Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngé.la/.kan] | مڠيلقکن

Definisi : menjauhkan atau menghindarkan diri drpd kena bahaya (tanggungjawab dll), menjauhkan atau menyingkirkan sesuatu supaya jangan mengenai diri dll: ia hendak ~ dirinya drpd pandangan teman-temannya itu; Panglima Hitam melompat ~ tikaman itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngé.la/.kan] | مڠيلقکن

Definisi : 1 menghindarkan diri (drpd terkena pukulan dll): Beliau melompat ~ tikaman itu. 2 melarikan diri drpd mengerjakan sesuatu: Abu selalu ~ diri drpd bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengelakkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang manakah betul? a) Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita melakukan perbuatan yang terkutuk. b) Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang terkutuk. Terima kasihAyat yang gramatis, Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang terkutuk.Tatabahasa16.03.2012
Prevent accident = Mengelakkan/Mencegah kemalangan Prevent illness = Mengelakkan/Mencegah penyakit Yang manakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan prevent bagi kedua-dua frasa di atas?Perkataan "prevent" diterjemahkan kepada "cegah".Penyemakan dan penterjemahan24.01.2019
Pekerja-pekerja berusaha memperdalam / mendalamkan parit untuk mengelakkan banjir. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Pekerja-pekerja berusaha memperdalam parit untuk mengelakkan banjir.Tatabahasa01.07.2019
Selamat pagi. Kerja-kerja................ sungai itu dilakukan bagi mengelakkan masalah banjir. A. mendalam B. mendalami C. memperdalam D. memperdalamkan

Saudara Noor,

Jawapan kepada pertanyaan yang dikemukakan ialah : Kerja-kerja memperdalam sungai itu dilakukan bagi mengelakkan masalah banjir.

Tatabahasa27.04.2010
Sila perbaharui lesen perniagaan dan lessen pemilikan anjing anda sebelum 31 Disember 2015 bagi mengelakkan denda lewat 10% dari kadar lesen dikenakanSila perbaharui lesen perniagaan dan lessen pemilikan anjing anda sebelum 31 Disember 2015 bagi mengelakkan denda lewat 10% daripada kadar lesen yang dikenakan.Tatabahasa30.09.2015
bolehkah saya menggunakan ayat .Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu DIIMPLEMENTASIKAN sejak peringkat kanak-kanak.Oleh sebab masalah pencemaran sungai semakin berleluasa.RENCAH YANG PALING MUJARAB untuk selesaikan masalah tersebut ialah masyarakat perlu ditanamkan dengan sikap cinta akan alam sekitar dalam karanganAyat yang lebih tepat dan dicadangkan dalam karangan:

Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu diimplementasikan sejak peringkat kanak-kanak. Hal ini disebabkan masalah pencemaran sungai semakin berleluasa. Selain itu, perkara yang paling penting ialah masyarat perlu ditanam dengan rasa cinta akan alam sekitar.
Tatabahasa25.07.2016
Mohon Pencerahan sama ada penggunaan kata penghubung ayat di bawah berikut betul: Selain itu, ia membantu agensi melaksanakan perolehan dengan terancang dan teratur serta mengelakkan amalan berbelanja DI penghujung tahun atau PADA saat akhir.Salam sejahtera, Ayat yang betul ialah: Selain itu, ia membantu agensi melaksanakan perolehan dengan terancang dan teratur serta mengelakkan amalan berbelanja pada saat-saat akhir. Sekian, terima kasih.Tatabahasa01.05.2020
selamat sejahtera.Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu diimplementasikan sejak peringkat kanak-kanak.Adakah penggunaan diimplementasikan sesuai untuk ayat tersebut. 2.Oleh sebab masalah pencemaran sungai semakin berleluasa,RENCAH YANG PALING MUJARAB untuk selesaikan masalah tersebut ialah masyarakat perlu ditanamkan dengan sikap cinta akan alam sekitar. Adakah penggunaan perkataan tersebut sesuai untuk ayat tersebut dan apkah maksud perkataan tersebut. Mohon Penjelasan.Terima Kasih1. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, implimentasi bermaksud proses melaksanakan (mengusahakan) sesuatu, pelaksanaan; mengimplementasikan pula bermaksud melaksanakan, menjalankan, menunaikan (tugas, usaha, dll). Perkataan implementasi tidak sesuai digunakan.

2. Kamus Pelajar Edisi Kedua mentakrifkan rencah sebagai perencah bahan (seperti udang, daging) yang dicampurkan ke dalam sesuatu masakan supaya lebih sedap: Ikan busuk jangan dibuang, buat rencah si daun kayu. Perkataan rencah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat yang diberikan.
Tatabahasa12.07.2016
kuda itu berlari___ untuk mengelakkan diri daripada ditanduk oleh lembu jawapan pantas atau laju sebab.......Dalam Kamus Dewan laju sama maksudnya dengan pantas. Oleh itu kedua-dua perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut.Tatabahasa23.07.2012
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MENGELAKKAN GANGGUAN BAHASA?Gangguan bermakna sesuatu yang mengganggu atau halangan. Gangguan bahasa boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang mengganggu yang menyebabkan sesuatu bahasa itu mengalami halangan untuk disebarkan atau untuk dipelajari. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk pusat bahasa di institusi pengajian tinggi awamMakna19.07.2008
12345678910...

Kembali ke atas