frasa kerja yang manakah betul? membaling guli / melontar guli /melemparkan guli | Frasa yang betul ialah membaling/melempar guli. | Tatabahasa | 24.07.2015 |
1.Apakah beza melontar bola dengan membaling bola? 2.Perbezaan antara mengayuh basikal dengan menunggang basikal? 3.memotong kuku , mengetip kuku dan memepat kuku, adakah ketiga-tiga kosa kata ini adalah sama maksud? | Tidak ada perbezaaan antara melontar/membaling bola, mengayuh/menunggang basikal, memotong, mengetip/memepat kuku. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Istilah | 14.08.2010 |
A)Ali menghantar bola kepada Amin. B)Ali membaling bola kepada Amin. Apakah perbezaan atau kesalahan antara dua ayat ini.Terima kasih. | Kedua-dua ayat yang dikemukakan adalah betul. Perbezaannya ialah kaedah atau cara bola tersebut dikendalikan atau bergantung pada jenis permainan bola tersebut, sama ada bola sepak, bola baling atau lain-lain. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
Tuan/Puan, Tolong jelaskan perbezaan perkataan-perkataan berikut: melontar, melontarkan & melontari Harap boleh memberi contoh ayat untuk membezakan maksudnya. Terima kasih | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, melontar melempar, membaling: ia ~ lembu itu; ~ jamrah melontar batu di Mina (satu kewajiban dlm mengerjakan haji); melontari melontar berkali-kali atau dengan banyaknya; melontarkan menggunakan sesuatu untuk melontar, melemparkan: ia ~ puntung rokoknya ke tanah. | Makna | 06.03.2011 |
Assalamualaikum salam bahagia, Saya nama Masree ingin bertanyaan tenta tatabahasa apakah hubungan kata apa perbezaan dengan kata berganda. TERIMAKASI | Menurut data kami, maksud kata ialah bunyi atau gabungan bunyi yang mempunyai erti tertentu yang diucapkan atau yang dilambangkan dengan tulisan (merupakan unit daripada sesuatu bahasa); Membaling ialah sinonim untuk~melempar. Kata ganda ialah kata yang diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya (seperti langit-langit, berulang-ulang, rerambut). | Tatabahasa | 11.11.2015 |
Tuan/Puan, Saya telah semak maksud dalam Kamus Dewan untuk perkataan "melontar" dan "melontarkan". Saya masih tidak faham akan perbezaan penggunaannya dalam ayat 1, ayat 2 dan ayat 3. Apakah jawapan yang betul untuk ayat 4? Ayat 1: Ia melontar lembu itu ayat 2:Ia melontarkan puntung rokoknya ke tanah ayat 3: Ia melontar batu ke arah lembu itu Ayat 4: Dia ______ lembu itu dengan batu. | Melontar bermaksud membaling sesuatu, manakala melontarkan bermaksud menggunakan sesuatu untuk melontar/membaling. Oleh itu, lihat pembetulan bagi ayat yang salah: 1. Ia melontar lembu itu - menjadi - Ia melontar lembu itu dengan batu 2. Ia melontarkan puntung rokoknya ke tanah - betul 3. Ia melontar batu ke arah lembu itu - menjadi - Ia melontarkan batu ke arah lembu itu 4. Dia melontar lembu itu dengan batu - betul | Tatabahasa | 09.03.2011 |