Apakah kata dasar bagi perkataan 'mengawan' (melakukan hubungan jenis [bkn binatang]) dan kata dasar bagi perkataan 'mengaji'. Adakah perkataan mengaji terdapat dalam bahasa Melayu standard? | Mengawan bagi maksud melakukan hubungan jenis (berkenaan binatang) ialah akar kata, bukan kata terbitan daripada akar kata awan menjadi mengawan yang bermaksud menyerupai awan. | Istilah | 11.09.2017 |
bolehkah penggunaan perkataan ngaji atau perkataan mengaji lebih betul penggunaan bahasanya.contohnya ngaji bersama ustaz Ali atau mengaji bersama ustaz Ali | Kedua-dua perkataan itu boleh digunakan tetapi dalam konteks yang berlainan. "Ngaji" digunakan dalam dialog seperti dalam cerpen atau novel. Contoh: "Dah lama saya tak ngaji dengan Ustaz Ali". Dalam penulisan rasmi atau penulisan ilmiah, atau penulisan ayat biasa, perkataan yang lebih tepat ialah "mengaji". Contoh: Pelajar itu sedang mengaji al-Quran dengan dengan Ustaz Ali. | Lain-lain | 06.06.2016 |
Daripada perkataan "kaji", terbit perkataan "mengaji" hasil daripada penggabungan antara kata dasar "kaji" dengan awalan me-, dan huruf pertama k dalam perkataan "kaji" berubah menjadi ng. Saya memahami pembentukan kata terbitan "mengaji". Apa yang tidak saya fahami ialah mengapakah wujud bentuk "mengkaji"? Adakah ini suatu kekecualian dalam tatabahasa? Pada pengetahuan saya, apabila huruf k bergabung dengan awalan me-, huruf k itu pasti berubah menjadi ng, kecuali kata yang dipinjam daripada bahasa lain. Minta tuan jelaskan keadaan ini. | Apabila awalan meN- digabungkan dengan perkataan kaji, huruf pertamanya tidak berubah untuk membentuk perkataan “mengkaji”. Hal ini berlaku kerana terdapat perkataan “mengaji” yang membawa maksud yang berbeza. | Tatabahasa | 23.12.2014 |
salam, tuan apakah kata dasar bagi perkataan mengaji kalau mengkaji ialah kaji.....mohon penjelasan | Kata dasar bagi kata mengaji ialah kaji. Penggunaannya bergantung kepada konteks dan situasi ayat. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat. | Lain-lain | 21.10.2010 |
Salam sejahtera dan selamat malam. Apakah perbezaan antara mengaji dengan mengkaji? Sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar, mengaji ditakrifkan sebagai membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2 belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung. Manakala mengkaji ialah menyelidik dan memeriksa sesuatu dengan teliti; mempelajari: Ahli kaji bintang ~hal angkasa, bintang, dan planet. | Tatabahasa | 05.07.2013 |
Salam 1Malaysia, 1. Kata 'mengaji' merujuk kepada Kata Tunggal atau Kata Nama Terbitan? 2. Mengapakah masyarakat suka menulis frasa Majlis Perasmian Penutupan pada kain rentang atau gegantung? Yang tepat, Majlis Penutupan atau Majlis Perasmian Penutupan? 3. Ayat 'Milik siapa kereta Kancil itu?' ATAU 'Milik siapakah kereta Kancil itu?' ATAU 'Siapakah pemilik kereta Kancil itu?' Yang manakah ayat yang betul binaan ayatnya? 4. Dalam ayat 'Mereka sedang berbincang untuk menyelesaikan perkara itu." kata untuk merujuk kepada golongan kata apa? 5. Untuk menangani hal itu, mereka memerlukan kerjasama pihak polis. Kata 'untuk' di hadapan ayat merujuk kepada golongan kata apa? 6. Bunga ros itu adalah untuk Ibu Nia. Kata 'untuk' dalam ayat ini merujuk kepada golongan kata apa? Terima kasih. | 1. Mengaji ialah kata terbitan daripada kata dasar kaji yang menerima awalan meN. 2. Frasa yang betul ialah Majlis Penutupan sama seperti Majlis Perasmian. 3. Ketiga-tiga ayat tanya tersebut abetul. 4. "Untuk" dalam ayat kelima dan keenam berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan. 6. "Untuk" dalam ayat keenam berfungsi sebagai kata sendi nama. | Tatabahasa | 18.07.2012 |
Nama Ilham Tuyong pelajar bahasa melayu Saya ingin soalan .Apakah makna Pelajar??? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pelajar bermaksud orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu). | Makna | 28.10.2015 |
As Salam ! Apakah perbezaan pengunaan kata ganda pelajar-pelajar dan murid-murid ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pelajar bermaksud orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu). Murid pula bermaksud orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut. Berdasarkan makna yang diberikan, memang tidak ada perbezaan yang jelas dan maksudnya hampir sama. Dari segi penggunaan, perkataan "murid-murid" biasanya digunakan untuk pelajar sekolah, dan tidak digunakan untuk pelajar peringkat pengajian tinggi. | Makna | 03.04.2012 |
mana yang lebih tepat penggunaan 'murid' atau 'pelajar' di sekolah rendah dan menengah.Tolong beri penjelasan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pelajar bermaksud orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu). Murid pula bermaksud orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut. Berdasarkan makna yang diberikan, memang tidak ada perbezaan yang jelas dan maksudnya hampir sama. Dari segi penggunaan, perkataan "murid" biasanya digunakan untuk pelajar sekolah, dan tidak digunakan untuk pelajar peringkat pengajian tinggi. | Tatabahasa | 20.05.2013 |
saya rohimah toanongo sedang belajar di universiti fatoni kelas dasar,saya ingin bertanya tentang perkataan 'Guru' berasal dari bahasa apa dan apakah pengertiannya dan terimakasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat guru membawa maksud : orang yg kerjanya mengajar; pengajar; pendidik. ~ besar guru yg mengetuai sesebuah sekolah; pengetua sekolah: ~ mengaji orang yg mengajar seseorang membaca al-Quran. ~ pelatih pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; guru yg masih berlatih. ~ pelawat guru atau pegawai pelajaran yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah. ~ penolong guru yg membantu guru besar. berguru 1 belajar kpd; (pergi) menuntut ilmu kpd: Banyak orang yg ~ kpd Haji Hussain. 2 berbuat atau berlaku spt guru: Dia sebenarnya bukan guru tetapi pandai ~. perguruan 1 segala macam tempat menuntut ilmu; tempat belajar. 2 segala yg bersangkutan dgn guru: Maktab ~ Sultan Idris, Tanjung Malim telah didirikan dlm tahun 1920. | Makna | 22.09.2014 |