polis telah menemukan mayat di bawah pokok itu. adakah ayat ini betul? | Polis telah menemukan mayat di bawah pokok itu. - ayat ini betul kerana menemukan juga bermaksud menjumpai, tetapi kata terbitan menemukan lebih banyak digunakan untuk maksud menndapat sesuatu hasil daripada usaha/penyelidikan. Oleh itu, kami cadangkan ayat tersebut ditukar menjadi Polis telah menemui/menjumpai mayat di bawah pokok itu. | Tatabahasa | 18.10.2010 |
Bolhkah tuan terangkan penggunaan 'menemukan' dan 'menemui'? Terima kasih | Kata kerja menemui bermaksud "bertemu dengan" sementara menemukan pula bermaksud "berjumpa dengan sesuatu yang dicari". Contoh ayat: Anuar akan menemui kawan lamanya di pusat beli-belah, Anuar telah menemukan kad pengenalannya yang hilang di dalam bilik tidur. | Tatabahasa | 12.05.2010 |
SOALAN 1 MENGIKUT ENTRI Kamus Dewan: Makna MENEMUI 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: CONTOH AYAT YANG DIBERI: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut. ENTRI MENEMUKAN, MAKNA 2. memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penyelidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. KEMUSYKILAN: Adakah bererti kedua-dua kata MENEMUI / MENEMUKAN pun boleh digunakan dalam ayat ini? APAKAH BEZANYA? SOALAN 2: Kita akan dapat MENEMUIKAN persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut. BETUL ATAU SALAH? JAWAPAN DIBERI OLEH BUKU SALAH. TETAPI, BUKANKAH BOLEH dijelaskan menggunakan MENEMUKAN MAKNA ENTRI 2.? TERIMA KASIH. | Berdasarkan makna ketiga menemui iaitu sama makna dengan menemukan, berjumpa dengan apa yang dicari, ayat "Kita akan dapat menemui/menemukan (bukan menemuikan) persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut" adalah betul. | Tatabahasa | 28.06.2011 |
Saya tidak menemukan perkataan menyinsing dan sinsing dalam kamus dewan.Apakah maksud perkataan tersebut | Untuk makluman tidak terdapat perkataan menyinsing dan sinsing. Ejaan yang betul ialah singsing dan menyingsing. Maksud kedua-dua perkataan tersebut ialah 1. menarik ke atas (kain, lengan baju, dll) supaya pendek, menggulung (supaya pendek) 2. hilang (awan, kabus, dll), lenyap, menyisih 3. mulai terbit (fajar), mulai terang 4. menyingkap, mendedahkan | Makna | 26.07.2011 |
(menemui dan menemukan)ayat:Pasukan Bomba dan Penyelamat ___________mangsa yang hilang di Gunung Tebu dua hari yang lalu.mana yang betul? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menemui sama makna dengan menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari dll, mendapat, mendapati. Oleh itu, penggunaan perkataan menemui dan menemukan adalah betul. | Tatabahasa | 09.02.2011 |
apakah beza perkataan "menemui" dengan "menemukan"? | kata kerja menemui bermaksud 'bertemu dengan' sementara menemukan bermaksud 'berjumpa dengan sesuatu yang dicari' | Tatabahasa | 20.09.2007 |
1. Pasukan penyelamat telah berjaya ( menemui / menemukan ) Ali yang tersesat di hutan. 2. Ali telah ( ditemui / ditemukan ) pasukan penyelamat. | Merujuk Kamus Dewan menemui sama maksud dengan menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari. Oleh itu kedua-duanya boleh menjadi jawapan dalam ayat pertama. Merujuk rumus tatabahasa pula apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Oleh itu, kata ditemui dan ditemukan boleh menjadi jawapan bagi soalan yang kedua. | Tatabahasa | 29.03.2011 |
1)Polis telah (menemui/menemukan) kereta yang dicuri oleh perompak itu. 2)Perlawanan bola baling yang telah berlangsung sejak satu jam tadi terpaksa ditangguhkan sebab hari hujan. Tolong beritahu saya soalan tersebut mana salah.Terima kasih. | 1. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari. 2. Ayat yang betul ialah Perlawanan bola baling yang telah berlangsung sejak satu jam tadi terpaksa ditangguhkan oleh sebab hari hujan. | Tatabahasa | 12.02.2012 |
pusat beli-belah atau pusat membeli-belah bengkel baiki kereta atau bengkal membaiki kereta menemui barang kemas atau menemukan barang kemas apa maksud 'berjujup-jujup' dan 'berdedai-dedai' | Frasa yang betul ialah 'pusat beli-belah'; Bengkel baiki kereta; menemukan barang kemas; berdedai-dedai ialah berjalan berduyun-duyun (berturur-turut) dengan tidak beraturan; sila pastikan ejaan 'berjujup-jujup' kerana dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara ditemukan kata 'berjujuk-jujuk' yang bermakna beratur, berbanjar, berduyun-duyun. | Tatabahasa | 14.03.2008 |
1. Apakah perbezaan antara "menemui"dengan "menemukan"?Saya sering terkeliru oleh kedua-dua perkataan tersebut?Bagaimanakah pula saya hendak mengaplikasikan perkataan ini dalam suatu ayat? 2. Selepas perkataan "terpesona", haruskah saya letakkan perkataan "oleh" atau "dengan'?atau pilihan lain? Adakah peraturan ini digunakan pada semua perkataan yang mempunyai imbuhan awalan "ter-.."? Terima kasih..(",) | 1. Kata kerja menemui membawa banyak makna antaranya ialah "bertemu dengan", seperti dalam contoh ayat "Aku pergi menemui seorang guru pelatih", dan menemui juga boleh membawa makna yan sama dengan menemukan, iaitu "berjumpa dengan sesuatu yang dicari", seperti dalam contoh ayat "Polis kemudiannya telah menemui/menemukan kereta yang digunakan oleh perompak-perompak tersebut. 2. Terpesona membawa maksud: 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi), 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati. kata terpesona boleh diikuti oleh atau dengan mengikut kesesuaian maknanya. Peraturan ini tidak terikat pada kata kerja yang mengandungi awalan ter-. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa, halaman 170-175. | Tatabahasa | 14.07.2009 |