Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.maÖ.lu.mi]/[me.ma/.lu.mi] | ممعلومي

Definisi : memahami, mengetahui: aku harap kamu semua telah ~ perkara ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.maÖ.lu.mi]/[me.ma/.lu.mi] | ممعلومي

Definisi : 1 tahu atau faham akan; mengetahui; memahami: Peraturan baru itu telah dimaklumi semua. 2 memberitahu seseorang atau sesuatu pihak: Beliau ~ anggota mesyuarat akan perkara penting itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maklum (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, mengerti, faham, sedar, mafhum;,
Kata Terbitan : memaklumi, memaklumkan, termaklum, makluman, pemakluman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud "memaklumi"Memaklumi bermaksud mengetahui atau memahami. Untuk maklumat lanjut, klik memaklumi">http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=memaklumi.Makna30.04.2018
Salam sejahtera, saya pernah bertanyakan tentang "memaklumi". Saya ingin mendapatkan kepastian adakah kefahaman saya betul. 1. menerima surat yang memaklumi bahawa.. (dimaklumi) 2. menerima surat yang memaklumkan bahawa...(dimaklumkan) memaklumi/dimaklumi TIDAK boleh digunakan untuk merujuk "memberitahu" sebaliknya hanya membawa maksud "telah faham" Adakah tanggapan saya ini betul?Ayat yang betul "menerima surat yang memaklumkan bahawa ...", memaklumkan bermaksud membuat maklum, menjadikan maklum, memberitahukan, mengkhabarkan dan menyatakan.

Tatabahasa28.06.2018
Tuan, saya memaklumi bahawa adanya perkataan "memperkawani", tetapi mengapakah saya tidak menjumpai kata "memperkawani" dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua? Adakah kata "memperkawani" benar-benar wujud dalam bahasa Melayu?Tuan/Puan, setelah merujuk Bahagian Perkamusan, saya dimaklumkan bahawa tiada perkataan "memperkawani" dalam bahasa Melayu atau dalam Kamus Dewan.  Yang ada hanya perkataan "memperkawan" yang bermaksud berkawan dengan seseorang atau "memperkawankan" yang bermaksud menjadikan seseorang kawan kepada seseorang yang lain.Makna10.01.2015
Adakah penggunaan memaklumi betul pada ayat dibawah? Memaklumi Syarikat dengan segera jika pekerja melanggar peraturan Syarikat. Adakah oenggunaan "memaklumkan" lebih tepat?Untuk makluman, perkataan yang lebih tepat ialah "memaklumkan". Akan tetapi, ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat, "Sila memaklumkan kepada pihak syarikat dengan segera jika terdapat pekerja yang melanggar peraturan".Tatabahasa28.12.2016
perbezaan antara " memaklumkan" dan " memaklumi", tolong jelaskan

Salam sejahtera puan,

Sekiranya puan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, puan akan maklum akan perbezaan antara memaklumkan dengan memaklumi.
Memaklumkan bermaksud memberitahukan, mengkha­barkan, menyatakan, mengumumkan sesuatu, menyatakan dan mengisytiharkan. Manakala memaklumi pula bermaksud memahami dan mengetahui. 

    Contoh ayat bagi memahami ialah :  Aku harap kamu semua telah memaklumi perkara ini.

    Contoh ayat bagi memaklumkan ialah : Dengan sukacitanya, anakanda memaklumkan bahawa anakanda sekarang sihat-sihat saja.

Untuk keterangan lanjut eloklah kiranya puan layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan kata kunci bagi perkataan yang hendak dicari.

Tatabahasa01.11.2012
Assalamualaikum. Tuan, saya keliru dengan penggunaan kata 'dimaklumi' dan 'dimaklumkan' serta 'memaklumi' dan 'memaklumkan'. Yang mana satukah yang betul: Jika anda menerima jemputan itu, anda akan dimaklumi/dimaklumkan tentang semua acara susulan. Mohon tuan jelaskan kepada saya maksud dan penggunaannya yang sesuai. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekiranya saudara merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, saudara akan maklum akan perbezaan antara memaklumkan dengan memaklumi. Memaklumkan bermaksud memberitahukan, mengkha­barkan, menyatakan, mengumumkan sesuatu, menyatakan dan mengisytiharkan. Manakala memaklumi pula bermaksud memahami dan mengetahui.  Contoh ayat bagi memahami ialah  “Aku harap kamu semua telah memaklumi perkara ini.” Contoh ayat bagi memaklumkan ialah “Dengan sukacitanya, anakanda memaklumkan bahawa anakanda sekarang sihat-sihat sahaja.”
Penggunaan yang betul pada ayat contoh yang diberikan ialah "Jika anda menerima jemputan itu, anda akan dimaklumkan tentang semua acara susulan."

