Pohon beri terjemahan dan penjelasan perbezaan "output", "outcome" | Output ialah hasil pengeluaran, keluaran. outcome pula ialah hasil. | Istilah | 14.10.2009 |
Yang mana satu ayat yang betul (i) Kumpulan saiz output @ (ii) Saiz kumpulan output | Kedua-dua frasa tersebut adalah betul, penentuan berdasarkan yang manakah hendak ditekankan sama ada kumpulan atau saiz. | Tatabahasa | 06.04.2011 |
Boleh terangkan dengan jelas perbezaan istilah output dan outcome dan jika boleh kaitkan dengan contoh dalam bidang pendidikan ? Terima kasih... | Encik Abdul Razak, Makna output ialah hasil pengeluaran, keluaran: pd masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri drpd 80% jumlah ~ industri; 2. (Komp) hasil pemprosesan data oleh komputer; 3. (Fiz) isyarat yg diperoleh drpd litar elektronik; ~ data data yg boleh dikeluarkan oleh sesuatu peranti komputer; ~ grafik hasil janaan komputer dlm bentuk cetakan atau plot grafik; manakala makna outcome ialah hasil: whether he gets the job depends on the ~ of the exams, sama ada dia mendapat kerja itu atau tdk, bergantung pd keputusan peperiksaan tersebut; we must wait on the ~ of the talks, kita mesti menunggu hasil perundingan itu. Perkataan outcome boleh juga bermaksud akibat. Oleh yang demikian, dalam konteks pendidikan sekadar contoh, boleh membawa maksud keluaran atau produk yang bagaimana yang ingin dihasilkan oleh sistem pendidikan kita dan akibatnya apabila sesuatu sistem atau peraturan dilaksanakan. | Makna | 23.03.2010 |
1. Adakah perkataan bahasa Inggeris 'input' dan 'output' boleh digunakan dalam bahasa Melayu secara langsung tanpa diterjemahkan. Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk menggantikan kedua-dua perkataan ini. 2. Apakah terjemahan untuk perkataan 'role model' dalam bahasa Melayu? Terima Kasih | Puan Makheran, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. input dan output boleh digunakan dalam bentuk istilah, manakala dalam bahasa Melayu ia boleh diterjemahkan kepada sumber yang diperlukan bagi input manakala output diterjemahkan sebagai hasil pengeluaran. Manakala role model pula boleh diterjemahkan kepada suri teladan. Terima kasih. | Istilah | 29.06.2009 |
Salam sejahtera, Manakah terjemahan yang sesuai digunakan bagi "Stacker"? a) Penindan b) Petak c) Lain-lain (sila nyatakan pendapat anda) Contoh ayat: High Capacity Stacker Maksud: Dulang output mesin pencetak yang boleh menyimpan kertas berkapasiti tinggi. Kertas output boleh dikeluarkan menggunakan kart di dalam "stacker". Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih. | Sila rujuk bentuk peralatan yang sebenar. Stacker boleh diterjemahkan kepada penindan jika bentuk peralatan tersebut bertindan, jika sebaliknya stacker boleh diterjemahkan kepada petak. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.06.2015 |
Antara 'pengkomputeran' dan 'pengkomputan', yang mana satu patut diguna? Kategori http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Peranti_output_pengkomputan wujud di Wikipedia. Tapi betulkah namanya? Atau sepatutnya 'Peranti output pengkomputeran'? Saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Kata/frasa yang betul ialah pengkomputeran dan Peranti Output pengkomputeran. | Tatabahasa | 14.10.2011 |
Assalamualaikum dan Selamat pagi. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Soalan: Ayat dalam bahasa inggeris untuk menerangkan selang kelas bagi nilai output atau pun nilai harta adalah | Harap maaf. Khidmat Bahasa DBP tidak memberi perkhidmatan penterjemahan. Kami memberi nasihat bahasa terhadap terjemahan yang telah dibuat. | Lain-lain | 13.05.2011 |
Saya ingin bertanya penulisan yang betul bagi perkataan Inggeris dalam ayat Bahasa Melayu. Adakah perlu diitalickan walaupun telah dikurungkan dalam ()? Cth: Boleh dipercayai (Reliable) Pendekatan Amalan baik (Best Practice Approach) RAM (Random Access Memory) Terma Rujukan (Term of Reference - TOR) Soalan kedua: Input / Output perlu diitalickan atau tidak sekiranya digunakan dalam ayat B.M? Bagaimana cara penulisan yang betul? Mohon nasihat daripada yang pakar. Terima kasih. | Perkataan bahasa Inggeris tidak perlu diitalikkan sekiranya telah diletakkan tanda kurung. Penggunaan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang mesti diitalikkan adalah sekiranya dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau bahasa asing lain. Perkataan input dan output tidak perlu diitalikkan kerana telah diterima sebagai istilah yang rasmi dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 11.10.2012 |
Salam. Saya merujuk semula pertanyaan saya pada 29/03/2010 berhubung terjemahan bagi istilah EXTRUDATE yang tiada dalam carian. Dalam bidang kejuruteraan & teknologi penyemperitan, istilah ini sering digunakan tatkala merujuk kepada 'hasil atau output daripada proses penyemperitan'. Jika saya menulis EKSTRUDAT sebagai istilah Bahasa Melayu, adakah ini dibolehkan...? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "ekstrudat" dalam bahasa Melayu. Bentuk yang diterima ialah "ekstrud". Oleh itu, padanan yang dicadangkan untuk mengekstrud. | Istilah | 10.12.2013 |
Apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai untuk menterjemah istilah "Turnaround Time". Maksud untuk istilah berkenaan ialah "the total time taken between the submission of a program for execution and the return of the complete output to the customer" | Istilah bahasa Melayu untuk "turnaround time" ialah masa pusing balik. Istilah ini terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. | Istilah | 28.02.2013 |