Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.la.kan] | ممولاکن

Definisi : 1. = memulai mula membuat (melakukan) sesuatu: dia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; 2. melakukan (mengerjakan) dr mula, mengasaskan: me-mang sukar hendak ~ sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi utk memelihara perniagaan itu; 3. membiarkan mula me­lakukan sesuatu: orang Parsi menunggu orang Islam ~ serangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.la.kan] | ممولاکن

Definisi : 1 bermula melakukan atau membuat sesuatu: Mereka baru saja ~ gerakan bergotong-royong. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu dr mula; mengasaskan: Beliaulah yg ~ syarikat kerjasama di kampung ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Bolehkah menggunakan perkataan 'untuk ' sebagai memulakan ayat ? 2. Bolehkah menggunakan ungkapan ' pertama-tamanya ' untuk memulakan ucapan ? 3. Bolehkah memulakan surat rasmi dengan Adalah dimaklumkan ?

Sdr. Ahmad Norisham, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Bagi soalan 1 dan 2 perkataan untuk dan pertama-tama boleh digunakan sekiranya ia digunakan dalam permulaan ucapan atau untuk penulisan iklan atau pemakluman. Manakala Adalah dimaklumkan - tidak boleh. Perkataan adalag ialah kata pemeri, yakni unsur yang menjadi pemerihal atau penghubung antara subjek dengan kata atau rangkai kata utama dalam predikat. Ayat ini seharusnya ditulis Dengan segala hormatnya/ dengan ini dimaklumkan....

Terima kasih

 

Tatabahasa15.04.2009
bolehkah memulakan satu ayat dengan menggunakan perkataan "tetapi"? selain daripada perkataan "namun begitu" apakah perkataan lain yang boleh digunakan?Menurut data kami perkataan tetapi tidak boleh digunakan pada permulaan ayat. Perkataan lain yang boleh digunakan sebagai kata penghubung tentangan bagi permulaan ayat ialah walau bagaimanapun.Tatabahasa17.07.2020
Untuk memulakan perenggan ke 2 surat rasmi mana perkataan yang betul: 1. Dimaklumkan bahawa... 2. Sila maklum ...3. Untuk makluman....4. Adalah dimaklumkan bahawa...Frasa yang betul ialah "dimaklumkan bahawa ...".Tatabahasa19.07.2012
Bolehkah memulakan ayat dengan 'Yang berikut ... ... '. Jika diambil daripada ayat bahasa Inggeris 'The following... ...'? Terima kasih.

Terjemahan bagi "The following... " pada awal ayat ialah "Berikut " atau" Yang berikut".

Contohnya:

1. Berikut ialah atur cara yang dicadangkan bagi sambutan Hari Belia Negara.

2. Yang berikut ialah senarai nama yang akan bertugas pada Pesta Buku Kuala Lumpur.

Tatabahasa26.04.2011
Dalam memulakan penulisan surat rasmi, apakah ayat permulaaan yang digunakan. Adakah betul :- Dengan segala hormatnya atau Dengan hormatnyaKedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain15.01.2009
Adakah dibolehkan memulakan ayat dengan perkataan UNTUK seperti ayat ini: Untuk markah terperinci sila rujuk borang rubrik. Adakah lebih tepat sekiranya "Sila rujuk borang rubrik untuk markah terperinci" Mohon penjelasan, terima kasih.Ayat yang betul ialah "Sila rujuk borang rubrik untuk melihat markah terperinci"Tatabahasa15.07.2019
Saya ingin memulakan perniagaan bengkel membaiki kereta / motor. Saya menyertakan nama perniagaan untuk pengesahan bahasa. Saya harap tuan / puan akan akan memberi keputusan yang baik. Terima Kasih.Sila kemukakan visual papan premis perniagaan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain30.12.2015
Adakah dibolehkan memulakan sesuatu ayat dengan perkataan "Manakala"?Manakala" ialah kata hubung dan boleh digunakan pada permulaan ayat dengan syarat ada kesinambungan wacana dengan ayat yang sebelumnya.Tatabahasa12.03.2014
1. Pengerusi memulakan Mesyuarat Ke-52 Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) dengan mengucapkan salam dan menjemput semua ahli JLAKS yang beragama Islam untuk membacakan Surah Al-Fatihah memohon keberkatan kepada Allah SWT. 2. Pengerusi seterusnya mengucapkan selamat datang dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli JLAKS yang hadir ke mesyuarat JLAKS kali Ke-2 pada tahun ini. Pengerusi juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa JLAKS yang baru dinaikkan pangkat mulai 19 Sep 13 yang lalu seperti berikut:Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Lain-lain13.01.2014
Bolehkah kita memulakan ayat dengan kata untuk atau yang? Contohnya; (i)Yang berikut merupakan faedah melakukan senaman. (ii) Untuk pengetahuan awak, hanya saya dan Mira sahaja yang akan ke sana nanti.

Saudara Zahra,

Kedua-dua ayat boleh diterima. Untuk keterangan lanjut tentang penggunaan kata 'yang' dan 'untu' sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa27.09.2010
12345678910

Kembali ke atas