirukan. Bolehkah PRPM memberikan ejaan yang betul? | Ejaan yang betul ialah semula jadi | Ejaan | 16.09.2019 |
Mungkin pihak tuan terlepas pandang untuk menjawab soalan saya pada 24 Mac 2009 (lebih sebulan dahulu). Inilah soalannya: Manakah yang persis (diiktiraf oleh DBP): 1. Weblog atau blog? 2. Blogger, pemblog, atau penulis blog? 3. Menulis masukan blog atau memblog? Benarkah memblog (jikalau diterima perkataan ini) dapat bermaksud 1. menulis masukan blog 2. membaca blog 3. mengikuti perkembangan blog? Terima kasih. | Yang paling sesuai ialah: 1. blog 2. penulis blog 3. Menulis dalam blog 4. Kata memblog belum diterima lagi sebagai suatu istilah, frasa yang boleh dibina ialah antaranyamenulis dalam blog, membaca blog dan mengikuti perkembangan blog. | Tatabahasa | 07.05.2009 |
Di halaman 1087 Kamus Dewan Edisi Keempat ada masukan -nyah- yang dikatakan awalan asing yang bermaksud buang atau hapus. Perkataan contoh yang diberikan ialah nyahcas dan nyahwarna. Mohon nyatakan bahasa sumber bagi awalan -nyah- itu. Terima kasih. | Awalan "nyah-" ialah padanan bahasa Melayu untuk awalan bahasa Inggeris de- atau dis-. Contohnya, discharge menjadi nyahcas, deceleration menjadi nyahpecutan. | Istilah | 29.12.2012 |
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “pengantar” terletak di bawah kata masukan “antar”. Kata “pengantar” terdapat juga dlm takrifan ke-5 dan ke-6. Ini bermakna KD4 juga menganggap “pengantar” ialah terbitan kata dasar “hantar”. Hal ini diperkukuh apabila adanya terbitan “berpenghantarkan” dan “berpengantarkan”. Maka ada ungkapan ber-penghantar-kan (= ber-pengantar-kan) bahasa ibunda”. Jadi, bolehkah wujud ungkapan “bahasa pengantar”? Jikalau boleh, kedua-dua ungkapan “bahasa penghantar” dan “bahasa pengantar” adalah betul. (?) | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (hal.65 dan 510), kedua-dua istilah itu betul dan boleh digunakan. | Istilah | 08.02.2009 |