Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata obsess


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah kata "obsess" boleh diterjemah menjadi "obses", dan "obses" dapat berfungsi menjadi kata kerja? Atau "obsess" diterjemah menjadi "obsesi", akan tetapi obsesi itu kata nama. Atau ada perkataan yang lebih tepat untuk menterjemah kata obsess? terima kasihMenurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1554, “obses” merupakan kelas kata adjektif yang bermaksud asyik atau sentiasa memikirkan atau mengenangkan sesuatu, manakala “obsesi” merupakan kelas kata nama yang bermaksud keinginan atau kebimbangan yang keterlaluan terhadap seseorang atau sesuatu.Tatabahasa13.05.2025
Salam. Berdasarkan carian kata di PRPM, Obsess membawa maksud terlalu memikirkan sesuatu; menghantui. 1) Jika dalam contoh ayat, "She is obsessed with cartoon," bolehkah diterjemahkan Obsessed sebagai taksub? 2) Apa pula penerangan bagi perkataan Taksub? Ia tiada dalam PRPM. 3) Menurut PRPM, Obsession pula diterjemahkan sebagai obsesi, jadi mungkin boleh dipertimbangkan terjemahan ini, Obsess (BI) --> Obses (BM). Salam.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "taasub" bermaksud kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik. Padanan bahasa Inggeris untuk "taasub" ialah doctrinaire. Istilah "obses" tidak ada dalam bahasa Melayu, yang diterima pakai ialah "obsesi" yang bermaksud  sesuatu yang sentiasa meng­ganggu atau menghantui fikiran seseorang.Makna04.11.2016

Kembali ke atas