memasang sebuah papan tanda di No. 5463, Jalan Kenari 20, Bandar Putra, 81000 Kulaijaya, Johor. | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan kepada "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya KHidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 06.04.2015 |
permohonan kelulusan memasang papan tanda | 1. Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 28.05.2024 |
menggantung 2. memasang (kelambu, tirai, dll) dgn menyangkutkan tali dll pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir; menggantungkan 1. menyangkutkan pd paku dll atau mengikatkan pd sesuatu dsb supaya terletak pd tempat yg tinggi, menjadikan bergantung: a) Ayah menggantungkan gambar keluarga pada dinding. b) Ayah mengantung gambar keluarga pada dinding. Minta pencerahan encik/puan, adakah ayat a dan ayat b ini betul? Saya dapati kata menggantung dan menggantungkan mempunyai maksud yang sama, adakah betul pemahaman saya ini? Terima kasih. | Kedua-duanya mempunyai maksud yang hampir sama. Namun, terdapat perbezaan dari aspek tatabahasanya, iaitu perkataan menggantung diikuti satu objek sahaja seperti ayat "Dia menggantung kelambu", manakala kata kerja menggantungkan diikuti oleh dua objek seperti ayat "Dia menggantungkan baju pada tiang rumah". | Tatabahasa | 09.10.2022 |
PERMOHONAN UNTUK MEMASANG PAPAN TANDA IKLAN LUAR ( BILLBOARD) | Sila layari http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk pengesahan iklan. | Lain-lain | 11.05.2017 |
Membekal dan Memasang Enam (6) unit tangki FRP 880 Gelen untuk Dua(2) Blok Sekolah Bangunan Empat(4) Tingkat. Adakah maksud di atas 6 unit tangki berkapasiti 880gelen atau ianya bermaksud jumlah 6 unit bersamaan dengan 880 gelen. | Maksud bagi ayat tersebut ialah 6 unit tangki berkapasiti 880gelen seunit. | Makna | 15.03.2010 |
perkataan yang sesuai untuk mengiklankan kedai membuat dan memasang signboard serta menjual barangan membuat signboard | Perkataan yang sesuai untuk mengiklankan kedai membuat dan memasang signboard serta menjual barangan membuat signboard: 1. Di bahagian atas papan iklan - PEMBUAT PAPAN IKLAN 2. Sebagai keterangan yang boleh diletakkan di bahagian bawah - Membuat, memasang dan menjual barangan papan papan iklan. | Lain-lain | 14.07.2015 |
'Nenek menyimpan barang-barang kemasnya dengan rapi.' Bolehkah tuan terangkan kepada saya apakah kesilapan dalam ayat ini. 'Ali memasang angan-angan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara.' Bolehkah kita menggunakan 'memasang angan-angan' terima kasih | Perkataan "barang kemas" memadai dan tidak perlu digandakan, manakala "memasang angan-angan" tiada dalam rujukan kami sama ada dalam bentuk peribahasa atau ungkapan Melayu, perkataan tersebut mungkin digunakan sebagai bahasa percakapan. | Tatabahasa | 11.11.2009 |
PERMOHONAN MEMBEKAL DAN MEMASANG PAIP DAN SALURAN AIR DI PEJABAT BAHAGIAN PESURUHJAYA BANGUNAN MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR BAGI TUJUAN MEMASANG MESIN AIR COWAY adakah struktur ayat ini betul? | Ayat tersebut betul. | Lain-lain | 03.04.2017 |
Mereka memasang akan kain rentang di kiri dan di kanan bahu jalan. Adakah ayat ini gramatis? | Ayat yang gramatis: Mereka memasang kain rentang di kiri dan kanan bahu jalan. | Tatabahasa | 28.10.2018 |
Saya mahu memasang pagar di sekeliling tanah saya dengan dinding ketinggian 6cm. betul ke ayat ini? | Ayat yang betul ialah 'Saya mahu memasang pagar di sekeliling tanah saya dengan dinding berketinggian 6 cm'. | Tatabahasa | 16.06.2022 |