Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. parcel, bungkusan: there is a ~ for you at the post office, ada satu bungkusan utk kamu di pejabat pos; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. make into a package, membungkus: he ~d the documents and put them in the safe(Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. (US) packet, paket; 3. also package deal, pakej: the government announced a fresh ~ to end the dispute, kerajaan mengumumkan satu pakej baru utk menamatkan perbalahan itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : dia membungkus dokumen-dokumen itu dan meletakkannya di dlm peti besi; 2. place in package for selling, membungkus, mengepek: the chocolates are attractively ~d, coklat itu dibungkus dgn menarik; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata package


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya apakah perkataan translasi yang sesuai untuk "Easy-Entry Package"? "Easy-Entry Package" ialah 1 pakej baru yang kami perkenalkan untuk pembeli hartanah SEDC.

Terjemahan yang sesuai untuk "Easy-Entry Package" dalam bahasa Melayu ialah pakej kemasukan mudah. 

 

 

Istilah24.02.2009
Apakah terjemahan bagi istilah 'over flow package'? (Kategori: Kejuruteraan). Sekian, terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak mempunyai terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan "over flow package". Mungkin tuan/puan boleh memberikan konsep supaya lebih jelas untuk kami lihat jika ada padanan yang sesuai dengan perkataan tersebut.Istilah03.12.2015
Apakah terjemahan yang sesuai bagi ' multiple head package'? (kejuruteraan) Sekian, terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak mempunyai terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan "multiple head package". Mungkin tuan/puan boleh memberikan konsep supaya lebih jelas untuk kami lihat jika ada padanan yang sesuai dengan perkataan tersebut.Istilah03.12.2015
Kami telah membuat carian berkenaan perkataan “open-end” di PRPM dan mendapati padanan yang dibuat adalah “hujung terbuka”. Walau bagaimanapun, dalam konteks peruntukan di bawah ini kami berpandangan bahawa padanan “bahagian terbuka” adalah lebih tepat. Bolehkah padanan “bahagian terbuka” digunakan bagi maksud ini? “16. (3) For the purposes of paragraph (1)(a), a package shall be deemed to have been sealed if— (a) …;and (b) in the case of paper package, the open end of such package has been folded over and such fold is secured in position by an adhesive tape or other effective means. (3) Bagi maksud perenggan (1)(a), sesuatu bungkusan hendaklah disifatkan telah tertutup jika— (a) …; dan (b) dalam hal bungkusan kertas, bahagian terbuka bungkusan itu telah dilipatkan dan lipatan itu dilekatkan pada tempatnya dengan kertas pelekat atau dengan apa-apa cara lain yang berkesan.”.
Berdasarkan semakan PRPM, padanan istilah "open-end" dalam bahasa Melayu ialah "hujung terbuka; terbuka".

Bagi terjemahan ayat mengikut konteks, cadangan sesuai bagi frasa "open end of such package" ialah "hujung terbuka pada bungkusan tersebut". Terjemahan bergantung kepada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.


Lain-lain28.05.2021
Saya ingin mencari translation LED Packaging yang berlandaskan saintifik/industri. Packaging yang dimakusdkan ada lah seperti rekabentuk package sesuatu komponen. Pembungkusan adalah translation yang tidak selari dengan maksud sebenar.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah pakej LED. Istilah20.06.2008
Padanan perkataan “pictorial representation” ialah “representasi bergambar”? Bolehkah perkataan imbuhan ditambahkan bagi perkataan “representasi” menjadikan “merepresentasi” dan “direpresentasi” bagi perkataan “represented” dalam ayat di bawah ini. “338(3) Every package containing vinegar, distilled vinegar or blended vinegar shall not include a pictorial representation or design in the label depicting the substance from which the vinegar may be prepared unless at least 60 per cent of the vinegar contained therein has been prepared from the substance represented. (3) Tiap-tiap bungkusan yang mengandungi cuka, cuka suling atau cuka sebatian tidak boleh memasukkan pada labelnya suatu representasi bergambar atau reka bentuk yang menggambarkan bahan dari mana cuka itu diperoleh melainkan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada cuka yang terkandung di dalamnya telah disediakan daripada bahan yang dinyatakan itu.”.

Kekalkan ayat tanpa imbuhan dan betulkan kepada Tiap-tiap bungkusan yang mengandungi cuka, cuka suling atau cuka sebatian tidak boleh memasukkan representasi bergambar atau reka bentuk pada labelnya yang menggambarkan bahan dari mana cuka itu diperoleh melainkan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada cuka yang terkandung di dalamnya telah disediakan daripada bahan yang dinyatakan itu.

Tatabahasa07.07.2021
Adakah padanan “nearest multiple” dalam ayat di bawah ini betul dari sudut padanannya iaitu “gandaan yang terhampir”? 393A.(9) The following details shall be written in the label on a package of low sodium food or very low sodium food excluding salt substitutes: (a) the sodium content of the nearest multiple of 5 mg/100 g and, in addition, per as specified serving of the food as normally consumed; (9) Butir-butir yang berikut hendaklah ditulis pada label di atas suatu bungkusan makanan natrium rendah atau makanan natrium sangat rendah tidak termasuk garam pengganti: (b) kandungan natrium kepada gandaan kandungan 5 mg/100 g yang terhampir dan sebagai tambahan, bagi setiap hidangan yang ditentukan bagi makanan itu sebagaimana yang lazimnya dimakan;Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi "nearest multiple" ialah gandaan terhampir.Penyemakan dan penterjemahan27.07.2021
Assalmualaikum DBP. Saya hendak memohon bantuan untuk mencari padanan terjemahan dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat "computing the dips" berdasarkan petikan di bawah: In applying the lexicostatistical techniques developed from the basic assumptions, the steps are: collecting of comparable word lists from the relatively stable core vocabulary; determining the probable cognates and; computing the time depth; computing the range of error; and, optionally, computing the dips.

DIP ialah “dual in-line package“ yang bermaksud bungkusan dwibaris (DIP), manakala computing daripada bidang teknologi maklumat ialah pengkomputeran. Maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi “computing the dips” ialah pengkomputeran bungkusan dwibaris (DIP)

Makna08.06.2021

Kembali ke atas