Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.siap.kan] | ممڤرسياڤکن

Definisi : : Yang Di-pertuan Muda pun menyuruh ~ segala kelengkapannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.siap.kan] | ممڤرسياڤکن

Definisi : 1. menye­diakan, mengadakan: isterinya ~ makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yg cukup utk ~ pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemas­kan) sesuatu utk: disiapkannya sebuah perahu utk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yg akan mencegah perbuatan rasuah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.siap.kan] | ممڤرسياڤکن

Definisi : mengusahakan su­paya bersiap: Bala tentera dipersiapkan utk menghadapi musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempersiapkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila nyatakan perbezaan makna dan penggunaannya serta contoh ayat bagi perkataan menyediakan dan mempersiapkan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menyediakan bermaksud 1. menyiapkan (makanan dll); 2. melengkapkan (kapal, kenaikan, dll): diperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat menyediakan pancapersada; 3. mencukupkan (wang dll): menyediakan wang untuk membeli kereta; 4. mengadakan (sesuatu untuk), mengatur menyusun: wakil itu menyediakan kenderaan untuk membawa mereka ke asrama yang dikhaskan;

menyiapkan, mempersiapkan bermaksud 1. menyediakan, mengadakan:isterinya mempersiapkan makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yang cukup untuk mempersiapkan pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemaskan) sesuatu untuk: mempersiapkan sebuah perahu untuk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yang akan mencegah perbuatan rasuah

Makna29.01.2011
Saya nama Nurdin sedang belajar bahasa Melayu dasar,Di pusat Akademi Bahasa Antarabangsa ingin bertanya,Bagaimanakah langkah dan cara mempersiapkan diri ke alam Universiti yang terbaik.Terima kasih.Untuk makluman, soalan tuan adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya.Lain-lain24.10.2013
Assalamualaikum, ayat ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? 1)...'mencetuskan' kontroversi. 2) mitos 'melampaui' fakta sejarah. 3) filem ini 'mengelirukan' kerana merujuk kerajaan... 4) sikap 'berfikiran' kuno 5) Siam 'mengambil' masa 6) 'mempersiapkan' pertahanan 7) tidak mahu 'menerima' kebenaran sy agak keliru antara kk transitif aktif & kk tak transitif berpelengkap1. Mencetuskan kontroversi - Kata kerja aktif transitif.
2. Melampui fakta sejarah - Kata kerja aktif transitif.
3. Mengelirukan ... - Kata kerja aktif transitif.
4. Berfikiran kuno - Kata kerja tak transitif berpelengkap.
5. Mengambil masa - Kata kerja aktif transitif.
6. Mempersiapkan pertahanan - Kata kerja aktif transitif.
7. Menerima kebenaran - Kata kerja aktif transitif.
Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap mesti diikuti pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif aktif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Untuk lebih memahami tajuk tersebut lihat penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 145. Untuk menguasai jenis kata kerja, sila rujuk tajuk pembentukan kata kerja kerana setiap subtajuk di bawahnya diterangkan jenis kata kerja yang terbentuk daripada proses tersebut.
 
Tatabahasa24.03.2012
Apakah perbezaan "bersedia" dan "menyediakan"?boleh memberikan contoh ayat
Perkataan “bersedia” bermaksud berada dalam keadaan mempersiapkan diri, rela atau sanggup melakukan sesuatu. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:  
  1. Saya bersedia menggalas tugas yang diamanahkan.
  2. Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi bencana banjir.
  3. Dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam pekerjaan.
  4. Fatimah bersedia membantunya.
Manakala, perkataan “menyediakan” bermaksud mengadakan atau menyiapkan sesuatu lebih awal untuk tujuan tertentu dan  memberikan sesuatu terlebih dahulu sebagai kemudahan, ganjaran dan sebagainya. Contoh ayat adalah seperti berikut:
  1. Khairul Amir membantu ibunya menyediakan hidangan untuk berbuka puasa.
  2. Syarikat telekomunikasi menyediakan kemudahan Internet di kawasan luar bandar.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1987.

Makna02.04.2025
assalamualaikum tuan/puan, saya ingin bertanya ayat "Oleh itu, disarankan agar guru mmpersiapkan diri dengan keilmuan psikologi untuk mendepani cabaran globalisasi dalam pendidikan". Adakah ayat ini tepat dan adakah perkataan disarankan agar sesuai digunakan atau hanya disaran agar sahaja? sekian, terima kasih.Oleh itu, guru disarankan agar mempersiapkan diri dengan ilmu psikologi untuk mendepani cabaran globalisasi dalam  pendidikan.Tatabahasa14.04.2015
Selamat Pagi,Tuan/Puan. Apakah kesalahan bahasa dalam beberapa ayat yang di bawah? 1.Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam. 2.Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita. 3.Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. 4.Justeru, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT. 5.Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini. 6.MUSLIM tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat. 7.Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.
  1. Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam.
  2. Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita.
  3. Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik yang perlu dipersiapkan untuk hari esok.
  4. Selain itu, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT.
  5. Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini.
  6. Orang Muslim tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat.
  7. Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.

Tatabahasa01.07.2021
Apakah perbezaan antara kata rencana dan rancang? Adakah perbezaan dari segi semantiknya?

Perkataan "rencana" membawa maksud karangan, catatan, rancangan dan acara. Manakala perkataan "rancang" pula membawa maksud mengatur, merencana, menjadualkan, merangka, menyusun, mempersiapkan dan menyediakan. Perbezaan dari segi semantik dilihat berdasarkan konteks penggunaan perkataan tersebut dalam ayat.

Tatabahasa18.01.2020
saya ada 1 pertanyaan. adakah frasa "Justeru itu" bermaksud "Oleh itu"?Menurut data kami, "justeru" membawa dua makna. 1. justeru bermakna kebetulan, tepat, kena benar. Contohnya: Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi?. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Contoh: "Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia". Rangkai kata "oleh itu" merupakan penanda wacana penghubung musabab. Contoh: Oleh itu, guru disarankan agar mempersiapkan diri dengan ilmu psikologi untuk mendepani cabaran globalisasi dalam  pendidikan.Tatabahasa31.03.2019
Mohon bantuan pihak DBP untuk semak tatabahasa ayat ini yang telah dialih bahasa -BI- IOTIC initiated the development of two public awareness, education and preparedness booklets focusing on tsunami hazards -BM- IOTIC mengambil inisiatif untuk memulakan projek pembangunan dua buah buku mengenai pendidikan umum berkenaan serta ancamannya kepada manusia.
Pembetulan tatabahasa:

IOTIC mengambil inisiatif untuk membangunkan dua buku keci bertujuan untuk menyedarkan, memberi pendidikan dan mempersiapkan orang ramai berkaitan dengan ancaman Tsunami.
Tatabahasa28.08.2017
Bila boleh menggunakan "justeru" dan "oleh itu"? Bagi contoh ayat.1. "Justeru" membawa dua makna. 1. Justeru bermakna kebetulan, tepat, kena benar. Contohnya: Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi?. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Contoh: "Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia".

2. "Oleh itu" merupakan penanda wacana penghubung musabab. Contoh: Oleh itu, guru disarankan agar mempersiapkan diri dengan ilmu psikologi untuk mendepani cabaran globalisasi dalam  pendidikan.

Tatabahasa04.09.2015

Kembali ke atas