Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mekah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ejaan kota Mekah yang betylEjaan yang betul ialah Mekah  atau lazimnya disebut kota suci Mekah.Ejaan24.09.2018
Ejaan mana yang betul: Mekah atau Mekkah bandaraya atau bandar rayaEjaan yang digunakan ialah Mekah atau Makkah, atau lazimnya disebut kota suci Mekah.Istilah22.11.2011
yang mana betul mekah, makkah atau mekkah? bolehkah disertakan sekali dengan perkataan ini "al mukarramah" contoh ayat: "saksikan siaran langsung solat terawih dari MEKAH/MAKKAH/MEKKAH AL-MUKARRAMAH "
Menurut data kami, kedua-dua bentuk ejaan Mekah atau Makkah diterima dalam bahasa Melayu.
Lain-lain17.05.2016
1. Ingin mendapatkan kepastian mengenai ejaan perkataan `HIJRAH'. Mabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke Madinah Apakah untuk sebutan tahun digunakan Hijrah atau `HIJRIAH' seperti tahun 1437 Hijrah atau 1437 Hijriah. 2. Ejaan `Mekah' atau `Makkah'. Ejaan mana yang sesuai untuk ditulis dalam buku sejarah agama Islam yang sedang saya sunting?Selamat Tengah Hari
1. Ejaan yang betul Hijrah (Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna hijrah ialah perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah).
2. Menurut data kami, kedua-dua bentuk ejaan Mekah atau Makkah diterima dalam bahasa Melayu. Dalam buku pendidikan Islam DBP, ejaan Makkah digunakan.

Sekian, terima kasih.
Istilah10.06.2016
antara perkataan berikut yang mana betul? hadis @ hadith? redha @ reda? Mekah @ Makkah? saidina@sayidina?JAWAPAN BETUL HADIS, REDA, SAYIDINA, MEKAH @ MAKKAH-KEDUA-DUANYA BOLEH DIGUNAKAN.Ejaan09.08.2012
Bagaimana menulis Kota Damsyik atau Kota Makkah. Perlukah menggunakan huruf besar pada pangkal Kota?Ejaan yang digunakan ialah Mekah atau Makkah, atau lazimnya disebut kota suci Mekah. Oleh itu, huruf "k" bagi "kota" hendaklah ditulis menggunakan huruf kecil bagi kota Makkah. Begitu juga dengan kota Damsyik.Tatabahasa18.03.2013
Saya ingin mendapat kepastian ejaan yang betul bagi perkataan ini `Mekah' atau `Makkah'. Keputusan ejaan DBP ini akan saya gunakan untuk menulis artikel berkaitan dengan Islam agar tidak perlu kesilapan ejaan. Apakah gaya penulisan ini berbeza untuk teks atau karya imiah berkaitan agama atau tulisan untuk rencana biasa.Mekah atau Makkah, kedua-dua bentuk ejaan tersebut diterima dalam bahasa Melayu.Istilah09.03.2013
Saya ingin bertanyakan jawapan sama ada dari atau daripada untuk soalan berikut : "Kami menunggu kepulangan ibu ___________ menunaikan haji di Mekah." Terima kasih!Kata sendi nama dari dan daripada tidak sesuai digunakan dalam ayat. Ayat yang betul ialah "Kami menunggu kepulangan ibu yang menunaikan haji di Mekah".Tatabahasa19.05.2013
Bayangkan perjalanan dari Mekah ke Baitul Maqdis yang berbulan-bulan itu dilakukannya semalaman sahaja. Penggunaan "Bayangkan" dlm ayat di atas betul atau salah? terima kasihBayangkan ialah terjemahan imagine dalam bahasa Melayu. Perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa07.09.2012
Ejaan manakah yang betul, Mekah atau Makkah?Kedua-dua ejaan betul, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taip perkataan mecca.Ejaan29.11.2011
12

Kembali ke atas