Dua orang wanita itu dipanggil untuk mengecam/mengecamkan penjenayah yang merompak mereka. mengecam dalam kamus dewan seolah-olah ada maksud yang sama? | Ayat yang betul dari segi tatabahasa ialah Dua orang wanita itu dipanggil untuk mengecamkan penjenayah yang merompak mereka. Perkataan mengecam dalam Kamus Dewan membawa maksud yang sama. | Tatabahasa | 02.07.2008 |
Apakah pengertian Jenayah? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jenayah ialah perbuatan ~ kejahatan (spt mencuri, merompak, membunuh, dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminil: polis menganggap perkara itu sbg satu perbuatan ~ yg nekad; ~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri, merompak, menipu, pecah amanah, dll); ~ kolar putih (perbuatan) jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg berkedudukan penting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~ komputer jenayah yg dilakukan dgn menggunakan sistem komputer utk mencuri maklumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah; | Makna | 07.06.2009 |
istilah atau maksud "PERBINCANGAN" | Maknanya ialah perihal berbincang: di situ saya dengar ~ mereka hendak merompak kedai intan berlian. | Makna | 17.11.2009 |
DEFINISI TENTANG JENAYAH RAGUT | Menurut Kamus Dewan, "Jenayah biasanya dikaitkan dengan perbuatan, kejahatan seperti mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain atau perbutan yang salah disisi undang-undang. " Menurut Kamus Dewan, Ragut;meragut "- ialah menarik (menyentak,merabut,mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan. Jenayah ragut boleh ditakrifkan sebagai menarik, menyentak,merabut atau mencabut, kebiasaannya dikaitakan dengan tas tangan dan lazimnya perbuatan ini salah dan tanpa kerelaan mangsa. | Makna | 21.08.2006 |
makna atau istilah yang betul berkaitan dengan perkataan "JENAYAH" | Merujuk Kamus Dewan, jenayah bermaksud perbuatan jahat (seperti mencuri, merompak, membunuh, dan lain-lain) yang salah di sisi undang-undang. | Makna | 15.06.2010 |
Definisi Pecah Rumah dan Definisi Rompak elh kamus DBP | Merujuk Kamus Dewan ialah menyamun. Pecah rumah pula ialah memasuki rumah utk merompak. | Makna | 02.12.2008 |
Adakah perkataan "antara" boleh digunakan pada awal ayat? Saya mendapati kebanyakan guru bahasa Melayu kini melaranb penggunaan "antara" di awal ayat. Contohnya: Antara punca buli ialah... | Penggunaan Kata Sendi Nama "Antara" Perkataan “antara” adalah kata sendi nama yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Kata sendi nama “antara” boleh digunakan pada awal ayat bagi menerangkan: - Perbandingan
- Merujuk dua atau beberapa orang, benda, keadaan dan sebagainya yang dibuat perbandingan
- Terbatas kepada
- Sementara atau dalam pada
- Kira-kira atau lebih kurang
Contoh ayat: - Antara Johan dengan Saiful seperti langit dengan bumi. (perbandingan)
- Antara dia dengan Jalil sahaja yang tahu rahsia itu. (terbatas kepada)
- Antara berbuat kubu, maka orang Melaka datang keluarlah melanggar. (sementara atau dalam pada)
- Antara sepuluh orang tertangkap kerana merompak. (kira-kira atau lebih kurang)
- Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaan. (perbandingan)
Berdasarkan huraian di atas, penggunaan kata sendi nama “antara” pada awal ayat dalam contoh yang diberikan iaitu, “Antara punca buli ialah …” adalah betul dan boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 284 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 114. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 14.05.2025 |