Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.dap] | مڠهيدڤ

Definisi : , menghidapi menang­gung sesuatu penyakit dgn lama: ~ penyakit tibi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.dap] | مڠهيدڤ

Definisi : menanggung atau menderita sesuatu penyakit yg tidak mudah sembuh; selalu saja sakit: Sudah berapa lama kamu ~ penyakit ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menghidap

Peribahasa

Bagai ayam dimakan (= kena) tungau.

Bermaksud :

Pucat dan kuning kerana menghidap penyakit; sangat gelisah kelakuannya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan. Bagaimanakah kita dapat membezakan perkataan 'menghidap' dan 'menghidapi'. Berdasarkan takrif yang diberikan secara online, menghidapi ialah menang­gung sesuatu penyakit dgn lama(kamus dewan) manakala menghidap ialah menanggung atau menderita sesuatu penyakit yg tidak mudah sembuh(kamus pelajar). Terima kasih.Perkataan menghidap dan menghidapi sama sahaja maksud, namun perkataan menghidap lebih banyak digunakan berbanding dengan menghidapi.Tatabahasa17.03.2014
Yang mana satu betul: "Dia menghidap penyakit HIV" atau "Dia menghidap HIV"? Bolehkah kita menggunakan kedua-duanya? Terima kasih.Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa07.03.2010
1. Ali menghidap ( penyakit , sakit) jantung berlubang. yang manakah betul, adakah kedua-dua juga betul digunakan? terima kasihJawapan yang betul ialah Ali menghidap penyakit  jantung berlubang.Lain-lain26.05.2010
1.apakah perbezaan antara menghidap dengan mengidap? 2. sila terangkan penggunaan kata di antara dan antara 3. mana yang betul 'oleh sebab itu ' atau 'oleh kerana itu'

1. Kata terbitan yang betul ialah menghidap (tidak ada kata mengidap)

2. Kata sendi nama "antara" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang tidak mempunyai ruang atau jarak, manakala frasa "di antara" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang mempunyai ruang atau jarak.

3. Penggunaan yang betul ialah "oleh sebab itu". Kata sendi nama "oleh" mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Frasa "oleh kerana itu" untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan salah, bentuk yang betul ialah "oleh sebab itu".

Tatabahasa17.09.2011
kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit demam denggi berdarah telah ditematkan di unit rawatan rapi di hospital bekenaan. soalannya adakah benar penggunaan perkataan 'menghidap' atau guna perkataan 'mengidap'. apakah beza pengunaan kedua-dua perkataan tersebut.Kata terbitan yang betul ialah menghidap (tidak ada kata mengidap).Tatabahasa04.11.2013
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan Ilat?? Anggota kerja tersebut telah disahkan mengidap keilatan oleh Pakar Perubatan? Adakah penggunaan perkataan 'mengidap keilatan' betul?Ilat bermaksud tidak dapat bekerja lagi kerana kecacatan anggota badan akibat kemalangan dan sebagainya. Menghidap bermaksud menanggung sesuatu penyakit. Frasa menghidap keilatan kurang tepat, sebaliknya mendapat keilatan lebih sesuai digunakan.Tatabahasa06.12.2012
Soalan saya ialah, 'Tangan datuk _____________ akibat daripada menghidap penyakit Parkinson.' Apakah kata ganda yang sesuai untuk jawapan di atas? Adakah terketar-ketar atau tergigil-gigil. Terima kasih.
Kedua-dua jawapan yang diberikan mempunyai maksud hampir sama tetapi dalam ayat di atas jawapan yang sesuai ialah terketar-ketar.
Lain-lain02.09.2015
tuan menghidapi sakit lutut atau menghidapi sakit lutut? tqKata terbitan yang betul ialah menghidap (tidak ada kata mengidap).Tatabahasa18.09.2011
Apakah kesalahan imbuhan dan ejaan dalam ayat di bawah? 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukkan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengkagumkan. 2. Doktor Syaza menjalani pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang.Berikut ayat yang telah diperbaik:

1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengagumkan.

 2. Doktor Syaza menjalankan pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang.
Tatabahasa16.08.2013
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik.Sila jelaskan soalan saudara.Lain-lain08.12.2011
12

Kembali ke atas