Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempastikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mana satu yang betul, memperhatikan atau memerhatikan, memastikan atau mempastikan, jikalau mempastikan betul bermakna mempilih pun betul, begtu juga dengan mempulas, Boleh berikan sebab mengapa demikian?Yang betul ialah memerhatikan dan memastikan. Apabila bentuk apitan meN...kan memberikan imbuhan bagi kata dasar bahasa Melayu yang berawalan k, p, s, t, maka kata awalannya diluluhkan seperti pasti menjadi memastikan dan kaya menjadi mengayakan.Tatabahasa01.10.2007
mempastikanmemastikanEjaan16.06.2011
saya ingin mempastikan jawapan bagi soalan berikut adalah betul atau tidak betul. 1.soalan: Ayat aktif : Dinesh membuang sampah ke dalam tong sampah. Jawapan : Ayat pasif: Sampah dibuang ke dalam tong sampah oleh Dinesh. 2. soalan : Ayat aktif :Halimah menghidangi tetamu itu sepinggan kuih. Jawapan : Ayat pasif : Tetamu itu dihidangi sepinggan kuih oleh Halimah.Ayat pertama kedua-duanya betul, manakala ayat kedua (aktif) telah dibuat pembetulan. 1. Ayat aktif : Dinesh membuang sampah ke dalam tong sampah, Ayat pasif: Sampah dibuang ke dalam tong sampah oleh Dinesh.   2. Ayat aktif : Halimah menghidangkan sepinggan kuih kepada tetamu, Ayat pasif : Tetamu itu dihidangkan sepinggan kuih oleh Halimah.Tatabahasa12.08.2009
Salam Sejahtera, 1. Apakah perbezaan di antara 'mempastikan' dan 'memastikan'. 2. Perkataan yang manakah betul digunakan. Sekian, terima kasih.Kata terbitan yang betul ialah memastikan (bukan mempastikan), apabila kata dasar bermula dengan huruf P - pasti menerima awalan meN- huruf P mengalami proses pengguguran dan digantikan dengan huruf m - memastikan.Tatabahasa05.01.2012
1. Adakah perkataan-perkataan berikut betul imbuhannya: Pengoperasian, Pengwujudan, Mempastikan. Jika salah, apakah imbuhan yang betul. 2. Bagaimanakah mengeja perkataan pra persaraan atau prapersaraan atau pra-persaraan? Adakah terpakai untuk semua perkataan yang bermula dengan pra?

1. Pengoperasian tidak perlu diberikan imbuhan dan memadai dengan operasi sahaja kerana perkataan operasi bermaksud kegiatan, gerakan atau perjalanan sesuatu proses, alat dan sebagainya. Imbuhan yang betul bagi perkataan wujud ialah pewujudan bukannya pengwujudan, manakala perkataan mempastikan salah dan yang betulnya ialah memastikan kerana huruf "p" diawal perkataan pasti itu luluh apabila diberi imbuhan men-...kan. Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya(homoganik) ialah m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s. Contohnya, pesan-memesan, pukul-memukul, tetap-menetap, tari-menari, karang-mengarang, kaji-mengkaji, salin-menyalin, dan sinar-menyinar.

2. Perkataan tersebut ditulis sebagai satu perkataan, iaitu prapersaraan kerana "pra-" ialah awalan produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa06.04.2009
manakah perkataan yang betul, 'mempastikan' ataupun 'memastikan'?Memastikan.Tatabahasa28.10.2009
pengunaan ayat yg manakah betul. Mempastikan atau memastikanMemastikan.Lain-lain16.10.2008
Yang mana satukah yang betul? 1) mempastikan @ memastikan 2) berserta @ besertaYang betul ialah memastikan dan berserta.Ejaan23.10.2008
Nak dapat kepastian penggunaan perkataan memastikan dan mempastikan.Yang betul ialah memastikan.Tatabahasa21.08.2007
POHON SEMAKAN SAMADA AYAT 'MEMASTIKAN' BOLEH DIGUNAKAN ATAU 'MEMPASTIKAN'Perkataan yang betul ialah memastikan.Ejaan19.03.2009
12

Kembali ke atas