Contoh ayat: Dalam forum itu, ahli panel memfokuskan kepada isu-isu pemartabatan bahasa kebangsaan. Saya dan rakan-rakan biasa menggunakan ayat seperti ini. Mohon penjelasan pihak tuan sama ada ayat ini mengandungi kesilapan bahasa ataupun tidak. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: "Dalam forum itu, ahli panel memfokuskan isu-isu pemartabatan bahasa kebangsaan." memfokuskan bermaksud memberi tumpuan kepada. | Tatabahasa | 25.11.2009 |
ejaan sebenar ialah menfokuskan atau mengfokuskan | Ejaan yang betul ialah memfokuskan | Ejaan | 01.08.2016 |
Makna perkataan Menguis dan menggali | Makna perkataan Menguis dan Menggali menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, terbitan DBP. Menguis: 1. Menolak (menepis, menyepak) ke tepi: dikuisnya sampah itu dengan kakinya; 2. mengais (spt. ayam); Menggali: 1. membuat sesuatu dr dlm tanah. dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dengan menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya untuk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dala,. nan digantung tinggi prb yang sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan. | Tatabahasa | 04.04.2014 |
definisi sejarah sastera | Sastera sejarah adalah suatu cabang daripada kesusasteraan Melayu tradisional yang membicarakan sejarah sesebuah kerajaan. Secara umum sastera sejarah sering kali memakai judul permulaan sebagai hikayat, silsilah, salasilah, misa dan tawarikh seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Acheh, Silsilah Melayu dan Bugis, Misa Melayu dan Tawarikh Salasilah Negeri Kedah. Bentuk sastera sejarah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dalam bentuk prosa dan bentuk puisi. Karya yang berbentuk prosa merupakan sejarah sesebuah kerajaan atau negeri tentang bangun dan jatuhnya sebuah kerajaan itu dengan menyenaraikan susur galur pemerintahnya. Manakala bentuk puisi pula, lazimnya ditulis dalam bentuk syair yang menceritakan sesuatu peristiwa bersejarah yang berlaku dalam sesuatu tempoh waktu tertentu seperti Syair Perang Johor, Syair Kampung Gelam Terbakar, Syair Perang Siak dan sebagainya. Karya sastera sejarah, umumnya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama karya sejarah yang meriwayatkan jurai keluarga diraja. Misalnya Sulalatus Salatin yang cukup terkenal dalam kalangan kita. Di dalam Sulalatus Salatin, pengarangnya, Tun Seri Lanang menjurai asal usul keturunan raja Melayu dari awal hingga kejatuhan kerajaan Melayu Melaka. Jenis sastera sejarah yang kedua pula hanya memfokuskan kisah seseorang tokoh seperti dalam Hikayat Acheh yang menceritakan tentang ketokohan Raja Iskandar Muda. Sastera sejarah yang menekankan pada sesuatu peristiwa seperti Syiar Kampung Gelam Terbakar dan Perang Makasar adalah jenis karya sastera yang ketiga. Salah satu ciri yang menyebabkan sastera sejarah tidak dianggap sepenuhnya sejarah kerana ada unsur-unsur mitos dan legenda serta unsur-unsur fiksyen-fantasi yang turut dimuatkan oleh para pengarang sastera sejarah. Unsur-unsur ini dimuat adalah dengan tujuan-tujuan tertentu seperti untuk menambahkan faktor kekaguman rakyat kepada kebesaran sesebuah kerajaan atau jurai keturunannya. | Lain-lain | 06.08.2008 |