Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.di.ja.di] | منجادي - جادي

Definisi : , berjadi-jadi bertambah-tam­­bah (banyak, besar, hebat, keras, dll): setelah kena hujan demamnya ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.di.ja.di] | منجادي - جادي

Definisi : bertambah-tambah (banyak, besar dll); makin bertambah: Kerana angin kencang, kebakaran itu pun ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Kalau mandi abang kini,
     Letakkan dastar atas batu;
Kalau jadi-jadi begini,
     Belikan kita sehelai baju.


Lihat selanjutnya...(171)
Peribahasa

Lubuk (men)jadi pantai,
     pantai (men)jadi lubuk.

Bermaksud :

Nasib manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Makin hari perangainya makin menjadi-jadi. 2. Kereta baru keluaran Proton itu amat bergaya sekali. 3. Bapa pengantin lelaki tidak menang tangan melayan tetamu yang datang. Adakah ketiga-tiga ayat di atas ini betul? Kalau salah tolong terangkan kesalahan pada ketiga-tiga ayat tersebut. 4. Pokok ciku madu ditanam di halaman kebun datuk saya. bolehkah perkataan "halaman" digunakan dalam ayat ini. 5. Dua orang pelancong itu telah tersesat di dalam hutan. Adakah perkataan 'pelancong' dalam ayat ini betul? 6. Telefon bimbitnya rosak kerana terjatuh. Adakah kegunaan perkataan 'telefon' dalam ayat ini betul. 7. Murid-murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. "kokurikulum" dalam ayat ini betul tak? semua ayat ini dikatakan salah dalam buku kerja yang saya gunakan, saya minta tuan terangkan apakah kesalahan dalam ayat-ayat tersebut. saya tidak faham apakah kesalahannya. sekian terima kasih.

1. Makin hari perangainya makin menjadi-jadi. 2. Kereta baru keluaran Proton itu amat bergaya sekali. 3. Bapa pengantin lelaki tidak menang tangan melayan tetamu yang datang. Ketiga-tia ayat tersebut betul dan tiada kesalahan.

4. Pokok ciku madu ditanam di halaman kebun datuk saya. - halaman menunjukkan kawasan perkarang rumah, oleh itu kata halaman tidak sesuai dalam ayat ini.

5. Dua orang pelancong itu telah tersesat di dalam hutan. - perkataan pelancon boleh digunakan dalam ayat ini.

6. Telefon bimbitnya rosak kerana terjatuh. - Penggunaan perkataan telefon adalah betul.

7. Murid-murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. - Penggunaan perkataan kokurikulum dalam ayat ini adlah betul.

Tatabahasa07.12.2009
1. kebelakangan ini, kes peras ugut semakin menjadi-jadi. adakah belakangan ini merupakan diksi yang lebih betul yang membawa maksud baru-baru ini/ akhir-akhir ini.Perkataan 'belakangan' yang digunakan dalam ayat ini betul.Kata ini juga membawa maksud baru-baru ini atau akhir-akhir ini.Tatabahasa20.08.2010
Adakah ayat ini mengikut tatabahasa Melayu dengan betul: "Ketidakbertanggungjawabanmulah penyebab ketidakberperikemanusiaanannya menjadi-jadi."Tatabahasa yang digunakan dalam ayat tersebut adalah salah.Tatabahasa12.03.2019
bolehkah perkataan KEMENJADIAN digunakan dalam bentuk penulisan ataupun secara lisan sedangkan entri ini belum dimuatkan lagi dalam mana-mana kamus dewan yang terkini. perkataan ini semakin meluas digunapakai sejak kebelakangan ini sama ada digunakan secara lisan atau penulisan.

Perkataan "kemenjadian" boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang - jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana.  Kata terbitan daripada 'jadi' ialah : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi')">menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Ejaan20.05.2010
Salam Satu Malaysia, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit (soalan, perlu ada koma selepas sedikit? lama-lama jadi/ menjadi bukit atau kedua-dua diterima?) Terima kasihTanda baca yang betul ialah: Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

Namun, dalam Kamus Istimewa Bahasa Melayu, peribahasa ini disebut sebagai: Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit. Ia membawa maksud yang sama dengan peribahasa yang pertama.

Perkataan 'jadi' atau 'menjadi' kedua-duanya boleh diterima.

Terima kasih.
Lain-lain31.10.2017
Salam sejahtera, Sebagai pencinta bahasa Melayu, saya mengambil berat tentang penggunaan tanda baca dalam penulisan, terutamanya tanda koma ( , ). Yang betul yang mana? (a) Hal ini demikian kerana, ... atau Hal ini demikian kerana ... (b) ...bukan sahaja untuk para pelajar, bahkan untuk para guru atau ...bukan sahaja untuk para pelajar bahkan untuk para guru. Adakah tanda koma perlu dalam kedua-dua contoh ini? Dalam ayat (a), jika tanda koma perlu, bagaimana dengan "Jenayah menjadi-jadi kerana ..."? Dalam ayat (b), jika tanda koma perlu, bagaimana dengan"baik untuk para pelajar mahupun untuk para guru"? Soalnya, adakah tanda koma perlu digunakan dalam kata hubung berpasangan? Adakah tanda koma perlu digunakan sesudah kata hubung pancangan keterangan musabab? Sekian. Salam hormat, Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Untuk makluman tuan, kami di DBP berpegang hanya pada buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan. Jika berlainan daripada apa yang ditulis, hal berkenaan di luar bidang kuasa kami. Untuk lebih jelas, mohon rujuk halaman 64.Tatabahasa22.12.2016
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ?

Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.

Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

 

 

Makna11.08.2009
Bagaimanakah pemenggalan suku kata untuk perkataan 'sarapan'? Adakah menjadi sa-ra-pan atau sa-rap-an? Ini kerana sarapan mempunyai kata dasar sarap tetapi telah menjadi kata terbitan. Jadi bolehkan ia dipenggal menjadi sa-rap-an

Pemenggalan yang betul bagi kata 'sarapan' ialah [sa.ra.pan] bukan [sa.rap.an] walaupun berasal daripada kata 'sarap'.

Lain-lain09.01.2009
Ayat mana satukah yang wajar? 1) Sultan melantik Hang Tuan sebagai Bendahara Melaka. 2) Sultan melantik Hang Tuan untuk menjadi Bendahara Melaka. Dalam jawapan anda, sila sertakan penjelasan bagi perbezaan antara "sebagai" dan "untuk menjadi" dalam kedua-dua ayat di atas. Terima Kasih.Ayat pertama yang wajar, iaitu Sultan melantik Hang Tuah sebagai Bendahara Melaka. Makna 'sebagai' ialah jadi, menjadi, selaku.Tatabahasa05.06.2008
bagaimanakah cara untuk saya jadi seorang penulis novel?

Ada pelbagai cara untuk menjadi seorang penulis novel. Antaranya saudara perlu banyak membaca novel karya orang lain terlebih dahulu mengikut tema yang menjadi minat saudara seperti kisah cinta, penyiasatan, sejarah, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens, imbas muka, imbas kembali, pembahagian bab, dan unsur lain yang menjalin struktur sesebuah cerita. Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, budaya, sains, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, akademi penulisn atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara. Pada masa ini juga banyak buku panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak panduan untuk saudara menulis. Mungkin saudara boleh mulakan dahulu dengan menulis cerpen untuk memantapkan penulisan saudara. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis fiksyen yang baik, mahu tidak mahu ia bergantung juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah bakat  seni (kreatif) tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Semoga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti.

Lain-lain27.10.2010
12345678910...

Kembali ke atas