Saya ingin bertanyakan mengenai usaha-usaha oleh pelbagai pihak yang bersusah payah memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan sejak tahun 1957. Dan Apakah cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh bahasa melayu di dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan? | Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Jadi, setiap masyarakat perlulah mendokong bahasa rasmi ini dan digunakan secara meluas dalam sebarang urusan. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, KeKKWa dan DBP telah menjalankan pelbagai program dan usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ini. Usaha ini masih diteruskan sehingga sekarang. | Lain-lain | 27.08.2007 |
APAKAH MASA DEPAN PELAJAR SEPERTI SAYA YANG MENGAMBIL STPM UNTUK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU? | Sdr. boleh melanjutkan pelajaran sdr. ke peringkat paling tinggi dan seterusnya memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, fikiran dan kerjasama kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh mana-mana agensi atau badan awam mahupun swasta untuk terus memartabatkan bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. | Lain-lain | 19.04.2008 |
Salam pihak dbp, saya ingin bertanya. Adakah dasar MOE iaitu Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) masih relevan dan digunapaki sehingga hari ini? Terima Kasih. | Salam sejahtera, Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Untuk makluman, Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) masih dilaksanakan di KPM dan masih relevan. Dewan Bahasa Pustaka hanya terlibat dalam Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) menerusi Inisiatif 108 dan Pelan Memartabatkan Bahasa Melayu Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 05.11.2020 |
Betulkah ayat di bawah? 1) Kita perlulah membentuk sikap cemerlang di sekolah. 2) Pakatan Harapan memulakan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu. 3) Allah yang menguasai segalanya. 4) Mesin itu berfungsi dengan baiknya. 5) Kakak Din selamat melahirkan anak keduanya. | 1. Kita perlulah membentuk sikap cemerlang di sekolah - ayat ini tidak betul. 2. Pakatan Harapan memulakan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu - ayat ini tidak betul. 3. Allah yang menguasai segalanya. Betul. 4. Mesin itu berfungsi dengan baiknya. Betul. 5. Kakak Din selamat melahirkan anak keduanya. Betul. | | Tatabahasa | 07.07.2022 |
usaha yang dilakukan oleh dbp untuk memartabatkan bahasa melayu | Encik Muriadi, Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu telah melaksanakan pelbagai usaha dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan. Dalam bidang bahasa usaha pemartabatan bahasa Melayu dilaksanakan melalui kegiatan dan program pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu. Pelbagai kamus, contohnya kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus istilah dan kamus dalam bahasa lain diusahakan. jutaan istilah dibentuk dan disebarkan kepada masyarakat pengguna bahasa di sektor awam dan swasta. kerja-kerja penyelidikan tentang korpus bahasa dan bidang linguistik lain terus dilaksanakan untuk mencari dan menentukan rumus-rumus bahasa bagi memantapkan lagi pedoman dan hukum tatabahasa yang sedia ada. Dari segi pengembangan pula, pelbagai kegiatan dan program dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa di sektor awam, swasta, pendidikan dan masyarakat umum. Kegiatan seperti pidato, debat, seminar, kursus bahasa, forum dan pelbagai majlis wacana ilmu dilaksanakan di pelbagai sektor pengguna bahasa. Dalam bidang sastera dan penerbitan pula, pelbagai kegiatan kesusasteraan dilaksanakan antaranya pementasan drama dan teater, sayembara baca puisi,Anugerah Sastera Perdana, majlis wacana ilmu yang membincangkan isu-isu kesusateraan dan sebagainya. Dalam aspek penerbitan pula, DBP terus mengorak langkah menerbitkan buku pelbagai bidang ilmu, majalah, jurnal, ensiklopedia | Lain-lain | 20.04.2010 |
