Perkataan yang manakah betul? A) menaksir B) mentafsir | Kedua-dua perkataan "menaksir" dan "mentafsir" adalah betul. Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berlainan. "Menaksir" bermaksud mengira atau menghitung jumlah, harga dan lain-lain atau maksud keduanya ialah menyangka atau mengagak dengan melihat-lihat keadaan; atau menilai secara agak-agak; atau mengagak. "Mentafsir" pula bermaksud menerangkan atau menjelaskan maksud ayat Quran atau hadis, atau memberikan penjelasan atau menghuraikan sesuatu perkara. Tuan/puan boleh melayari www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat berkaitan bahasa atau makna perkataan. | Lain-lain | 16.11.2016 |
Salam sejahtera, Yang manakah perkataan yang betul? 1)Menafsir atau mentafsir? 2)Mengenal pasti atau mengenalpasti? Harap dapat membantu. Terima kasih. | Ejaa yang betul ialah 1. mentafsir, 2. mengenal pasti. | Ejaan | 14.10.2010 |
Perkataan yang manakah betul? a) menaksir b) mentaksir | Kedua-dua perkataan "menaksir" dan "mentafsir" adalah betul. "Menaksir" bermaksud mengira atau menghitung jumlah, manakala "mentafsir" bermaksud menerangkan, menjelaskan atau menghuraikan sesuatu perkara. | Ejaan | 18.11.2016 |
1. Apakah punca-punca yang boleh menyebabkan seseorang murid gagal menguasai kemahiran membina dan mentafsir ayat dalam penulisan Bahasa Melayu. 2. Bagaimanakah cara- cara untuk mengatasi masalah kegagalan murid menguasai kemahiran membina dan mentafsir ayat dalam penulisan Bahasa Melayu. | Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kami kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Kami mencadangkan saudara merujuk buku atau makalah yang berkaiatan dengan tajuk untuk memudahkan saudara menyiapkan tugasan tersebut. Sila layari laman web kami, tuliskan tajuk yang berkaitan dengan tugasan dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran. | Lain-lain | 05.04.2013 |
apakah maksud kognitif? | Kognitif bermaksud berkaitan dengan kognisi, iaitu proses mental untuk mentafsir,mempelajari dan memahami sesuatu. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 803. | Makna | 05.04.2008 |
mohon khidmat nasihat bagi terjemahan ayat "Pressure cooked soup" dalam Bahasa Malaysia. CARIAN KATA tidak dapat mentafsir maksud ayat tersebut. Terima kasih! | Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah sup yang dimasak dalam periuk tekanan. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.02.2017 |
kesan, faktor isi ruah dan status pemakanan ke atas kognisi kanak-kanak orang asli | kognisi - cognition kognitif - cognitive kognisi - proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu kognitif - berkaitan dengan kognisi | Lain-lain | 06.06.2007 |
sya ingin mengetahui maksud bagi perkataan kognitif dan psikomotor. | Psikomotor ialah istilah psikologi, iaitu pergerakan tubuh yg berkaitan dgn aktiviti mental. Kognitif berkaitan dgn kognisi, iaitu proses mental utk mentafsir, mempelajari, dan memahami sesuatu. | Makna | 30.07.2007 |
IMPLANTED DEFIBRILLATOR TESTING involving electrocardiography, assessment of pacing and sensing thresholds for pacing and defibrillation electrodes, download and interpretation of stored events and electrograms, including programming when required Adakah betul penterjemahan berikut: UJIAN DEFIBRILATOR DITANAM yang melibatkan elektrokardiografi, penilaian perentak dan ambang pengesan untuk perentak dan elektrod defibrilator, muatturun dan interpretasi bagi peristiwa tersimpan dan elektrogram, termasuk membuat program bila perlu | Terjemahan yang sesuai ialah Ujian defibrilator implan melibatkan elektrokardiografi, penilaian perentak dan ambang pengesan untuk elektrod perentak dan elektrod defibrilasi, memuat turun dan mentafsir peristiwa tersimpan dan elektrogram, termasuk pengaturcaraan apabila diperlukan. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.02.2017 |
Apakah maksud pantun di bawah ini?: Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata | Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata Pantun ini boleh ditemui dalam buku Kurik Kundi Merah Saga dalam bilangan 2806. Dalam buku tersebut, pantun di atas dikategorikan dalam 'Adat'. Walau pun begitu, pantun ini boleh juga dianggap sebagai pantun kiasan kerana maksud baris 'Kata tuan pinang bergigit/Kapur bercampur air mata' boleh ditafsir dalam pelbagai makna. Secara umum, KNB DBP mentafsir maksud pantun ini adalah tentang perasaan duka atau sesal yang dialami seseorang atau indivudu kerana melakukan perbuatan yang tidak berfaedah. Perbuatan mengigit pinang tentu sahaja satu perbuatan yang tidak betul kerana pinang yang mempunyai rasa yang kelat tidak dimakan. Justeru, akibat perbuatan tersebut, tentu sahaja seseorang yang mengigit pinang akan mengeluarkan air mata seperti keadaan seseorang memotong bawang. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 19.10.2009 |