Adakan perkataa 'mengguris' wujud? saya tidak dapat mencari perkataan ini dalam Kamus Dewan tetapi setahu saya banyak orang yang menggunakan perkataan ini seperti mengguris hati saya. Tolong jelaskan. Terima kasih. | Ejaan yang betul bagi perkataan mengguris ialah "menggores". Makna bagi perkataan tersebut ialah menggaris, mencalar, menggarit; menggores hati bermaksud melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, di bawah entri "gores". | Istilah | 15.12.2009 |
Salam Tuan. Yang manakah lebih tepat? “Mengguris hati” atau “menggores hati”? Saya hargai pendapat pihak tuan. Terima kasih. | Waalaikumsalam, Ejaan yang betul bagi perkataan mengguris ialah "menggores". Makna bagi perkataan tersebut ialah menggaris, mencalar, menggarit; menggores hati bermaksud melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, di bawah entri "gores". | Ejaan | 01.06.2018 |
(A) Belon yang kembung itu boleh meloyang. (B) Tindakan yang tegas harus diambil terhadap murid-murid yang mengguris kereta cikgu-cikgu sekolah. Untuk ayat (A), apakah maksud perkataan "meloyang"? Untuk ayat (B), apakah maksud perkataan "mengguris"? Saya tidak dapat mencari kedua-dua perkataan dalam kamus.Kalau kedua-dua perkataan itu tidak wujud dalam BM, apakah perkataan yang sesuai digantikan? | Perkataan meloyang dan mengguristidak ada dalam sumber rujukan kami. Perkataan yang betul seperti yang digariskan. (A) Belon yang kembung itu boleh melayang. (B) Tindakan yang tegas harus diambil terhadap murid-murid yang menggores kereta cikgu-cikgu sekolah.
| Tatabahasa | 03.11.2015 |
1. Amin murid kelas Dua Merah. dalam ayat di atas, perlukah perkataan kelas ditulis dengan huruf besar? 2. Perkataan 'mengguris' tidak terdapat dalam Kamus Dewan, tetapi saya selalu terbaca perkataan ini terutamanya dalam bahasa laras sastera. Minta penjelasan. Terima kasih. | 1. Ditulis dengan huruf besar kerana dianggap sebagai nama khas - Amin ialah murid Kelas Dua Merah. 2. Ejaan yang betul bagi perkataan mengguris ialah "menggores". Makna bagi perkataan tersebut ialah menggaris, mencalar, menggarit; menggores hati bermaksud melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan | Ejaan | 02.04.2009 |
Saya tidak menjumpai huraian perkataan 'guris' dalam Kamus Dewan sedangkan ia sering digunakan, seperti 'mengguris hati'. adakah ia bukan perkataan dasar? | Ejaan yang betul/baku ialah 'gores', lihat di bawah perkataan 'gores'. | Tatabahasa | 26.09.2006 |
Kehadapan yang bertugas, Saya ingin membuat laporan terhadap definisi perkataan tambi di laman sesawang anda yang menggunakan perkataan keling. Perbuatan ini mengguris sesetengah rakyat india dikalangan kenalan saya. Saya berharap pihak tuan dapat menyelidik perkara ini bagi mengelak isu perkauman yakni mengekalkan lagi keharmonian perkauman dia negara ini. | Kami ambil maklum saranan tuan. Penambahbaikan takrif perkataan "tambi" akan diberikan perhatian dalam pengemaskinian dan penyusunan semula Kamus Pelajar Edisi Ketiga yang sedang dijalankan. Untuk maklumat yang terperinci, sila rujuk kenyataan rasmi DBP melalui pautan ini: https://www.facebook.com/109573169113660/posts/5151674491570144/?d=n | Istilah | 22.03.2021 |
salam, saya tengok dalam kamus perdana ada perkataan guris. saya nak tanya guris boleh digunakan atau tak. lepastu kalau ayat itu untuk hati. cth menggores/ menguris hati? | Kehadiran kata guris dalam KDP yang dirujuksilangkan kepada gores adalah untuk menyatakan bahawa ejaan bagi kata tersebut telah diselaraskan mengikut Pedoman Pembentukan Ejaan Rumi bahasa Melayu, iaitu gores. Penggunaan ejaan guris adalah tidak baku dan penggunaannya seperti dalam frasa kerja "mengguris hati" sepatutnya dieja "menggores hati". Hati yang tergores sangat menyakitkan. Penggunaan kata ini bergantung kepada makna dan konteks penggunaannya. | Ejaan | 26.07.2023 |