Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lantaran itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah penggunaan "oleh yang demikian" dalam penulisan itu adalah salah jika terus digunakan? mohon penjelasan..terima kasih.Untuk makluman, kata-kata "oleh yang demikian" boleh digunakan untuk menerangkan sebab berlakunya sesuatu.
Tatabahasa26.11.2015
Oleh yang demikian, bilakah perkataan "adalah" boleh digunakan dalam sesuatu ayat?Harap pihak puan dapat memberikan beberapa contoh.Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: 1)Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar Bandar. 2)Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan.Tatabahasa31.10.2011
oleh hal demikian atau oleh sabab hal demikianMengikut Kamus Dewan Edisi Empat, kata demikian bermaksud begitu,begini,seperti itu. Oleh yang demikian bermaksud oleh(hal)yang begitu. Ungkapan biasa yang digunakan ialah oleh yang demikian.Lain-lain06.01.2008
1- Penggunaan perkataan DENGAN & DAN… *Bolehkah perkataan DENGAN & DAN digunakan pada permulaan ayat? 2- Penggunaan justeru *Justeru atau justeru itu…. Yang manakah lebih tepat penggunaannya? 3- Oleh yang demikianOleh yang demikian atau oleh hal yang demikian, yang sesuai digunakan? 4- Bersama dan bersama-sama • Saya bersama Ali pada ketika ini. • Saya bersama-sama dengan Ali pada ketika ini *Adakah ayat yang digunakan tersebut betul, dan apakah perbezaan antara kedua-duanya?

1. Dengan boleh digunakan di permulaan ayat, contohnya: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa ..., manakala dan berfungsi untuk menghubungkan dua klausa atau lebih, oleh itu dan tidak digunakan di permulaan ayat.

2. Penggunaan yang lebih tepat ialah justeru.

3. Penggunaan yang paling sesuai ialah oleh yang demikian.

4. Yang paling tepat ialah bersama dengan atau bersama-sama.

Tatabahasa17.04.2009
boleh beri penjelasan tentang penggunaan oleh yang demikian dan hal in demikian kerana

Kedua-dua ungkapan tersebut boleh digunakan untuk menerangkan sebab berlakunya sesuatu.

Tatabahasa02.11.2008
Aturcara satu atau dua perkataan?

Saudara Yaya,

Perkataan ini merupakan kata majmuk. Oleh yang demikian perkataan ini dieja sebagai dua perkataan, iaitu atur cara. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  

Ejaan17.06.2009
Apakah sebabnya "oleh yang demikian" sesuai digunakan, manakala "oleh hal yang demikian" kurang sesuai digunakan?Frasa yang betul ialah "oleh hal yang demikian", "oleh" ialah kata nama yang hadir sebelum kata nama "hal". Namun, banyak penggunaan dalam wacana menggugurkan kata nama "hal" dan beranggapan kedua-dua frasa setara.Tatabahasa12.08.2014
Adakah perkataan menggalakkan mempunyai dua huruf "g"?Perkataan galak apabila menerima imbuhan meN menjadi menggalakkan (meng + galak + kan). Oleh yang demikian perkataan tersebut mempunyai dua huruf g.   Ejaan26.03.2009
Apakah perbezaan penggunaan "dengan itu", "dengan demikian", "oleh itu", "oleh yang demikian"Penanda wacana dengan itu, oleh hal yang demikian, dengan demikian, oleh itu merupakan penanda wacana penghubung musabab. Tiada perbezaan antara penanda wacana dalam jenis yang sama cuma kesesuaian penggunaan bergantung pada konteks ayat. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 527.Tatabahasa30.10.2014
Akmi ingin memohon papan iklan dari pihak DBKL, oleh yang demikian minta pihak tuan untuk menyemak yang dikemukan dalam fail seperti dibawah. semakan segera dari pihak tuan. Terima kaihPenggunaan bahasa Melayu terlalu minimum dalam iklan tersebut. Tek/ayat bahasa Inggeris perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Untuk pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain12.07.2012
12345678910...

Kembali ke atas