Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paling

Puisi
 

Kalau tuan mandi telaga,
     Timba air dalamlah pasu;
Pandailah sungguh adik meneka,
     Yang paling tinggi ialah nafsu.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah paling tepat, 'yang paling anda suka' atau 'yang anda paling suka'?. Terima kasih.

Ungkapan yang betul ialah 'Yang anda paling suka'.

Tatabahasa26.01.2011
Bolehkah "paling" dan "sekali" digunakan serentak, seperti : paling cantik sekali ??Penanda darjah penghabiasan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan.Frasa paling cantik sekali tidak boleh digunakan secara serentak.

Binaan darjah penghabisan boleh menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas "amat", "sangat" atau "sungguh" yang hadir sebelum kata adjektif.
Tatabahasa16.07.2013
Terjemahan berikut betul atau salah? Arrange the leaves from the longest to the shortest. Susunkan daun-daun daripada yang paling panjang ke yang paling pendek.

Puan Azeelia,

Ayat yang betul ialah, susunkan daun daripada yang paling panjang hingga ke yang paling pendek.

Tatabahasa24.06.2010
Soalan 1 - Adalah paling dapat digunakan bersama sekali contohnya (paling baik sekali). Soalan 2 - Apakah perbezaan antara sebahagian dengan sebahagian daripada. Terima kasih, Tuan/Puan.'Paling' tidak dapat hadir bersama 'sekali'. Jadi, yang betulnya ialah paling baik. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tabahasa Dewan Edisi Baharu. 2. 'sebahagian' dan 'sebahagian daripada' adalah sama.Tatabahasa18.09.2008
Bolehkan kata penguat bebas amat/sangat/sungguh digunakan bersama-sama dengan kata sekali dalam satu ayat yang sama? Contoh amat cantik sekali. Setahu saya jika kita menggunakan kata sekali dengan paling (contoh: paling cantik sekali) adalah salah.Kata penguat bebas iaitu amat, sungguh dan sangat boleh digunakan dengan perkataan sekali. Manakala kata penguat hadapan iaitu sekali dan paling, hanya boleh digunakan salah satu antaranya dalam sesuatu perkataan. Contohnya rumah batu di hujung kampung itu paling cantik atau rumah batu di hujung kampung itu cantik sekali. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan hal. 247 dan 397 untuk keterangan lanjut.Tatabahasa05.12.2006
Penggunaan kata penguat paling; bolehkah ia digunakan dengan perkataan sekali. ch: Petronas towers adalah bangunan yang paling tinggi sekali di Malaysia.Kata penguat paling tidak perlu lagi diikuti dgn kata kata penguat sekali, oleh itu memadai ayat tersebut; Menara Petronas merupakan bangunan yang paling tinggi di Malaysia.Tatabahasa07.07.2008
bagaimanakah menggunakan perkataan 'afdal'? pelajar sering menulis perkataan ini dalam setiap perenggan pertama. Misalnya, langkah yang paling afdal, idea yang paling afdal. Adakah perkataan ini sesuai untuk di perenggan pertama? hal ini disebabkan afdal itu bermakna paling penting. Pelajar sering menggunakan perkataan ini. Ada guru tidak setuju penggunaan perkataan ini kerana perkataan ini untuk laras agama.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan afdal bermaksud lebih utama; terutama. Dalam ayat yang dikemukakan penggunaan perkataan afdal kurang sesuai. Perkataan afdal biasanya lebih sesuai dalam ayat laras agama.Tatabahasa07.05.2008
Selamat sejahtera,Apa khabar? Saya ingin bertanya ttg penggunaan kata adjektif yg betul. Tolong terangkan penggunaan 'paling 'yg betul dlm ayat. Adakah ayat -2 di bawah betul? 1. Bilal ialah budak yang paling tinggi sekali di dalam kelas 4M. 2. Bilal ialah budak yang paling tertinggi sekali di dalam kelas 4M. Bolehkah paling dan sekali dalam ayat? Ayat 2: 1) Semua biri-biri yang diternak oleh Ali gemuk. 2) Semua biri-biri yang diternak oleh Ali gemuk-gemuk belaka. Bolehkah perkataan belaka ditulis bersama perkataan tak berganda cth: gemuk belaka?Bgmanakah penggunaan belaka dalam ayat?TQSdr. sowlili, perkataan paling telahpun menunjukkan darjah tertinggi dalam perbadingan sesuatu benda seperti contoh dalam ayat ini. Oleh itu paling tinggi sekali dianggap tidak gramatis. cukup jika ditulis paling tinggi sahaja.Manakala belaka semuanya atau seluruhnya sekali (tidak ada kecualinya): manusia di dlm hutan itu habis mati ~; ia bercakap sangat manis, pd hal hanya cakap dusta ~.Tatabahasa05.12.2007
Apakah perkataan yang paling panjang dalam bahasa Melayu yang pernah direkodkanTidak ada sumber rujukan DBP yang merekodkan perkataan bahasa Melayu yang paling panjang.Oleh itu, kami sarankan saudara merujuk Kamus Melayu untuk melihat kata Melayu yang paling panjang sama ada kata dasar atau kata terbitan.Lain-lain03.07.2008
Selamat sejahtera, 1. Bolehkah penjodoh bilangan "pucuk" digunakan untuk senapang? 2. Adakah frasa "paling terkenal" betul? 3. Bolehkah frasa "teramat pandai" digunakan? Terima kasih! =)

1. Penjodoh bilangan untuk senapang ialah laras, selaras senapang. 

2. Frasa paling terkenal betul, paling + kata adjektif (terkenal). 

3. Frasa teramat pandai boleh digunakan, ter + amat + kata adjektif (pandai).

Untuk maklumat lanjut soalan no. 2 dan 3, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 245.

Tatabahasa06.09.2011
12345678910...

Kembali ke atas