Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Agitated immersion parts washer 2.Inline parts washer 3. One piece flow parts washer 4. Precision parts washer Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Agitated immersion parts washer - Pencuci bahagian rendam teraduk 2. Inline parts washer - Pencuci bahagian sebaris 3. One piece flow parts washer - Pencuci bahagian aliran berterusan 4. Precision parts washer - Pencuci bahagian persis | Istilah | 11.04.2016 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Agitated Immersion Parts Washers 2. Inline Parts Washers 3. One Piece Flow Parts Washers (Bidang: Pembuatan/Pengilangan) Sekian, terima kasih. | 1. Agitated Immersion Parts Washers - Pencuci Bahagian Rendam Teraduk 2. Inline Parts Washers - Pencuci Bahagian Sebaris 3. One Piece Flow Parts Washers - Pencuci Bahagian Aliran Berterusan
| Istilah | 05.04.2016 |
Cadangan istilah dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu untuk 'Parts" di dalam tajuk - "Theft of Accessories and Parts" yang terdapat d dalam dokumen insurans kenderaan. Mohon nasihat DBP untuk mencadangkan istilah yang sesuai untuk "Parts" samada Komponen, Bahagian atau Alat Ganti seperti di bawah:- i) Kecurian Aksesori dan Komponen ii) Kecurian Aksesori dan Bahagian iii) Kecurian Aksesori dan Alat Ganti | Dicadangkan terjemahan bagi Theft of Accessories and Parts ialah Kecurian Aksesori dan Alat Ganti. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2018 |
Dalam konteks industri automotif, apakah istilah yang sesuai diguna pakai untuk aftermarket parts iaitu merujuk kepada alat ganti atau aksesori kenderaan yang dikeluarkan oleh pengeluar yang bukan pengeluar asal kenderaan? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah aftermarket secara umumnya ialah pascapasaran. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 19.01.2024 |
Salam. Penggunaan 'sebahagian daripadanya' dan 'sebahagian darinya'. Contoh terjemahan (BI kepada BM) bagi 'parts thereof'. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "sebahagian daripada...". | Tatabahasa | 27.03.2014 |
Apakah istilah yang sesuai digunakan untuk terjemah perkataan "Teardown"? Cth ayat: Based on our previous teardown video, the holding parts ... Terima kasih. | Cadangan padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan tersebut ialah runtuhan. | Lain-lain | 16.10.2020 |
Salam Hormat, Saya memerlukan istilah yang tepat bagi perkataan inggeris "Metal Stamping Part dan Metal Stamping dies" yang digunakan untuk pembuatan kenderaan. Mohon kerjasama sewajarnya. | Salam Sejahtera. Menurut data kami, tiada istilah untuk perkataan inggeris Metal Stamping Parts dan Metal Stamping dies. Namun begitu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu ialah Alat Ganti Tera Logam untuk Metal Stamping Parts dan Acuan Tera Logam untuk Metal Stamping dies. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 24.07.2017 |
Kami bercadang untuk memadankan perkataan “the pulped part..” dalam ayat di bawah ini sebagai “bahagian berpulpa”. Adakah padanan ini tepat dalam konteks ayat ini. 244. (1) Fruit pulp shall be the pulped parts of raw fruit from which no juice has been extracted. 244. (1) Pulpa buah hendaklah bahagian isi buah mentah yang masih belum diekstrak jusnya. | Cadangan padanan jawapan yang sesuai berdasarkan konteks ayat di atas ialah bahagian berpulpa atau bahagian berisi. | Lain-lain | 30.06.2021 |
Dalam peruntukan di bawah ini, kedua-dua perkataan “pasted” dan “affixed” telah dipadankan dengan perkataan "dilekatkan". Bolehkah perkataan “pasted” dipadankan dengan “ditampalkan” dan “affixed” dipadankan dengan “dilekatkan”? “6. (2) Where a food sample is divided into three parts one of such label as specified in subregulation (1) shall be pasted on each part of the sample while the remaining label is to be affixed to the request for analysis form. (2) Jika sesuatu sampel makanan dibahagikan kepada tiga bahagian satu daripada label yang dinyatakan dalam subperaturan (1) hendaklah dilekatkan pada tiap-tiap bahagian sampel itu manakala label yang tinggal hendaklah dilekatkan pada borang permintaan bagi analisis.”. | Padanan bahasa Melayu yang diberikan bagi "pasted" sebagai ditampalkan dan "affixed" sebagai dilekatkan adalah betul dan boleh digunakan bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.05.2021 |
Salam, Adakah "Aliran satu lapis" atau "Aliran Berterusan" sesuai digunakan bagi frasa/perkataan "One-piece Flow"? Maksud frasa: http://www.kaizenworld.com/kaizen/one-piece-flow.html Mengikut sumber lain: Sometimes referred to as “single-piece flow” or “continuous flow,” one-piece flow is a key concept within the Toyota Production System. Achieving one-piece flow helps manufacturers achieve true just-in-time manufacturing. That is, the right parts can be made available when they are needed in the quantity they are needed. In the simplest of terms, one-piece flow means that parts are moved through operations from step to step with no work-in-process (WIP) in between either one piece at a time or a small batch at a time. This system works best in combination with a cellular layout in which all necessary equipment is located within a cell in the sequence in which it is used. Mohon bantuan DBP. Terima kasih. | Berdasarkan takrifan frasa yang diberikan, "One-piece Flow" sesuai diterjemahkan kepada "Aliran Berterusan". | Penyemakan dan penterjemahan | 23.02.2015 |