Saya akan mengongsikan pengetahuan saya berkaitan kokurikulum kepada orang lain. Adakah penggunaan 'mengongsikan' dalam ayat ini betul?. Terima kasih. | Kata terbitan yang betul ialah berkongsi, mengongsi dan sebagainya. Dalam konteks ayat tersebut, penggunaan yang betul ialah berkongsi. Saya akan berkongsi pengetahuan saya berkaitan kokurikulum kepada orang lain. | Tatabahasa | 04.01.2017 |
Ayat manakah yang betul : 1. Saya ingin berkongsi/ mengongsikan / mengongsi pengalaman saya dengan awak. 2. Saya ingin berkongsi/ mengongsikan/ mengongsi dengan awak sebuah cerita. | Ayat yang betul ialah: 1. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan awak; 2. Saya ingin berkongsi dengan awak sebuah cerita. | Tatabahasa | 01.12.2021 |
Para guru dan murid-murid atau para guru dan murid ?? Kerana perkataan para itu merujuk pada guru sahaja atau murid sekali? Mengongsikan atau mengkongsikan terima kasih | Frasa yang lebih gramatis ialah para guru dan murid kerana para menunjukkan jamak dan penggunaan kata hubung "dan" menunjukkan setara. Ejaan yang betul ialah mengongsikan. | Tatabahasa | 08.08.2016 |