Sama ada "mengeluarkan perintah baharu" atau "mengeluarkan perintah baru"? | Kata "baru" dan "baharu" kedua-duanya betul, namun penggunaannya mengikut konteks ayat. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dan lain-lain). Bagi menjawab pertanyaan saudari, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Oleh itu, jawapan yang lebih tepat ialah mengeluarkan perintah baharu. | Tatabahasa | 24.08.2021 |
Mengalih keluar akaun atau mengeluarkan akaun? Apakah perbezaan antara mengalih keluar dengan mengeluarkan? | Tidak ditemukan perkataan "mengalih keluar" dalam bentuk istilah. Sekiranya dalam bentuk kata umum, perkataan "mengalih" hendaklah diikuti dengan objek, seperti mengalih baldi dan mengalih percakapan. Oleh itu, frasa yang betul ialah "mengeluarkan akaun". | Tatabahasa | 01.10.2024 |
Salam sejahtera. 1) terjatuh dari atau daripada basikal 2) mengeluarkan wang dari atau daripada tabung 3) mengeluarkan buku dari atau daripada beg Terima kasih. | Penggunaan kata sendi nama yang betul adalah seperti yang berikut: 1. … terjatuh dari basikal. 2. … mengeluarkan wang daripada tabung. 3. … mengeluarkan buku daripada beg. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 268-269 atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 481-482 dan laman prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 16.01.2024 |
Saya ingin mengeluarkan surat untuk sambungan perjanjian. Di antara 'Lanjutan Tempoh Perjanjian' dan 'Tempoh Lanjutan Perjanjian', yang manakah sesuai untuk menerangkan maksud surat tersebut? Adakah lanjutan + tempoh adalah penggunaan yang betul? Jikalau betul, boleh terangkan maksudnya? | Kedua-dua cadangan jawapan yang diberikan betul. Lanjutan bermaksud sambungan manakala tempoh pula bermaksud masa atau waktu. | Tatabahasa | 04.06.2021 |
SAYA MAHU MENGELUARKAN JURNAL MUALLIM - JURNAL PENYELIDIKAN 2011 BAGI JBATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNTUK IPG KSM. BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAFTAR DAN MENDPATKAN NO ISSN? | Sila hubungi Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendaftar dan mendapatkan nombor ISSN. | Lain-lain | 04.12.2011 |
kami akan mengeluarkan majalah kolej. dan antara salah satu pilihan nama majalah ialah simfoni. majalah ni adalah pertama kali di keluarkan.apa yang di maksudkan dengan simfoni?dari semua aspek. di harap dengan penerangan yang diberikan oleh pihak dewan bahasa dan pustaka dapat mengukuhkan pilihan nama simfoni.terima kasih. | Antara makna simfoni ialah 1. sj gubahan muzik yg panjang utk dimainkan oleh orkestra; 2. kumpulan pancaragam yg berpemimpin, mempunyai peralatan lengkap dan bilangan ahli muzik yg ramai. Untuk keterangan lanjut, pihak tuan/puan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Selain itu, cadangan nama pihak tuan/puan boleh juga merujuk Siri Lembar Bahasa Nama Indah yang boleh dicapai di laman web DBP. | Makna | 21.01.2010 |
dbp harus mengeluarkan majalah yang lebih padat dengan isu semasa | Terima kasih atas saranan tersebut | Lain-lain | 09.06.2009 |
Danish mengeluarkan Blackberry dari/daripada beg kecilnya? | Jawapan yang betul ialah: Danish mengeluarkan Blackberry daripada beg kecilnya. | Tatabahasa | 31.10.2011 |
Saya melampirkan soalan pada dokumen di bawah. | Ayat yang betul: a. Dia mengeluarkan wang daripada beg tangannya. b. Dia mengeluarkan kek daripada ketuhar. c. Dia keluar daripada kereta. d. Dia mengeluarkan buku daripada kotak. Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang hadir di hadapan frasa nama. Kata sendi nama "dari" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa, manakala kata sendi nama "daripada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. | Tatabahasa | 10.12.2021 |
penggunaan kata sendi 'dari' dan 'daripada' Antara frasa berikut, yang manakah betul penggunaannya: a) mengeluarkan wang daripada bank b) mengeluarkan wang dari bank | Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Merujuk kepada ayat di atas, kata sendi yang sesuai ialah "daripada": Mengeluarkan wang daripada bank (merujuk kepada sumber). | Tatabahasa | 01.05.2013 |