Tatabahasa04.09.2014
Dalam carian kata "memaklumi", 2 memberitahu seseorang atau sesuatu pihak: Beliau ~ anggota mesyuarat akan perkara penting itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Bukankah ayat yang betul sepatutnya ialah "memaklumkan"?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud memaklumkan ialah memberitahukan, mengkhabarkan, atau menyatakan. manakala memaklumi ialah tahu atau faham akan, mengetahui, atau memahami.Makna29.06.2018
Tuan, mengikut hukum tatabahasa dan maksud di dalam kamus, 'memberi' bermaksud menyampaikan sesuatu kepada seseorang atau melakukan perbuatan 'beri' kepada. Saya juga memaklumi bahawa 'memberi' terletak di hadapan objek bernyawa dan 'memberikan' terletak di depan objek tak bernyawa. Tetapi, bagaimana pula dengan ayat di bawah ini: "Hal ini perlu diberikan perhatian." 'Memberi' bermaksud sasaran, iaitu menyerahkan sesuatu kepada. 'Memberikan' pula bermaksud kausatif, yakni menjadikan sesuatu diberikan. Contohnya: Saya memberi emak penyapu itu bermaksud saya menyerahkan penyapu itu kepada emak, manakala saya memberikan penyapu kepada emak bermaksud saya menjadikan penyapu itu diberikan/diserahkan kepada emak. 'Memberi' menerima objek yang menjadi sasaran kepada perbuatan 'memberi', manakala 'memberikan' menerima objek yang dijadikan pemberian. Tetapi, ayat di atas, iaitu "Hal ini perlu diberikan perhatian" akan bermaksud "Hal ini perlu dijadikan pemberian kepada perhatian".Walaupun tiada kata sendi nama 'kepada', tetapi agak-agak maksud akan menjadi begini dengan kehadiran 'diberikan'. Saya kira bahawa ayat ini patut dibetulkan menjadi: "Hal ini perlu diberi perhatian". Yang menjadi sasaran untuk diberi perhatian ialah 'hal itu', bukan 'hal itu' menjadi pemberian (sesuatu yang diberikan) kepada 'perhatian'. Jadi, peraturan 'memberi - objek bernyawa, memberikan - objek tidak bernyawa' tidak boleh dipatuhi sepenuhnya. Betulkah perkiraan saya ini tuan?Ayat "Hal ini perlu diberikan perhatian" ialah ayat pasif.  "Diberikan perhatian" dipasifkan daripada "memberikan perhatian".  Ini bermakna ayat ini mengikut peraturan, iaitu akhiran kan diikuti dengan sesuatu yang tidak bernyawa. "Perhatian" ialah sesuatu yang tidak bernyawa. Jadi salah jika ditulis memberi perhatian, dan apabila dipasifkan menjadi diberi perhatian.Tatabahasa16.11.2014
Yang mana betul 1) Pengurus diminta memaklumkan Unit Pentadbiran sekiranya.. atau 2) Pengurus diminta memaklumkan kepada Unit Pentabiran sekiranya...

Puan Robiaton,

Ayat yang betul ialah 'Pengurus diminta memaklumi Unit Pentadbiran sekiranya... 

Tatabahasa06.05.2010
mengapakah perkataan ternak tidak menjadi menernak sepertimana dalam contoh-contoh ini..tembak-menembak,timbus-menimbus,tukul-menukul..sebaliknya ternak jadi "menternak"Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Perkataan ternak - menternak - penternakan ialah sebahagian daripada kelompok kekecualian dalam bahas Melayu.Tatabahasa23.04.2012
12

Kembali ke atas