Assalamualaikum, Apakah terjemahan bagi istilah tahap kemasakan (doneness) bagi stik (steak) dalam bahasa melayu seperti yang tersenarai di bawah: Black and blue steak Rare stake Medium rare steak Medium steak Medium well steak Well done steak Terima kasih. | Boleh digunakan istilah tahap kemasakan. Belum terdapat lagi data istilah DBP, akan dicadangkan kepada JK Istilah. | Istilah | 27.07.2017 |
Saya Suwaibah Walohtae, sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar. Saya ingin bertanya DBP perkataan "Jannah" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya? Terima kasih. | medium none; border-right: medium none; border-collapse: collapse; border-bottom: medium none; margin: auto auto auto -17.1pt; border-left: medium none; mso-table-layout-alt: fixed; mso-border-alt: solid black .5pt; mso-yfti-tbllook: 1184; mso-padding-alt: 0cm 5.4pt 0cm 5.4pt; mso-border-insideh: .5pt solid black; mso-border-insidev: .5pt solid black" cellspacing="0" cellpadding="0" width="937" border="1"> Kata ‘jannah’ ialah kata pinjaman daripada kata Arab yang bermaksud syurga, taman firdaus. | | Makna | 24.09.2014 |
Salam sejahtera, Saya ada persoalan berkaitan istilah yang digunakan dalam pertanian atau tanaman makanan. Istilah manakah yang tepat untuk digunakan antara dua ini: media tanaman atau medium tanaman? Sama juga untuk media semaian atau medium semaian? Sekiranya dilihat maksud "media" digunakan dalam bidang komunikasi atau perhubungan. Medium pula dirujuk sebagai bahan yang menjadi perantara bagi menghasilkan sesuatu kesan. Minta pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih. | Istilah yang betul ialah medium tanaman dan medium semaian. Media tanaman merupakan istilah lama, manakala medium semaian memang terdapat dalam pangkalan data istilah DBP. | Istilah | 02.06.2020 |
Tuan, bagaimanakah perkataan "berkongsi" dan "mengongsi" digunakan dalam ayat? Apakah perbezaan antara "berkongsi" dengan "mengongsi"? Adakah "mengongsi" sama maksud dengan "berkongsi"? | | Makna | 11.12.2014 |
medium format film cameras bagaimana mahu terjemahkan? | Tiada dalam data terjemahan medium format film cameras, kami mencadangkan perkataan itu diterjemahkan kepada kamera filem format sederhana. Bagaimanpun terjemahan ini perlulah disesuaikan dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.11.2016 |
Rangsangan: Terdapat pelbagai medium yang telah digunakan oleh manusia untuk menulis. Antaranya termasuklah batu, daun, kayu dan kulit binatang yang digunakan untuk merakamkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Soalan: Dalam perkataan “antaranya’, -nya merujuk kepada pelbagai medium. Adakah penggunaan -nya ini gramatis? | Penggunaan "nya" dalam contoh tersebut tidak gramatis kerana "nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Sepatutnya ayat tersebut ditulis "Antara medium yang telah digunakan oleh manusia untuk menulis termasuklah batu, daun, kayu dan kulit binatang yang digunakan untuk merakamkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka." | Tatabahasa | 16.04.2012 |
Salam sejahtera, mohon berikan cadangan terjemahan bagi "Privacy Policy" (polisi yang biasanya dinyatakan jika kita mengisi borang, untuk melindungi butir peribadi kita) dan sejenis warna, "medium green". Terima kasih | 1. Ruangan tersebut bukanlah suatu dasar, sebaliknya disebut "Maklumat Peribadi" yang perlu dilengkapkan apabila kita mengisi borang. 2. Medium bermaksud sederhana dan jika medium green diterjemahkan itulah warna hijau yang sebenarnya. Maka cukup sekadar kita menandakannya sebagai warna hijau kerana jika berlebihan hijaunya baharu disebut hijau pekat dan jika sebaliknya disebut hijau cair. | Istilah | 17.07.2012 |
Cikgu, perkataan "khas" apabila diimbuhkan dengan apitan meN-...-kan perlu dieja "mengkhaskan" atau "mengekhaskan"? Perkataan "khas" terdiri daripada satu suku sahaja, jadi perlu menerima apitan menge-...-kan lalu membentuk kata kerja terbitan "mengekhaskan"? | medium none; padding-bottom: 0cm; padding-left: 0cm; padding-right: 0cm; border-top: medium none; border-right: medium none; padding-top: 0cm; mso-element: para-border-div; mso-border-bottom-alt: solid #aaaaaa .75pt"> | Tatabahasa | 28.05.2014 |
Penggunaan istilah Perusahaan Kecil dan Sederhana atau Industri Kecil dan Sederhana.Istilah betul bagi terjemahan kepada 'SME' | Istilah yang digunakan selama ini ialah industri kecil dan sederhana.Walau bagaimanapun, baru-baru ini kami dimakluman bahawa sekarang ada dua istilah yang berbeza, iaitu small medium industry (SMI) dan small medium enterprise (SME). Oleh itu, kami mencadangkan industri kecil dan sederhana digunakan untuk small medium industry (SMI) dan perusahaan kecil dan sederhana digunakan untuk small medium enterprise (SME). | Istilah | 06.04.2011 |
Mohon terjemahan perkataan-perkataan ini. 1. zero edge fish tank 2. MDF - medium density fibre board 3. high definition television 4. catch-all 5. HVAC 6. hand router 7. cleat 8. infinity pool 9. UV lacquer finish | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. zero edge fish tank – tangki ikan zero edge 2. medium density fibre board (MDF) – papan gentian kepadatan sederhana 3. high definition television – televisyen definisi tinggi 4. catch-all – rangkum semua 5. HVAC – pemanasan, pengudaraan dan penyamanan udara (HVAC) 6. hand router – penghala tangan 7. cleat – tetupai 8. infinity pool – kolam infiniti 9. UV lacquer finish – kemasan lakuer UV | Istilah | 14.03.2017 |