Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menyebar­kan secara meluas, menyebarkan dgn berbagai-bagai cara sehingga diketahui dsb di merata tempat: jenama dan cap dagangan disebar-luaskan melalui media massa spt iklan di radio, televisyen, dan pawagam; ~ senarai istilah, ejaan, dan maklumat bahasa kpd para pengguna bahasa di sektor awam, institusi pengajian tinggi, dan sektor swasta; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : me­nye­barkan sesuatu secara meluas; menyebarkan sesuatu dgn berbagai-bagai cara sehingga diketahui di serata tempat: Usaha utk ~ maklumat itu sedang giat dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menyebar luas atau menyebarluaskan ?Jawapan yang betul ialah menyebarluaskan.Ejaan30.03.2010
Huraian bagi bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi, dan bahasa rasmi.Bahasa ilmu ialah bahasa yang berperanan sebagai wahana untuk menyebarluaskan ilmu, pengetahuan dan maklumat kepada pengguna. Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam komunikasi antara masyarakat pelbagai kaum dan berperanan sebagai alat perpaduan dalam usaha menyatukan rakyat pelbagai kaum. Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam semua bentuk urusan rasmi dan menjadi bahasa kebangsaan kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan negara ini. Dalam hal ini bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita.Makna08.07.2007
Assalamualaikum, Saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah? Terima kasih.Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah bahasa yang berperanan sebagai wahana untuk menyebarluaskan ilmu, pengetahuan dan maklumat kepada pengguna.Lain-lain24.07.2012
Apakah peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka dalam memartabatkan Bahasa Melayu dan apakah masalah yang timbul di kalangan masyarakat hari ini tentang penggunaan Bahasa MelayuMemang banyak peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu. Ini diterjemah dan dimanifestasikan dalam hala tuju DBP sendiri seperti yang dinyatakan dalam fungsi dan dasarnya. Antaranya menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. Masalah dan kekangan yg timbul ialah terdapat golongan yang berpandangan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang maju dan bersifat saintifik. Tetapi kita jangan lupa bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca suatu ketika dahulu yang dituturkan dan digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh golongan pedagang, golongan agama, golongan pemodal di nusantara ini. Bahasa Melayu kini telah dituturkan oleh masyarakat di negara ini sebagai bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dsb. T.kasih. Lain-lain12.07.2008
peranan dbp secara terperinciSumbangan DBP dalam pembinaan bahasa Melayu telah bermula  selepas penubuhannya pada tahun 1956. DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai  bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. Sila rujuk laman web DBP dan Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan  maklumat lanjut. Bagi maksud penggunaan bahasa Melayu dan bahasa malaysia, selagi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,  bahasa Melayu masih menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, maka penggunaan bahasa Melayu masih kekal. Namun, bagi maksud komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping bahasa Melayu. Sekiranya sdr ingin maklumat yang lebih terperinci, sdri perlu mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP.Lain-lain20.07.2008
Apakah sumbangan dewan bahasa dan pustaka terhadap pembinaan Bahasa Melayu?Sumbangan DBP dalam pembinaan bahasa Melayu telah bermula  selepas penubuhannya pada tahun 1956. DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai  bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. Sila rujuk laman web DBP dan Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan  maklumat lanjut. Bagi maksud penggunaan bahasa Melayu dan bahasa malaysia, selagi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,  bahasa Melayu masih menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, maka penggunaan bahasa Melayu masih kekal. Namun, bagi maksud komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping bahasa Melayu. Sekiranya sdr ingin maklumat yang lebih terperinci, sdri perlu mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP.Lain-lain04.06.2008
Mengapakah DBP memutuskan untuk menggunakan istilah lohong hitam untuk padanan 'black hole' dan bukannya 'lubang hitam'. Adakah terdapat maklumat tentang keputusan tersebut daripada bahagian pembentukan istilah?

Keputusan memilih istilah tersebut ditetapkan oleh Jawatankuasa Istllah yang dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan. Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka selaku urus setia akan menyusun dan menyebarluaskan istilah yang telah diputuskan melalui media cetak (penerbitan Glosari) dan media elektronik (PRPM- Pusat Rujukan Persuratan Melayu).

Istilah12.04.2019
apakah peranan DBP dalam pengantarabangsaan bahasa melayu? bagaimanakah caranya? apakah peranan MABM? peranan pihak-pihak kerajan?Sumbangan DBP dalam pembinaan bahasa Melayu telah bermula  selepas penubuhannya pada tahun 1956. DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai  bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. DBP juga turut menyebarkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa khususnya melalui MABM. Sila rujuk laman web DBP dan Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan  maklumat lanjut. Lain-lain27.12.2008
apakah peranan DBP dalam perancangan bahasa?Sumbangan DBP dalam perancangan bahasa telah bermula  selepas penubuhannya pada tahun 1956. DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai  bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. DBP juga turut menyebarkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa khususnya melalui MABM. Sila rujuk laman web DBP dan Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan  maklumat lanjut. Lain-lain01.06.2010
Bagaimanakah karya-karya kreatif yang berkualiti dalam bahasa melayu mampu memartabatkan bahasa melayu?Pemartabatan bahasa Melayu melalui karya kreatif telah bermula pada kurun ke-15. Pada masa itu, karya-karya kreatif klasik seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-Raja Pasai dan lain-lain telah mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa persuratan tinggi di Kepulauan Melayu. Dalam konteks masa kini, karya-karya kreatif sastera seperti puisi, cerpen, novel, pantun, seloka, gurindam, dan lain-lain menjadi wahana bagi menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, penghayatan bahasa Melayu melalui karya kreatif ini secara tidak langsung memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa budaya tinggi.Lain-lain06.05.2010
12

Kembali ke atas