1. Adakah panggilan untuk Nenek ialah Nenda atau Nenenda? 2. Bagaimana pula panggilan untuk Datuk? Adakah Nenda juga atau Nenekanda atau panggilan lain? Terima kasih. | Nenda ialah kependekkan bagi nenenda merujuk panggilan kepada nenek dan datuk. Panggilan yg biasa dalam masyarakat ialah nenekanda, sementara nenenda dan nenda ialah bahasa halus utk nenek dan datuk yang biasanya digunakan dalam surat-menyurat. Sila rujuk kamus Dewan edisi Keempat ms 1076. | Makna | 08.01.2007 |
Tuan/Puan, saya ingin bertanyakan penggunaan kata yang sesuai jika menulis surat kiriman tidak rasmi kepada ahli keluarga (seperti kakanda dan adinda). Jika begitu, adakah ini bermaksud sebarang penggunaan kata untuk ahli keluarga lain (jika disebut dalam surat) perlu menggunakan kata panggilan zaman dahulu seperti ayahanda, bonda, nenda, dan sebagainya? Terima kasih. | Dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi, penggunaan kata panggilan seperti ayahanda, bonda, adinda dan lain-lain menunjukkan kemesraan dan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga. Penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada penulis dan melihat keseragaman dalam penulisan surat. | Tatabahasa | 24.10.2013 |
Assalamualaikum dan apa khabar? Saya ingin meminta jasa baik Tuan/Puan untuk menyenaraikan kata - kata panggilan hormat bahasa halus seperti ayahanda, ibunda, bapanda (walaupun arkaik) yang berakhir dengan -anda, -nda, -da yang terakam dalam kamus dewan. Saya mencuba carian bestari di laman PRPM tetapi gagal. Saya ucapkan ribuan terima kasih jika pihak DBP sudi membantu saya. | Kata panggilan hormat yang lazim digunakan dan terakam dalam Kamus Dewan ialah seperti ayahanda, ibunda, bapanda, kakanda, dinda, anakanda, bonda, nenda dan baginda. | Tatabahasa | 21.10.2018 |