Apakah perbezaan ayat 1 denagn ayat 2 dari segi maksud (jika ada). Ayat manakah lebih tepat digunakan? Ayat 1 - Pihak tuan hendaklah mengirimkan senarai pusat peperiksaan kepada pihak kami dengan melengkapkan borang ABC. Ayat 2 - Pihak tuan hendaklah mengirim senarai pusat peperiksaan kepada pihak kami dengan melengkapkan borang ABC. | 1. Pihak tuan hendaklah mengirimkan senarai pusat peperiksaan kepada pihak kami dengan melengkapkan borang ABC. - Ayat ini yang paling tepat kerana mengirim bermaksud menyampaikan atau menghantar (surat dll) menerusi pos dan sebagainya; manakala mengirimkan bermaksud menyuruh pergi ke sesuatu tempat, menghantar, atau mengutus. Dalam ayat tersebut mengirimkan di sini bermaksud menghantar. | Tatabahasa | 12.01.2010 |
adakah wujud perkataan 'perlengkap'? apakah maksudnya? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah yang betul ialah pelengkap yang bermaksud 1. sesuatu yg digunakan utk melengkapi (melengkapkan); 2. (Lin) kata yg menerangkan kata kerja dll; 3. yg melengkapkan: badan manusia mempunyai anggota utama dan anggota ~. | Istilah | 06.04.2010 |
Salam Sejahtera, Apakah perkataan yang sepatutnya digunakan bagi melengkapkan ayat berikut:- "Penggunaan bahan mentah ini adalah bagi _________ telefon bimbit." a) Menghasilkan b) Mengeluarkan c) Mengilang d) Membuat Sila ambil maklum bahawa aktiviti pengeluaran syarikat ini adalah melibatkan proses pengilangan. Terima Kasih | Merujuk Kamus Dewan, keempat-empat pilihan jawapan yang diberikan boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut kerana menghasilkan sama maksudnya dengan mengeluarkan dan mengilang sama maksudnya dengan membuat serta mengeluarkan. | Tatabahasa | 08.12.2011 |
Salam, Mohon Bantuan tuan bagi permohonan nama saya ini. saya telah melengkapkan semua maklumat namum pemohonan saya tidak di terima / berjaya. | Wassalam, Mohon pihak tuan menghantar semula permohonan tersebut. Sekiranya hadapai masalah, sila hubungi pegawai teknikal kami Encik Shaiful melalui talian 03-21479691/9400. Terima kasih. | Lain-lain | 24.07.2017 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin meminta tolong pihak DBP untuk melengkapkan perkara di bawah: Eka - Satu Dwi - Dua Tri - Tiga ?? - Empat Panca - Lima ?? - Enam ?? - Tujuh Asta - Lapan ?? - Sembilan Dasa - Sepuluh Terima kasih. | 1. Eka = Satu, Dwi = Dua, Tri = Tiga, Empat = Catur, Lima = Panca, Enam = Sat, Tujuh = Sapta, Lapan = Asta, Sembilan = Nawa, Sepuluh = Dasa | Tatabahasa | 13.07.2016 |
Saya ingin mengetahui maksud sebenar' person hood' dalam mengaitkannya dengan konsep privasi. Jawapan ini diperlukan bagi melengkapkan penyelidikan saya berkaitan privasi dalam perundangan negara Malaysia. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "person hood" dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 19.04.2013 |
Sila nyatakan perbezaan makna dan penggunaannya serta contoh ayat bagi perkataan menyediakan dan mempersiapkan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menyediakan bermaksud 1. menyiapkan (makanan dll); 2. melengkapkan (kapal, kenaikan, dll): diperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat menyediakan pancapersada; 3. mencukupkan (wang dll): menyediakan wang untuk membeli kereta; 4. mengadakan (sesuatu untuk), mengatur menyusun: wakil itu menyediakan kenderaan untuk membawa mereka ke asrama yang dikhaskan; menyiapkan, mempersiapkan bermaksud 1. menyediakan, mengadakan:isterinya mempersiapkan makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yang cukup untuk mempersiapkan pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemaskan) sesuatu untuk: mempersiapkan sebuah perahu untuk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yang akan mencegah perbuatan rasuah | Makna | 29.01.2011 |
Apakah itu kerja kerja transitif? | Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contohnya, Dia memasukkan surat ke dalam sampul dan Ali menaiki bas. | Tatabahasa | 28.10.2018 |
Bolehkah perkataan ini digunakan, 'melengkapisikan' (lengkap + isi) ? | Kata 'melengkapisikan' tidak boleh digunakan. Sekiranya arahan yang bermaksud meminta pemohon melengkapkan maklumat dalam borang yang diberikan, cukup sekadar menyatakan 'Sila lengkapkan maklumat atau isikan maklumat yang berkenaan'. | Ejaan | 28.04.2008 |
Salam, Huraian di bawah adalah mengenai kata kerja, Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contohnya, Dia memasukkan surat ke dalam sampul. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Contohnya, Semua orang pulang. Dia menjadi guru. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 144. soalan saya: bagaimanakah kita boleh mengetahui sesuatu kata itu adalah kata kerja transitf atau tak transitif (saya tidak mahu definisinya). Contohnya "memasukkan", bagaimanakah kita boleh mengesahkan bahawa kata itu adalah transitif atau tak transitif? Bagaimanakah kita mengetahui perkataan itu memerlukan objek atau tidak. Adakah cara yang "saintifk" untuk menentukan pengkategorian itu? Adakah terdapat justifikasi akademik yang kukuh untuk kita menentukannya? | Antara cara untuk mengenal pasti kelas kata ialah merujuk kamus. Kamus Dewan tidak membubuh kelas kata perkataan, perincian kelas kata boleh dikenal pasti dengan melihat contoh ayat yang digunakan. Lihat entri perkataan masuk - memasukkan, ia memasukkan mesin taip ke dalam bilik, perkataan memasukkan diikuti objek. Tidak semua ilmu boleh diuji secara saintifik, termasuklah ilmu bahasa. | Lain-lain | 06.10.2016 |