Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.rat.kan] | مڠرتکن

Definisi : 1. menjadikan (genggaman, ikatan, dll) erat: sebelum sempat ~ rangkuman tangan, kedengaran ia mencegah; 2. menjadikan erat (rapat) persahabatan, pertalian, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.rat.kan] | مڠرتکن

Definisi : 1 menjadikan erat (bkn ikatan, genggaman dll); menguatkan; meneguhkan. 2 menjadikan erat atau rapat (bkn persahabatan dll); merapatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengeratkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengeratkan hubungan silaturahim,ayat tersebut betul?Ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa31.03.2019
Inginkan kepastian, 'mengeratkan silaturrahim atau mengiratkan silaturrahim... ' jika mengeratkan saya selalu fikirkan datang daripada kata dasarnya, 'kerat'

Frasa yang betul ialah “mengeratkan silaturrahim”. Kata dasarnya ialah “erat” yang menerima bentuk imbuhan apitan meN-...-kan (meng-...-kan).

Tatabahasa02.02.2022
Yg mana betul? 1. dapat mengeratkan hubungan antara murid-murid dengan guru-guru. 2. dapat mengeratkan hubungan antara murid-murid dan guru-guruFrasa yang betul ialah: dapat mengeratkan hubungan antara murid-murid dengan guru-guru. Tatabahasa30.08.2023
Apakah kepentingan mengeratkan hubungan sesama jiran?Kepentingan mengeratkan hubungan sesama jiran dapat mewujudkan keadaan  bersatu padu, hormat menghormati, bantu membantu, kerjasama, menjamin keselamatan dan keharmonian. Sila rujuk  rencana-rencana tentang kejiranan.Lain-lain10.06.2008
Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan kami dan jiran? betulkah ayat ini?Ayat yang gramatis, "Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan kami dengan jiran".Tatabahasa07.04.2014
Salam... saya ada terbaca soalan yang sama tetapi jawapan yang diberikan berbeza iaitu persoalan "erat" sama ada e dibaca pepet atau taling dalam carian PRPM@DBP Malaysia. soalan pada 12.10.10, jenis soalan ejaan menyatakan e dibaca pepet, kemudian soalan yang hampir sama ditanyakan mengenai erat pada 6.10.11, jenis soalan tatabahasa menyatakan e pada erat adalah taling. pada 3.7.13, jenis soalan tatabahasa yang menyatakan e pada erat adalah pepet mengikut rujukan DBP edisi ke-4. Jadi, yang mana satukah yang paling tepat kerana kesukaran mengeja jawi sama ada alif ya atau alif sahaja.. jika sebutan erat yang ditambah imbuhan menjadi mengeratkan, e masih pepet atau taling? contoh, dia mengeratkan tali persahabatan. jika e dibaca pepet, seolah-olah kata dasar mengeratkan menjadi kerat... saya masih keliru... mohon penjelasan. terima kasih1. Apabila perkataan "erat" menerima apitan meN-...-kan, perkataan "mengeratkan" disebut dengan menggunakan e pepet. Pengguna bahasa Melayu 
seharusnya dapat membezakan perkataan "mengeratkan" yang kata dasar "erat" daripada perkataan "mengeratkan" yang kata dasarnya "kerat". Saudara tidak 
sepatutnya keliru dengan ungkapan "mengeratkan silaturrahim" kerana kata dasar "mengeratkan" dalam ungkapan ialah "erat", bukan "kerat". Orang selalu 
menyebut "memutuskan silaturrahim", bukannya "mengeratkan silaturrahim" yang kata dasarnya "kerat".
Tatabahasa07.10.2013
Jawapan yang manakah betul berdasarkan soalan berikut? Apakah tujuan penganjuran lawatan sambil belajar? a. Tujuan penganjuran lawatan sambil belajar ialah memperluas ilmu pengetahuan di samping mengeratkan hubungan antara guru dan murid. b. Tujuan penganjuran lawatan sambil belajar adalah untuk memperluas ilmu pengetahuan di samping mengeratkan hubungan antara guru dan murid.

Kata pemeri ialah perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata ialah dan adalah. Kata pemeri ialah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah(FN+FN).

Kata pemeri adalah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA).


Oleh itu,  berdasarkan keterangan di atas, jawapan yang dicadangkan untuk persoalan daripada
tuan/puan ialah: Tujuan penganjuran lawatan sambil belajar adalah untuk memperluas ilmu pengetahuan di samping mengeratkan hubungan antara guru dan murid.

Tatabahasa25.08.2019
Salam sejahtera, 1.Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda 'Berhenti' di tengah-tengah jalan raya.(Apakah tanda baca yang perlu dibubuh pada perkataan 'Berhenti'?) 2.Kesimpulannya, kita perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat pada hari minggu kerana masa itu emas.(Perlukan perkataan aktiviti itu membawa maksud jamak?) 3.Kita harus berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim / mengeratkan hubungan silaturahim.(Perlu ditulis hubungan di depan silaturahim?) 4.me.ngo.rek (adakah pemenggalan suku kata ejaan betul dan apakah pemenggalan sebutan bagi perkataan mengorek?) Terima kasih1. Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda "Berhenti" di tengah-tengah jalan raya.

2. Kesimpulannya, kita perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti/aktviti-aktiviti yang bermanfaat pada hari minggu kerana masa itu emas. Perkataan aktiviti boleh membawa maksud jamak berdasarkan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun penggunaan aktiviti-aktiviti juga boleh dibenarkan asalkan tidak didahului oleh penanda jamak seperti pelbagai aktiviti dan penggunaan ini (tunggal atau jamak) hendaklah konsisten dalam keseluruhan wacana.

3. Kita harus berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim.

4. Pemenggalan yang betul ialah "me.ngo.rek".
Tatabahasa27.05.2022
1. Adakah ayat berikut betul dan tolong beri penerangan mengapa ? a) Para penonton memberi sorakan gemuruh. b) Kita haruslah beriadah bersama dengan ahli keluarga untuk mengeratkan hubungan keluarga.Salam sejahtera,

Tuan,

Ayat yang dinyatakan betul kerana mempunyai pola ayat dasar bahasa melayu iaitu terdapat subhjek dan predikat pada ayat tersebut.

1. Para penonton (subjek)  memberi sorakan gemuruh (predikat)

2. Kita (subjek) haruslah (kata bantu) beriadah (predikat) bersama dengan ahli keluarga untuk mengeratkan hubungan keluarga (keterangan).

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa19.01.2018
Perlukah koma dibubuh di depan kata hubung? Contohnya, Ibu menjahit baju, manakala bapa dan adik menonton televisyen / Hari Keluarga diadakan bertujuan mengeratkan hubungan sesama warga sekolah dan ibu bapa, di samping mencungkil bakat.

Saudara,

Tanda koma perlu diletakkan di hadapan kata hubung seperti dalam contoh ayat yang dikemukakan.

Tatabahasa28.02.2010
123

Kembali ke atas