Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n risalah. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pamphlet


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sedang dalam proses melalukan terjemahan 'pamphlet' perubatan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Saya ingin bertanyakan terjemahan bagi 'first-degree relatives' dan 'second-degree relatives' dalam BM. Contoh ayat: First-degree relatives are parents, brothers, sisters and children. Second-degree relatives are aunts, uncles, nieces, nephews and grandparents. Terima lasih.

Saudara Shazween,

Cadangan terjemahan ialah i.  keluarga asas bagi first degree relatives dan ii.  keluarga luas bagi second degree family atau extended family.  

Istilah10.06.2009
Saya ingin bertanya apa perbezaan antara brosur, pamplet, fliers dan buku kecil?Menurut data kami, brosur ialah risalah. Padanan bagi pamphlet dan flyer ialah risalah manakala buku kecil merujuk kepada buku  yang  kecil saiznya (biasanya berkulit nipis) dan mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)Makna01.04.2019
1. Salam. Bagaimana cara bagi menentukan penggunaan di dalam dan dalam? 2. Mengapakah 'dalam kalangan' diguna-pakai? 3. Pun - kedudukannya rapat atau jarak - ataupun / atau pun 4. Adakah bahan terbitan seperti 'pamphlet' untuk dirujuk bersangkutan dengan tatabahasa terkini bahasa Melayu. Terima Kasih.

Puan Norhayati,

Kita menggunakan dalam kalangan kerana di hanya merujuk tempat dan masa. Manakala ataupun dieja sebagai satu perkataan. Bahan rujukan yang paling baik ialah buku tatabahasa Dewan. Mengenai bahan rujukan lain ia memang boleh didapati di bahagian Promosi dan Pengiktirafan di Dewan Bahasa dan Pustaka

Tatabahasa16.08.2010
Maksud yang tepat bagi perkataan-perkataan dibawah:- a.brochure b.pamplet c.banner d.catalog e.flyers f.bunting

a. Brochure (Brosur) : Buku kecil atau risalah yang diterbitkan bagi meningkatkan imej sesuatu organisasi atau kumpulan. Biasanya, buku ini mempunyai halaman hadapan yang menarik.

b. pamphlet : risalah

c. banner - kain rentang iaitu jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan.

d. catalog - katalog iaitu senarai atau daftar nama buku, barang dll dlm susunan tertentu (kadang-kadang terdapat harganya sekali).

e. flyer - risalah iaitu surat edaran (siaran): siaran itu di­­keluarkan dgn rasmi melalui akhbar-akhbar

f. bunting - gegantung iaitu (rangkaian) jalur kain dsb yg digunakan utk menghebahkan sesuatu kegiatan, produk dll.

Untuk makluman, saudara boleh terus membuat carian kata pada ruangan carian spesifik pada paparan utama semasa saudara melayari laman web DBP. Ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh DBP bagi membantu pengguna membuat carian kata dengan cepat dan mudah. Terima kasih.

Istilah17.02.2009

Kembali ke atas