Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.la/.kan] | مڠݢالقکن

Definisi : 1. membangkitkan marah: ~ ayam sabungan; 2. memberi semangat, memberi dorongan: tunangannya ~ dia melanjutkan pelajarannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.la/.kan] | مڠݢالقکن

Definisi : 1 menjadikan galak; membangkitkan kemarahan: ~ ayam sabungan berlaga. 2 memberi semangat atau dorongan supaya terus maju dll: Ibunya ~ dia melanjutkan pelajarannya hingga ke universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggalakkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menggalakkan: betul ke ejaannya ni.

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain02.11.2010
Encik, 1. Adakah ayat berikut betul? "Prestasi Ali dalam bidang sukan amat menggalakkan." Apakah jenis kata bagi perkataan "menggalakkan" dalam ayat di atas? Adakah kata kerja transitif ataupun kata adjektif? Sila berikan penjelasan. 2. Apakah nama panggillan bagi "Interact Club" dan "Broadcasting Club" dalam bahasa Malaysia? Terima kasih.

1. Perkataan "menggalakkan" dalam ayat yang dinyatakan ialah ayat adjektif kerana disertai kata penguat amat di depannya.

2. "Interact Club" dikekalkan penggunaannya dalam bahasa Melayu manakala "Broadcasting Club" boleh diberikan padanan sebagai Kelab Penyiaran

Tatabahasa01.04.2009
Adakah perkataan menggalakkan mempunyai dua huruf "g"?Perkataan galak apabila menerima imbuhan meN menjadi menggalakkan (meng + galak + kan). Oleh yang demikian perkataan tersebut mempunyai dua huruf g.   Ejaan26.03.2009
Betulkah perkataan menggalakkan sebenarnya menggalakan kerana kan bukan inbuhan. Bolehkah guris digunakan pada perkataan hati terguris

Ejaan yang betul ialah menggalakkan. Ejaan yang betul bagi perkataan terguris ialah 'tergores'. Oleh itu ungkapan yang betul ialah hati tergores.

Tatabahasa10.11.2010
Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan/Puan Mohon bertanya bagi ejaan : Peruntukan Memasukkan Menggalakkan Terima kasihEjaan yang betul ialah peruntukan (apitan per-...-an + untuk), memasukkan (apitan meN-...-kan + masuk) dan menggalakkan (meN-...-kan + galak).Tatabahasa25.04.2014
bagaimanakah untuk membezakan penggunaan 2 'k' di hujung perkataan atau 2 'g'. contoh : menggalakkan atau menggalakan meletakkan atau meletakanPenggunaan satu k atau dua k dalam sesuatu perkataan bergantung pada apitan yang digunakan. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang menerima apitan meN-...-kan akan menghasilkan kata kerja transitif menggalakkan. Tetapi hanya satu huruf k digunakan sekiranya menerima apitan peN-...-an.Tatabahasa28.10.2009
Cogan kata PINTAR Foundation adalah "Promoting Intelligence, Nurturing Talent & Advocating Responsibility" di dalam bahasa inggeris. Jika diterjemahkan kepada bahasa melayu, perkataan "promoting" kami terjemahkan kepada "menggalakkan". Ada perkataan lain yang bersesuaian supaya makna inggerisnya tidak tersasar?Dalam data kami, promoting diterjemahkan kepada menggalakkan/penggalak dan juga wadah (medium). Puan boleh menggunakan terjemahan yang sesuai dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan27.02.2015
Adakah ayat di bawah betul? Semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup secara sihat.Semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup secara sihat - ayat ini betul.Tatabahasa24.03.2011
Bagaimanakah untuk mengetahui penggunaan ejaan yang betul jika menggunakan 2 k dalam ayat-ayat contoh: dimasukkan, memasukkan menggalakkan dan sebagainayaDalam proses pembentukan kata,semua kata dasar yang menerima apitan peN-...-an atau ke-...-an akan membentuk kata nama terbitan contohnya penggalakan dan kebanyakan manakala kata dasar yang menerima apitan meN-...-kan dan di-...-kan akan membentuk kata kerja terbitan contohnya menggalakkan dan dimasakkan.Tatabahasa13.12.2011
Saya cadangkan DBP agar tidak menggalakkan pengguna bahasa menggunakan kata 'orang-orang' sebagai jamak kepada 'orang' kerana hal ini banyak mendatangkan kekeliruan terutama dalam penghasilan sarikata televisyen dan mengakibatkan kami syarikat media sukar menjelaskan hukum tatabahasa kepada penterjemah/pelanggan kami. Hadkan sahaja 'orang-orang' kepada maksud 'scarecrow'/'puppets' atau sebarang objek selain daripada manusia.Terima kasih.Kata 'orang' tidak perlu digandakan kerana 'orang' boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. 'Orang-orangan' bermaksud patung atau menyerupai manusia. Lihat Kamus Dewan untuk maklumat lanjut. Tatabahasa17.03.2011
123456789

Kembali ke atas