Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.no.réh] | منوريه

Definisi : 1. menggores dgn agak dalam (pd kulit kayu, badan dll): ~ getah; 2. meretas (membelah) supaya terbuka: ~ buah nangka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.réh] | منوريه

Definisi : menggores kulit kayu dll dgn tidak berapa dalam: ~ getah menggores kulit pokok supaya keluar getahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
toreh
Kata Terbitan : menoreh, penoreh,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menoreh getah ialah frasa kerja transitif atau tak transitif? Kalau ayatnya ialah: Bapa Aminah menoreh getah setiap pagi, dapat dipasifkan tak?Menoreh ialah kata kerja transitif. Ayat tersebut boleh diaktifkan menjadi "Getah ditoreh oleh bapa Aminah setiap pagi".Tatabahasa02.03.2015
Kesalahan ayat: Datuk yang berumur 60-an masih bekerja kuat untuk menoreh getah pada setiap pagi.Ayat yang gramatis ialah Datuk yang berumur 60-an masih kuat bekerja dengan menoreh getah pada setiap pagi.Tatabahasa04.07.2012
Pak Samit dan isterinya pergi menoreh getah di kebun mereka dalam dingin pagi. Adakah perkataan dingin tersebut lebih tepat digantikan dengan kedinginan? Dan betulkah frasa "dalam kedinginan" tersebut?Ya, betul. Lebih gramatis perkataan "dingin" ditukar kepada "kedinginan" dalam ayat tersebut.Tatabahasa12.05.2020

Kembali ke atas