Apakah peranan anggota masyarakat dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu ke peringkat antara bangsa? | Masyarakat Malaysia memain peranan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu sama ada dalam negara ataupun peringkat antarabangsa. Pearanan yang harus dimainkan adalah yang berhubung dengan penulisan ilmiah dan kreatif yang menggunakan bahasa Melayu yang betul dari segi tatabahasa dan persembahannya. Kekuatan bahasa Melayu dalam negara dalam bidang sosial dan ekonomi akan mendorong warga luar untuk mempelajari dan menuturkannya. Dalam persidangan dan seminar di peringkat antarabangsa, masyarakat kita wajar menggunakan bahasa Melayu dalam menyampaikan ucapan dan kertas kerja. Sebaran bahasa Melayu juga boleh dibuat melalui filem dan media cetak ke peringkat antarabangsa. | Lain-lain | 18.12.2006 |
Tkasih atas jawapan tersebut.. Jika digunakan untuk majlis pelancaran program mbmmbi...penggunaan Bahasa Melayu @ Bahasa Malaysia lebih tepat? Memartabatkan Bahasa Melayu @ Bahasa Malaysia? | Kami berpegang kepada Perkara 152 Perlembagaan Malaysia dan jika merujuk kepada ilmu dan peradaban maka bahasa Melayulah yang digunakan. Untuk tujuan penggunaan di jabatan tuan, sila rujuk kepada pihak pengurusan dan dalam hal ini ialah pihak sekolah atau jabatan pelajaran negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia. | Lain-lain | 15.03.2013 |
Bagi memartabatkan Bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi, terdapat beberapa istilah yang sukar untuk diterjemahkan dalam Bahasa Melayu (BM) contohnya proses pyrolysis. Apakah perkataan yang sesuai dalam BM untuk pyrolysis ini. Dalam carian kata tiada perkataan pirolisis / pyrolysis. Bagaimana dengan produk dari proses pyrolysis seperti minyak pyro. betul atau tidak. Mohon bantuan | Pyrolysis diterjemahkan kepada pirolisis dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, kimia dan geologi. Istilah pirolisis telah diterima dan jika ada penemuan baharu berkaitan dengan pyro/pyrolysis istilah piro/pirolisis boleh diterima pakai. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.02.2018 |
Di Facebook@ seorang rakan, saya terbaca bahawa Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu yang bermesyuarat di DBP pada 11 Mei 2011 “bersetuju menerima istilah bahasa Melayu supaya dikekalkan”. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri. (1) Adakah hal ini benar? (2) Jikalau benar, adakah keputusan itu bermaksud nama bahasa Melayu dikekalkan seperti dalam Perlembagaan Malaysia dan nama bahasa Malaysia terus digunakan termasuk sebagai nama mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2013 ini? Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu yang bermesyuarat di DBP pada 11 Mei 2011 “bersetuju menerima istilah bahasa Melayu supaya dikekalkan” dalam sumber rujukan kami. Melihat kepada peristiwa/kegiatan kebahasaan dalam satu atau dua tahun belakangan ini sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan pada 30 November 2010, iaitu Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan. Antara lain objektif penubuhan jawatankuasa tersebut termasuklah merancang langkah agar martabat bahasa Melayu sentiasa terpelihara dengan memastikan penggunaannya dengan cara yang betul dalam semua bidang. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan mesyuarat diadakan sama ada di Kementerian Pelajaran atau di Parlimen. Keputuasan mesyuarat tidak diuar-uarkan kepada orang ramai. Pada pandangan kami berkemungkinan kenyataan bahawa Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu yang bermesyuarat di DBP pada 11 Mei 2011 “bersetuju menerima istilah bahasa Melayu supaya dikekalkan” diusulkan dan disepakati dalam mesyuarat atau jawatankuasa yang lain. | Lain-lain | 02.01.2013 |
Bagaimana saya boleh menjadi sebahagian daripada organisasi anda? | Sdr. Narsyatika Usaha Memartabatkan bahasa Melayu merupakan tanggungjawab semua pihak. Oleh itu, sdr merupakan sebahagian kelompok masyarakat yang berperanan membantu DBP dalam menjayakan misi dan visinya. Salah satu peranan DBP ialah memperkembang bakat sastera dalam bahasa kebangsaan. Sekiranya sdr mempunyai bakat menulis, sdr dipelawa menghantar karya sdr ke Bahagian Majalah. Sekiranya sdr sebagai penulis atau karyawan sdr merupakan sebahagian daripada organisasi kami. Walau bagaimanapun, sekiranya sdr bukan penulis atau karyawan, sdr juga berperanan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dan memartabatkan bahasa kebangsaan di persada tanah air. | Lain-lain | 27.04.2008 |