Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ja.lan] | ڤجالن

Definisi : ; ~ kaki orang yg berjalan kaki (di jalan raya dsb): masih banyak ~ kaki yg tidak mematuhi peraturan ketika menyeberangi jalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ja.lan] | ڤجالن

Definisi : ; ~ kaki orang yg berjalan kaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pejalan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
boleh tak sekiranya "lintasan pejalan kaki berisyarat" disingkatkan menjadi "lintasan pejalan kaki" sahaja? . adakah tanpa "berisyarat" maksudnya juga berubah? terima kasih.Lintasan pejalan kaki berisyarat maksudnya lintasan pejalan kaki yang mempunyai kemudahan lampu isyarat dan butang hijau yang boleh ditekan oleh pejalan kaki yang hendak melintas jalan di kawasan tersebut. Lintasan pejalan kaki ialah lintasan biasa bagi pejalan kaki yang hendak melintas jalan dan tidak mempunyai lampu isyarat di lintasan tersebut. Maksud bagi kedua-dua perkara tersebut adalah berbeza.Lain-lain14.09.2017
boleh tak sekiranya "lintasan pejalan kaki berisyarat" disingkatkan menjadi "lintasan pejalan kaki" sahaja? . adakah tanpa "berisyarat" maksudnya juga berubah? terima kasih.Salam sejahtera,

Data kami memberi tafsiran lintasan pejalan kaki ialah Laluan yang dikhaskan untuk pejalan kaki melintas jalan raya di depan lampu isyarat. Jika konteks ayat yang diberikan oleh tuan sama dengan tafsiran melalui data kami, tuan boleh menggunakannya.

Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain13.09.2017
Salam sejahtera, Saya tahu maksud walkway adalah laluan pejalan kaki. Apakah boleh kita gantikan maksudnya kepada susur gajah seperti yang digunakan oleh ramai orang sekarang?Istilah laluan pejalan kaki masih digunakan. Tidak ada maklumat tentang susur gajah dalam pangkalan data kami.Istilah25.01.2013
Salam Sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan; 1. eskalator = tangga bergerak utk. membawa orang naik atau turun antara tingkat bangunan. 2. travelator = laluan pejalan kaki yang bergerak mendatar Soalan ; Di sesetengah pasar raya, ada kemudahan laluan untuk pelanggan bergerak naik atau turun antara tingkat yang tidak bertangga supaya boleh diletakkan troli. Sekiranya eskalator, tidak bertangga. Sekiranya travelator, tidak bergerak secara mendatar kerana naik atau turun antara tingkat. Apakah istilah yang sesuai ? Terima kasihKami mencadangkan istilah "travelator" digunakan bagi maksud tersebut kerana konsep tidak bertangga dan laluan pejalan kaki.Istilah12.11.2013
mohon semak ayat di bawah. tq 1. ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibu akibat dilanggar kereta.kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2.hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucibng yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang berlalu-lalang.Salam sejahtera,
 Ayat yang betul:


1. Ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibunya akibat dilanggar kereta. Kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan.

2. Hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucing yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang yang lalu-lalang.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa05.12.2018
Manakah jwpn yg betul _____orang ramai segera melintas ketika lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau a. segerombolan b. sekumpulan skima jwapan diberi 'a' . adakah segerombolan hanya digunakan untuk pengganas atau penjahat shj.Bagi manusia perkataan yang sesuai ialah sekumpulan. Segerombolan digunakan untuk penjahat, penyamun pengganas dan sebagainya.Tatabahasa27.05.2010
Zebra crossing dalam Bahasa Inggeris, dalam Bahasa Melayu kalau guna lintasan pejalan kaki boleh atau tidakPadanan bahasa Melayu ialah lintasan zebra.Istilah26.01.2008
ingin mengetahui perkataan 'siarkaki' atau 'siar kaki'. dengan nama lain adalah laluan pejalan kaki / koridor.

Saudara,

Perkataan ini dieja sebagai dua perkataan, iaitu siar kaki.

Ejaan05.01.2010
Apakah terjemahan terbaik untuk walkway canopy atau covered walkway dalam bahasa Melayu? Saya lihat ramai gunakan susur gajah, namun tiada dalam database PRPM. Mohon pencerahan.Untuk makluman, tidak terdapat istilah susur gajah dalam pangkalan data kami. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "walkway canopy" ialah kanopi laluan pejalan kaki. Istilah untuk "covered walkway" pula ialah laluan pejalan kaki berbumbung atau laluan pejalan kaki berkanopi.Istilah13.03.2013
YANG MANA SATU ISTILAH YANG BETUL: NAMA BAGI LALUAN BERATAP- SUSUR GAJAH ATAU GAJAH MENYUSURKedua-dua istilah ini tiada  dalan pangkalan data DBP. Istilah tersebut digunakan oleh masyarakat tertentu dalam percakapan harian dan tidak digunakan dalan tulisan rasmi.  Istilah yang boleh digunakan untuk tujuan rasmi ialah "laluan pejalan kaki berbumbung" atau laluan pejalan kaki berkanopi".Istilah31.08.2016
12

Kembali ke atas